Saturday, April 21, 2012

Donut II

Bosan nya bila dah tak de keje nak buat..rumah dah kemas, anak-anak dah mandi, dah makan, baju dah sidai,dapur dah bersih, tong sampah dah kosong..apa lagi ek nak wat???banyak nyer keje kat umah kan..blom lagi keje 'bergaji'..lagi double triple penat ...

Biasalah bila dah bosan, keje aku mencuba resipi-resipi baru dengan bahan-bahan yang aku ada..nak habiskan stok apa-apa bahan yang dah nak expired...kebetulan nampak pulak tepung roti aku yang akan expired hujung bulan nih...nak wat roti dah pernah buat dah ari tuh, so ari nih nak wat donut lak...

Akhirnya terjumpa la resipi donut yang guna tepung roti nih...dari yani @myresipi..susu segar balance buat slice cheese cake ari tuh pun ada lagi...memang senang sikit keje..plan asal nak wat cupcake Hokaido yang tengah famos orang dok kata..tapi entah macam mana bole terlupa beli tepung kek masa pegi bakeri ari tuh...uhuhuhu

Takperlah..akan ku buat jugak resipi cupcake tu nanti.Berbalik ngan donut aku wat ari nih..memang gebu..1st aku ingat x jadi ..tapi bila dah goreng memang mabeles ..bole lah aku wat tuk sedekah kat tadika anak aku jumaat depan..i'Allah kalau rajin..hehehehe

Aku copykan resipi tuk sapa-sapa yang nak try k..sebelum tu thanks wat yani..resipi yang memuaskan..

Resepi Donut (dalam 8-10 biji)

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sekata.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  4. Uli sehingga tak melekat ditangan
  5. Buatkan bentuk bulat.
  6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  7. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  8. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  9. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  10. Uli biar jadi bentuk panjang
  11. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  12. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  13. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak. 





kalau nak further step tengok kat link yani tu k..selamat mencuba

No comments:

Post a Comment