Friday, October 28, 2011

tumbuh gigi

Actually nih semalam nyer cite.Try cek mulut anak nak tengok gigi dah tumbuh ke belum.Bukan apa, x sabar nak tengok bila budak dah ader gigi.Mesti makin buas nak mengasah ke mana-mana dia nak.Lagi-lagi yang menyusu, takut jugak kalau pikir.Yelah, dulu menyusu yang sulung sampai 3 bulan je...jadi experience tu mesti tak sama.Harap-harap xdelah mudarat nyer nanti.Apapun itulah pengalaman..berdiri dan berjalan sendiri kat meja..meniti-niti dah lepas dah..nak tunggu dia nak berjalan sendiri..cepatnya masa berlalu.Rasa x puas lak menikmati zaman kecil diaorang nih...syukur padamu Ya Allah...

Tuesday, October 25, 2011

Sunnah untuk ibubapa yang mendapat zuriat

(1) di azan dan diiqamahkan
(2) dilakukan aqiqah
(3) diberi nama yang baik,
(4) dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma dan dibaca doa
(5) dicukur rambut dan diberi sedekah seberat timbangannya.
(6) dikhatankan
(7) menindik telinga bagi anak perempuan
(8) diberi penjagaan dan penyusuan sebaik mungkin. 

Buku Simpanan Al-Awfar

nothing much nak cite.Pagi2 dah kuar pegi hantar borang kat LPM..pastu g bank islam...nak bukak akaun al-awfar tuk anak-anak.Boleh lah nak menyimpan sikit-sikit tuk bekalan diorang dh besar nanti.Tak banyak sikit pun jadilah kan???Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..i A'llah..

Sunday, October 23, 2011

Kisah cangkir cantik

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "
...Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

pengajaran...

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermak
na di hari kemudian dan akhirat kelak

Saturday, October 22, 2011

Kek Lapis Pudina

Ni kek yang aku wat 2 hari lepas.Sekadar menghilangkan bosan dan nak cuba buat kek sendiri.Rasa pepermint tu yang bru jumpa dia nyer perasa.Dah carik 2-3 kedai kek dah kat Melaka x jumpa jugak.Akhirnya jumpa jugak.Itupun atas pertolongan si hubby...dah alang2 pegi kedai jual barangan kek..aku beli lah sekali alat tuk buat kek layer, loyang, dan beberapa perisa kek.Hubby dan anak suka sangat makan kek lately nih.Tambahan pulak ada yang menempah.So bolehlah wat pendapatan sikit..Kalau sapa2 nak rasa prior Sarawak kek lapis yang manis...dan lembut leh lah email...hihihi



Buku Kek

Dah lama rasanya si hubby tak belikan aku buku resipi, majalah or buku.Bukan selalu pun beli.Sepanjang perkahwinan 4 tahun adalah 5-6 buah buku dia beli.Buku resipilah kebanyakannya.Yang lain tu semua kena pesan tuk beli.Contohnya majalah2....seperti mingguan wanita, harmoni dan solusi.Dipendekkan cite, semalam dia belikan aku buku kek, kesian kot nengok aku asyik google resipi kat tenet resipi kek n tips menghias kek.Sekarang memudahkan keje aku.Lepas nih tak payahlah nak beli2 kek kat kedai lagi..buat sendiri lagi puas hati...terima kasih abang..




Friday, October 21, 2011

kita kah orang-orang itu?

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang... yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawaamal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana matamemandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidakmembawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.


Semoga Kita Tergolong Di dalam Golongan Orang Yang Beriman...
Aminnnnnn

Thursday, October 20, 2011

Pengurusan Uri / Tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

Monday, October 17, 2011

Pap Smear

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Kekerapan Ujian

Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?

Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?

Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.

Sunday, October 16, 2011

3 Panggilan Dari Allah

* Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*


1)Panggilan pertama adalah Azan


'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.


Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.


2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji


Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.


Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.


Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.


Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu


3) 'Dan panggilan ke-3',adalah KEMATIAN.


Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkanlah waktumu dengan sebaik-baiknya. ..


Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'


Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:


Pertama, orang yang meninggalkan solat


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.


Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.


Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Rahsia Sifat Wanita

TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.

TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.

TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.

TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.

TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.

TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.

TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.

TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.

TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.

TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.

Saturday, October 15, 2011

Tanda Allah cintakan HambaNYa

Firman Allah SWT "dan apabila hamba-ku bertanya mengenai aku, maka(jawablah) sesungguhnya aku dekat. Aku memakbulkan permohonan & permintaan orang yang berDOA apabila dia meminta kepada-ku." (2:186)

Bila mana Allah menyintai seseorang hamba itu, maka mengalirlah dan mekarlah ILHAM SUCI ke dalam hatinya yang membuatkan dia mengenal Tanda kecintaan-NYA. Ada beberapa tanda yang boleh membuatkan manusia dapat merasainya :-

1) Tanda Allah menyintai seseorang insan itu adalah apabila dia menjadi begitu berminat,tekun & merasai kehadiran tuhannya apabila beribadah. ibadah itu luas dimensinya,mencakupi perbuatan yang tidak melanggar syara' dengan niat semata2 kerana allah bemulalah dari kita bangkit dari tidur hinggalah kita tidur kembali...Subhanallah,betapa hebat dan ni'matnya kalau kita dapat merasai pernik-pernik kelazatan dalam beribadah. Kadangkala kita dapat melihat seseorang hamba itu sanggup beribadah hingga melebihi kapasitinya sbg insan lemah, semata2 utk meraih dan menagih cinta Allah Ta'ala.

2)Sabda Rasullullah s.a.w " Jika Allah mencintai seorang hamba, maka dia berfirman "Wahai jibil, ssungguhnya aku menyintai si Polan, maka cintailah dia"- (hadith Riwayat Imam Ahmad). orang yang dicintai allah tidak pernah merasakan ragu-ragu ibadahnya diterima atau ditolak...walaupun hatinya terkadang merasakan perasaan "HARAP" dan "TAKUT"...Harap agar amalannya diterima, takut amalannya menjadi seperti Debu-debu berterbangan...

3)Juga tanda cinta allah kepada insan yang dicintainya juga apabila seseorang yang malakukan maksiat dan dosa itu membuatkan dia lebih rapat dan hampir kepada Allah Ta'ala...Merasakan dia seorang yang kotor disisi Allah ta'ala...merasakan penyesalan dosa yang selamanya akan menghantui dirinya...merasakan kerendahan diri yang teramat derita ketika sujud memohon keampunan kepada allah...Dia akan terus bangkit dgn Jiwa Hamba membelakangi dosa-dosa lalu dgn penuh keinsafan, taubat dan istighfar kepada allah...ingin kembali padanya dengan hati yang penuh kesejahteraan dan ketenangan...ingat akan dirinya dan bekalannya utk kehidupannya yang sebenar nanti... Firman allah Ta'ala "Katakanlah wahai hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni Dosa kesemuanya. sesungguhnya allah Maha pengampun Lagi Maha penyayang. Dan kembalilah kamu kepada tuhanmu dan berserah dirilah kepada-NYA sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi" (39:53-54)...
Janganlah kita menyangka dengan dosa semalam, allah tidak sudi mendengar rintihannya...hanya yang penting kita kembali menginsafi dosa-dosa itu tanpa melakukannya lagi...kembali kepada fitrah yang murni bertuhankan ALLAH SWT... Sabda Rasulullah S.A.W "Demi Tuhan yang diriku berada didalam genggamannya, Seandainya kamu tidak melakukan dosa nescaya allah akan mematikan kamu. Kemudian allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan Dosa dan mereka memoho keampuna kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka". (hadith riwayat Imam Muslim)

4) Tanda allah menyintai hambanya lagi adalah apabila dilapangkan dadanya menerima Ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan yang benar. bahkan dikirim kedalam hatinya petunjuk hidayah supaya terselamat dari gelombang keganasan yang dilakukannya sendiri...berdoalah terus menerus kepada allah... sabda rasullullah s.a.w " tuhan kita turun ke alngit pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman " siapakah yang berdoa kepadaku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepadaku nescaya aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya aku ampuni". (hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.See More
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. *Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share pun dgn semua orang.

Friday, October 14, 2011

Kemuliaan Wanita Mengandung Dalam Islam

1. Dua rakaat solat wanita yang ha...mil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadatK

Thursday, October 13, 2011

Kek Karot

Dari semalam lagi anak aku yang sulung suh wat kek..sebabnya dia tengok aku beli tepung kek naik sendiri.Nak kek karot lak tuh.Bila anak dah sebut, rasa kesian lak..Masa-masa maam nih lah pun nak manjakan diorang.Dah besar sok x tahu sempat ke tak nak masakkan tuk diorang or paling tak pun...diaorang dh pandai nak main tunjuk2 plak yang kat kedai..kan???

So, aku pun researh lah resipi kat google..disebabkan bahan2 banyak xde.so aku wat sesimple yang mungkin..janji siap..
bahan2nya simple...

1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri
1 susu kecil bikarbonat of soda
2 biji lobak merah diparut
bakar pada 180' selama 22 minit

optional...yang lain2 aku letak sendiri apa yang ada...chocolate chin manik urai tuk tambahan...







Kad Maybank & Ic baru

Ari nih malas je rasa nak kuar rumah..maklumlah penat lak rasa bangun awal2..sejak2 jadi suri rumah sepenuh masa nih, waktu tido n bangun kena ikut anak.Tak boleh langsung nak bangun awal pagi maam dulu..paling awal pun kol 10 pagi.Sebabnya kena tdo balik pas subuh.Kalau tak,anakpun akan bangun sekali..lagi bertambah keje lak.

Nak dijadikan cite ari nih semua kena bangun awal...mandi n siap2..sebab kol 8.30 kena kuar rumah takut jem.Nak pegi ambik IC baru sebab cip dah x leh nak baca.Itu pun nak guna sebab nak perbaharui kad atm Maybank yang rosak tetiba.


ini lah ic baru aku, dan yang bestnya alamat dh tukar alamat umah sekarang.Alahamdulillah,dh kompem jadi orang Melaka.Tapi kampung tetap no satu...


ini lak maybank kad aku yang baru dan tukar debit kad terus n aktifkan maybank2u.Ari tu nak aktifkan tapi disebabkan IC xleh baca, so TAC number xleh nak buat.Sekarang lebih senang..sebab semuanya dihujung jari...

Wednesday, October 12, 2011

Mengapa Ibumu Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Tuesday, October 11, 2011

Kuay Tiaw Goreng

Ari nih bangun pagi plan nak goreng kopok lekor ngan masak nasi tuk tengahari.Tetiba lak suami lak makan kuay tiaw goreng.So apalagi, kena lah pegi kedai beli apa yang patut.Nak makan ikut selera dia so pandai lah dia nak beli apa nak masukkan dalam kuay tiaw tuh.Sekali balik bawa kerang sebungkus ..bukan sebungkus kecik..tapi 5kg yang orang beli tuk borong tuh..Nampak gaya dia nak wat mee kari sekali lah tuh tuk sok.hahaha



Ini lah kuay tiaw yang siap digoreng ...balance kerang yang x muat tuk satu periuk besar direbus plak aku buatkan popia n kerang goreng kicap.




Popia nih aku ampurkan ngan karot,taugeh, kobis, udang, udang kering n kerang.
resipinya mudah je..just tumis bawang putih n udang kering, pastu masuk semua bahan2 sayur..letak perasa n boleh lah dibalut ngan kulit popia..



Ini plak kerang goreng kicap.Ingat nak wat kerang masak kari tapi sebab malasnyer pasal..tambahan gusi x elok lagi pas cabut gg semalam..so just wat goreng kiap..so anak pun leh makan...

bahan2 simple je..bawang merah, bawang putih, halia, serai n kicap...heheh

Monday, October 10, 2011

Cabut Gigi

pagi2 dah bangun..konon nak g tampal gigi kat PESONA,klinik gigi swasta yang agak terkenal kat melaka.Lokasi kat area Hang Tuah Mall..dekat pejabat or bangunan MARA.Disebabkan pagi dah ramai dan hubby lak kena keje petang.So semua kena set masa..agak2 mmg x sempat kalau cek-up situ.Jadi ambik lain alternatif, pegi kat klinik pergigian kat klinik komuniti Peringgit.Kat situ lah pagi2 isnin macam nih hanya untuk yang ader appointment je.Kalau ada pun untuk pesakit luar yang xde appointment petang.Of couse lah x boleh nak datang sbb hubby keje.Nasib baik adik nurse tu bagitahu klinik pergigian kerajaan mana yang ader khidmat pergigian w/out appointment...Klinik Komuniti ayer Keroh dan Klinik Kesihatan Ayer Molek.

Hubby suh cek kat Ayer Keroh dulu memandangkan dekat dr Peringgit.Sekali pergi..penuh giler sampai kerusi pun xde.Terus je pecut kat Ayer Molek.Masuk2 xde orang..lega sangat, kira x lama lah ..tapi takut kat dalam hati nih tuhan je tahu.Pas register, terus masuk.Doktor perempuan cina.Memang baik sangat2.Tapi takut aku x hilang jugak.Dia tengok lubang gigi aku dalam even sikit.Tambahan pulak gigi bongsu.Dia siap tanya nak cabut ke nak tampal sementara sbb takut sok2 gigi tuh sakit.Sekarang memang x sakit lagi...takut je...mana tahu kan???

last2 dipendekkan cite aku ambik keputusan untuk cabut je gigi.Masa nak injection pun aku dh terketar2 tangan.Doktor siap suh relex2...hilang lah sikit takut.Masa nak abut lagi takut , sbb gigi aku nyer akar tuh terbengkok satu, so dari 3 akar tuh, 2 lurus n satu bengkok.Jadi gigi tuh kuat sikit n payah nak cabut.Bila doktor tuh korek, terpatah lah yang bengkok tu.Nasib baik bila tarik keluar yang patah tuh terkeluar sekali.kalau x satu keje lak nak cari tunggul tu kan??


Apapun inilah pengalaman ke2 aku cabut gigi pas hampir 20 tahun lepas nyer cite.Sama gak halnya..gigi bongsu yang bertindih banyak sangat.Masa tu sakit mungkin sebab injetion je sbb operate..maklumlah kecik lagi.Pasnih kena wat cuci gigi plak.Yang pasti dengan doktor gigi yang sama..terima kasih doktor kerana memberi layanan yang baik....

Sunday, October 9, 2011

Kek Dewan Parlimen

1st tengok tajuk mesti pelik..sebab x pernah dengar kek lapis nih.Kalau bagi orang-orang kat sarawak mesti agak familiar jugak even x semua tahu sebab ia x se'glamour' kek lapis yang kebanyak di pasaran..apapun ini lah hasil lepas aku buat last fews day.Baru ari nih sempat nak upload n dh habis pun..Kek lapis nih mmg xkan rasa bila dh makan...sekejapan je habis..ini lah hasil nya ..


Saturday, October 1, 2011

Masa Berlalu dengan Pelbagai cerita hidup

lama dah x update blog..malasnyer nak menulis ditambah dengan masa yang macam x cukup je.Bila dh banyak keje macam ni lah kan???Bila tengok anak membesar depan mata, terasa berat je amanah tuhan bagi.Tapi kena usaha jaga, pelihara dan didik dengan sebaik2nya.pejam celik pejam celik dh masuk 3 tahun setengah anak sulung aku..yang kecik plak dh masuk 6 bulan.Bulan 10 nih masuk 7 bulan...tahun depan yang sulung masuk sekolah plak.So sekarang tengah ajar dia sikit2 apa yang perlu dia tahu..seperti abc, 1,2,3, doa2 pendek..hihih namapun budak..hafal pun mesti dalam pelat.Janji tahu kan??