Saturday, December 1, 2012

Sambal Sardin Meletup mentuaku

hahahhahah jangan gelak lak tengok tajuk entry aku.Meletup tuh bukan maksud nya sedap tapi pedas..terangkat beb.Maklumlah hubby aku nih memang kaki makan benda pedas.Asam pedas ke, masak lomak cili api ke, pendek kata semua yang pedas-pedas.

So ari nih aku nak share cara-cara buat sardin pedas versi aku.Sesiapa yang nak try cara aku nih.Dipersilakan.Ni pun aku cilok mak mentua aku nyer style.Mak aku lak lain cara nya..yelah, lain orang, lain tempat lain cara nya kan???tepuk dada tanya selera yang mana nak kena ikut.Aku lak selalu nak masak tuk hubby kena ikut style mentua..n aku?mestilah cara mak aku..hehehhee

 ini bahan-bahan nak buat sardin sambal meletup aku nih.cili kering yang dah di blend halus, bawang besar, bawang putih dan of course lah sardin.tak kisah sardin jenama apapun.janji sardin.Aku guna yang murah je...kalau tekak korang-korang dah biasa makan sardin mahal..boleh je guna sardin mahal....:)

 cili kering yang siap diblend satu mangkuk..nak pedas leh tambah lagi.nak guna 2 mangkuk pun boleh.Yang tak suka pedas guna 1 mangkuk kecik je..ahhahahhha
 yang nih bawang besar warna kuning.Kalau yang biasa makan bawang merah besar tu, just tukar je.Senang kan..masak nih just campak2 je
 sardin cinta..oklah tuh..tuk menambahkan kasih sayang...yang nak muntah sila2...
lupa lak nak bagitahu..kena letak limau kasturi tuk rasa sikit masam..sikit je pun.letak ke tak letak xde beza sangat.tapi aku suka letak
 ok..mulakan dengan memanaskan minyak dalam kuali.Nak guna periuk pun boleh..ikut suka
 Tumis cili giling hingga pecah minyak dengan api sederhana kuat..kalau api kecik ok gak. cuma cili kita akan kurang pedas..lagi satu lambat...hehe
 pastu masukkan bawang putih ketuk
 masukkan sardin
dan last sekali bawang besar.kalau kat tempat aku kitorang panggil bawang bakong..dah agak-agak layu bawang masukkan perahan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan aji.siap tuk dimakan dengan nasi panas..

No comments:

Post a Comment