Sunday, February 20, 2011

38 minggu 4 hari

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dh 38 minggu usia kandungan ku.x terasa betapa cepatnya masa beredar, anak membesar dlm sekelip mata...nasib baik anak sulung x meragam n dh boleh di harap.kebanyakan kerja rumah, mana2 yang boleh panggil mintak tolong dia buat dia akan buat...e2 lah kan, tuhan e2 adil...dia akan kurniakan pelbagai jenis pertolongan dlm bentuk yang kita sendiri x nampak di masa2 kita memerlukan...

Berbalik dgn cerita 38 minggu aku..dup dap dup dap jugak lah jantung nih even ini bukan kali pertama aku berhadapan situasi genting macam nih.Tapi entahlah...mungkin pengalaman kali nih x sama dengan yang dulu.Harap2 dipermudahkan segalanya.

So far, aku belum lagi rasa tanda2 kontraksi atau tanda2 melahirkan lagi...mungkin belum nak keluar lagi orang kat dalam ni kot..sbb yang 1st dulu pun masuk 39 minggu baru kuar tanda dan mungkin jugak yang adik nih pun sm jugak..Wallahualam..apapun aku harap semua nya akan berjalan lancar...buat suami..terima kasih kerana bersabar dengan perangai sayang sepanjang kehamilan nih.Dan terima kasih kerana amik berat dan sikap memahami abang sepanjang perkahwinan kita..Sayang harap dengan kehadiran orang ke4 dalam hubungan perkahwinan kita ni akan menjadikan kita lebih matang dan memahami antara satu sama lain...


anugerah ini untuk kita jaga dan amanah ini pengikat kasih sayang kita....

Friday, February 4, 2011

SYAITAN PUN TAKUT

Semoga kisah di bawah menjadi pengajaran yg paling berguna untuk diri tuan2 dan diri saya sendiri. Insya Allah..

Kisah ini dikatakan berlaku pada era selepas zaman para sahabat.. Wallah hu alam...

Pada ketika itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan rajin beribadat siang mahupun malam. Tidak pernah dia sekali pun melanggar perintah yang di suruh dan melakukan perkara yg di larang Allah.

Pada suatu malam datang Syaitan cuba menguji hamba Allah ini tadi. Maka terpedayalah hamba Allah ini, lalu berjanji untuk bersahabat dengan syaitan itu. Pada malam itu syaitan dan hamba Allah itu berboraklah sehingga masuk waktu Subuh. Hamba Allah ini tidak menunaikan solat Subuh. Syaitan dah senyum sikit.

Sambung borak lagi, sehingga masuk waktu Zuhur. Hamba Allah ini tidak bersembahyang Zuhur juga. Syaitan tambah gembira lalu berkata dalam hati "dia ni lah sahabat aku dunia & akhirat." Terus berborak lagi sehingga masuk waktu Asar. Hamba Allah ini terus asik bercerita dan tidak menunaikan solat Asar. Syaitan dah mula pening kepala.

Sambung borak lagi, sehingga terlepas waktu Maghrib dan Hamba Allah ini tidak mengerjakannya. Syaitan langsung tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Hamba Allah dan syaitan terus berborak sehingga masuk waktu Isya'. Hamba Allah ini juga tidak menunaikan solat Isya. Terus syaitan berkata :

Syaitan : Aku tidak mahu lagi menjadi sahabat ko wahai Hamba Allah.

Hamba Allah : Mengapa begitu? Bukankan baru malam tadi kau berjanji mahu bersahabat dengan aku??

Syaitan : Sesungguhnya aku takut. Tahukah kau bahawa aku ni dulu waktu di suruh oleh Allah untuk sujud sekali sahaja pada Nabi Adam, aku tidak mahu lalu betapa murkanya Allah dan aku di usir keluar dari Syurga Allah untuk selama-lamanya. Inikan pula kau yang telah lima kali sehari semalam menginkarinya. Aku tidak tahu bagaimana murkanya Allah kepada kamu nanti.

Sekian.

Ujian bagi sesuatu kebenaran itu bukan berani mati, tetapi berani hidup.