Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Selamat sudah menjalankan ibadah puasa tahun nih.Alhamdulillah, berjaya jugak aku puasa penuh even tahun nih mencabar jugak.Dalam keadaan menyusukan anak dengan kerapnya rasa lapar..tuhan dan orang2 yang pernah melaluinya saje yang tahu.Tapi aku syukur..1st quarter aku berjaya menyusukan anak tanpa susu formula n air masak.

Tahun depan tak tahu berjumpa lagi dengan ramadhan macam tahun nih.Apapun aku bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa dan masih mampu bernafas dengan izinNya.Tahun nih turn beraya belah suami.Rindu kat kampung, ibu dan ayah ,nak jenguk pusara arwah adik perempuan aku yang meninggal 8 tahun yang lalu.Rindu sangat ngan arwah.Seorang yang manja dan kuat semangat.Kental dan tak mudah melatah dengan sesuatu yang berunsur marah, atau kecik ati.Mungkin itu yang menjadikan dia kesayangan Mu ya Allah.Terlalu mensyukuri setiap pemberian dan dugaan yang Engkau berikan.

Bulan depan genap setahun aku tak jumpa mak ayah aku..Hanya sekadar bertanya kabar melalui telefon.Cukuplah untuk masa sekarang.Doa ku untuk mereka tak kan ku lupa selagi nyawa ni dipinjamkan.Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui, Apa yang dibelakangku dan yang tersurat mahupun tersurat.Andai hidupku lebih baik dari matiku, kau redhakanlah segalanya..berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan hidup.Dan andai matiku lebih baik dari hidupku...kau permudahkan aku menemuiMu...dan matikanlah aku dalam Hushun Qatimah..

No comments:

Post a Comment