Wednesday, February 29, 2012

Bisikan Hidayah...anugerah teristimewa

SETIAP manusia pasti menyimpan kenangan paling bersejarah dalam hidupnya. Umpamanya, kenangan ketika pertama kali berjumpa buah hati atau saat manis menggenggam kejayaan dalam pendidikan, kerjaya dan bidang diceburi.

Kebahagiaan itu terpancar bersama kesyukuran. Hingga ke hari ini, terlalu banyak detik bahagia yang pernah dilalui. Bagi seorang mukmin, sebenarnya ada saat terlalu istimewa yang tidak dapat dibeli dengan dunia dan segala isinya.

Ia terlalu mahal dan tidak mungkin sesiapa pun dapat memperoleh kemanisan itu dengan tangannya sendiri kerana ia suatu anugerah terhebat dalam sejarah kehidupan manusia. Inilah yang disebut sebagai saat bersejarah ketika hati menadah titisan hidayah Allah.

Kali pertama bisikan kebenaran mampu melapangkan hati nurani kita, sehingga tiada terdetik pun keinginan, kecuali kepada Allah dan dia menjadi cukup bahagia menjadi hamba-Nya saja. Padahal, ketika itu kebanyakan manusia berkeinginan kepada dunia dan bercita-cita menjadi raja.

Perasaan itu pernah hadir di hati Umar al-Khattab yang membenci Allah dan Rasul-Nya pada peringkat awal, tetapi selepas mendengar bisikan hidayah menerusi alunan nada keramat Kalam Allah, beliau hanyut dalam kolam hidayah yang menyucikan jiwanya.

Demikianlah keadaan manusia jika Allah menghendaki, maka tiada sesiapa yang mampu menghalang dan jika Allah menolak, tiada sesiapa boleh memujuk. Bahawa bernilai setiap detik yang mengandungi hidayah bagi setiap insan.

Namun, ramai manusia yang bukan hanya sekali mendapat hidayah bahkan berkali-kali diberi peluang sepanjang hidupnya. Cara hidayah Allah diturunkan kepada manusia bermacam-macam, ada yang diuji supaya bertaubat, tetapi dia hanya sedar pada saat goncangan pertama.

Sesudah badai berlalu dalam hidupnya, dia pun kembali tenggelam dalam kenikmatan yang alpa. Sayang sungguh jika hidayah itu hinggap sebentar, kemudian terbang entah ke mana. Manusia yang lalai ini beralasan hatinya belum terbuka, jiwanya tidak siap menerima perubahan dan dia masih menunggu hidayah Allah yang lain untuk menyucikan jiwa raganya.
Maka insan istimewa ini menunggu sepanjang hidupnya, menghitung hari sambil melayan keinginan nafsu yang tidak pernah puas menikmati dunia. Seolah-olah segala apa yang dia mahu Allah akan makbulkan.

Terbuka jalan selebar-lebarnya untuk mendapat apa keinginan, tetapi sayang hanya satu yang Allah tidak bagi, satu yang teramat mahal bernama hidayah. Ditutup pintu hidayah dalam hatinya sehingga dia tidak pernah merasai puncak kenikmatan yang dirasai orang beriman.

Hidayah adalah milik Allah. Sesiapapun tidak berkuasa memberi hidayah kepada sahabatnya, isteri, anak atau ibu bapanya sendiri. Hal itu, dinyatakan Allah kepada Rasul-Nya yang bersedih kerana bapa saudara dikasihi tidak mahu menerima Islam.

Begitu pula dalam kisah Asiyah yang beriman tidak dapat menolong suaminya yang kufur dan anak Nabi Allah Nuh yang tenggelam tidak mahu menerima keimanan, walaupun bapanya seorang Rasul.

Bahkan Allah menegaskan mengenai orang yang menolak hidayah Allah, dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Jika kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang yang sudah mati berbicara dengan mereka dan kami kumpulkan pula segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.� (Surah al-An’am, ayat 111)

Dalam hati kita sentiasa terdengar bisikan iman iaitu hidayah Allah. Sejauh mana seseorang mahu mendengar bisikan hidayah, itu pilihannya sendiri. Tidak akan kekal iman yang dipaksa dan tidak akan kukuh keyakinan kerana terpaksa.

Biarlah hidayah itu berakar kuat dalam hati, tetapi jangan pula hanyut dalam angan-angan tanpa usaha mendapatkan hidayah. Sesungguhnya hidayah itu mesti dicari, digenggam dan dikekalkan selama-lamanya dalam kehidupan.

Iman sifatnya relatif, berubah-ubah, mengikut masa dan keadaan. Ada yang tetap iman dan semakin tinggi darjatnya. Ada pula sekali melonjak hingga ke puncak, lama kelamaan pudar ditelan gelombang kehidupan.

Setiap insan berada atas dua pilihan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Syurga itu lebih dekat kepada seseorang daripada tali kasutnya dan demikian juga dengan neraka.� (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Bagi yang sudah memiliki iman atau hidayah kurniaan Allah, sesungguhnya iman itu tidak cukup sekadar melahirkan tangisan sekejap atau kesedaran yang hanya sebentar. Manusia hendaklah mengekalkan hidayah yang menerangi hatinya, sekali gus menambah kualitinya supaya cabaran kehidupan tidak memperdaya diri.

Hanya satu jalan mencari hidayah Allah itu dengan mendekati ulama yang ikhlas dan menuntut ilmu agama bersandar kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Berusaha bersungguh-sungguh meletakkan diri di kalangan orang soleh, penuntut ilmu yang ikhlas dan pembela agama Allah dalam bidang apapun.

Ilmu dan ulama adalah warisan Nabi yang bertugas menunjukkan jalan diredai Allah sebagai penyambung mata rantai keimanan untuk memastikan agama Allah tetap hidup atas muka bumi ini.

Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis mengenai keutamaan ilmu dalam kitab beliau bertajuk Shaydul Khatir: “Ilmu membawa diriku menuju pengetahuan mengenai Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya seraya melihat sifat-Nya. Hatiku juga merasai getaran kebesaran-Nya sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu sehingga kamu mengenal Allah? Aku pun menjawab: Sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku sudah sampai ke destinasi, masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku: Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula pengetahuanmu mengenai Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana cara mendekati-Nya. Esok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar firman-Nya kepada Nabi SAW: “Katakanlah (Wahai Muhammad) Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.� (Surah Taha, ayat 14)

Setiap Muslim yang mahukan hidayah Allah tetap hidup di hatinya tidak dapat melalui jalan lain, selain jalan ilmu. Menggali ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menjadi agenda terpenting dalam rutin hariannya.

Bertanya dan mengkaji nilai Islam dengan penuh tanggungjawab serta mendekati ulama yang ikhlas semata-mata kerana mahu membuka setiap pintu rahsia mengenai mencintai Allah. Sesungguhnya jalan terbentang luas di hadapan kita terlalu sulit dilalui. Hanya dengan bekal ilmu, hidayah Allah, setiap insan akan mampu menghabiskan harinya di dunia dengan selamat sehingga bertemu Allah dengan reda lagi diredai.

Kucing Jejas Kehamilan

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

info kehamilan

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Monday, February 27, 2012

Bayangkan ketinggian Nabi Adam a.s. =)

Idea menjahit baju Nabi Adam a.s tercetus daripada seorang pemuda Saudi Arabia, Bin Hamdan. Menurut Bin Hamdan, dia mendapat idea setelah membaca biografi Nabi Adam a.s.
Tempoh untuk menjahit baju tersebut ialah selama 18 hari, menggunakan 40 gulung fabrik dan 30 ribu gulung benang.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah mencipta kan Adam dalam bentuknya setinggi 60 hasta. Setelah mencipta kan nya Allah berkata: pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu iaitu beberapa malaikat yang sedang duduk dan dengar kan lah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untuk mu dan keturunan mu. Maka Adam pergi lalu mengucap kan "Semoga keselamatan bersama kalian" mereka menjawab " semoga keselamatan dan rahmat allah bersama kalian" mereka menambahkan "rahmat Allah" maka setiap orang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tinggi nya 60 hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang" (Bukhari 4:543)

Saturday, February 25, 2012

Dasyatnya sedekah

Dimanakah letak kedahsyatan hamba-hamba Allah yang bersedekah? Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :

Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkana gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya? “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?”
Allah menjawab, “Ada, yaitu besi” (Kita mafhum bahwa gunung batu pun bisa menjadi rata ketika dibor dan diluluhlantakkan oleh buldozer atau sejenisnya yang terbuat dari besi).
Para malaikat pun kembali bertanya, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?” Allah yang Mahasuci menjawab, “Ada, yaitu api” (Besi, bahkan baja bisa menjadi cair, lumer, dan mendidih setelah dibakar bara api).

Bertanya kembali para malaikat, “Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?”
Allah yang Mahaagung menjawab, “Ada, yaitu air” (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air).
“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?” Kembali bertanya para malaikta.


Allah yang Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab, “Ada, yaitu angin” (Air di samudera luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung, dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tersimbah dan menghempas karang, atau mengombang-ambingkan kapal dan perahu yang tengah berlayar, tiada lain karena dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, “Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?”

Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, “Ada, yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.”
Artinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur pamer ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. Karena naluri dasar kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya. Kita pun selalu tergelitik untuk memamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang bisa kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau yang tengah kita lakukan itu berupa kebaikan.

Karenanya, tidak usah heran, seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas adalah orang-orang yang mempunyai kekuatan dahsyat. Sungguh ia tidak akan kalah oleh aneka macam selera rendah, yaitu rindu pujian dan penghargaan.

Apalagi kedahsyatan seorang hamba yang bersedekah dengan ikhlas? Pada suatu hari datang kepada seorang ulama dua orang akhwat yang mengaku baru kembali dari kampung halamannya di kawasan Jawa Tengah. Keduanya kemudian bercerita mengenai sebuah kejadian luar biasa yang dialaminya ketika pulang kampung dengan naik bis antar kota beberapa hari sebelumnya. Di tengah perjalanan bis yang ditumpanginya terkena musibah, bertabrakan dengan dahsyatnya. Seluruh penumpang mengalami luka berat. Bahkan para penumpang yang duduk di kurs-kursi di dekatnya meninggal seketika dengan bersimbah darah. Dari seluruh penumpang tersebut hanya dua orang yang selamat, bahkan tidak terluka sedikit pun. Mereka itu, ya kedua akhwat itulah. Keduanya mengisahkan kejadian tersebut dengan menangis tersedu-sedu penuh syukur.

Mengapa mereka ditakdirkan Allah selamat tidak kurang suatu apa? Menurut pengakuan keduanya, ada dua amalan yang dikerjakan keduanya ketika itu, yakni ketika hendak berangkat mereka sempat bersedekah terlebih dahulu dan selama dalam perjalanan selalu melafazkan zikir. Sahabat, tidaklah kita ragukan lagi, bahwa inilah sebagian dari fadhilah (keutamaan) bersedekah. Allah pasti menurunkan balasannya disaat-saat sangat dibutuhkan dengan jalan yang tidak pernah disangka-sangka.

Allah Azza wa Jalla adalah Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. Bahkan kepada kita yang pada hampir setiap desah nafas selalu membangkang terhadap perintah-Nya pada hampir setiap gerak-gerik kita tercermin amalan yang dilarang-Nya, toh Dia tetap saja mengucurkan rahmat-Nya yang tiada terkira.

Segala amalan yang kita perbuat, amal baik ataupun amal buruk, semuanya akan terpulang kepada kita. Demikian juga jika kita berbicara soal harta yang kini ada dalam genggaman kita dan kerapkali membuat kita lalai dan alpa. Demi Allah, semua ini datangnya dari Allah yang Maha Pemberi Rizki dan Mahakaya. Dititipkan-Nya kepada kita tiada lain supaya kita bisa beramal dan bersedekah dengan sepenuh ke-ikhlas-an semata-mata karena Allah. Kemudian pastilah kita akan mendapatkan balasan pahala dari pada-Nya, baik ketika di dunia ini maupun saat menghadap-Nya kelak.

Dari pengalaman kongkrit kedua akhwat ataupun kutipan hadits seperti diuraikan di atas, dengan penuh kayakinan kita dapat menangkap bukti yang dijanjikan Allah SWT dan Rasul-Nya, bahwa sekecil apapun harta yang disedekahkan dengan ikhlas, niscaya akan tampak betapa dahsyat balasan dari-Nya.

Inilah barangkali kenapa Rasulullah menyerukan kepada para sahabatnya yang tengah bersiap pergi menuju medan perang Tabuk, agar mengeluarkan infaq dan sedekah. Apalagi pada saat itu Allah menurunkan ayat tentang sedekah kepada Rasulullah SAW, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir; seratus biji Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui,” demikian firman-Nya (QS. Al-Baqarah [2] : 261).

Seruan Rasulullah itu disambut seketika oleh Abdurrahman bin Auf dengan menyerahkan empat ribu dirham seraya berkata, “Ya, Rasulullah. Harta milikku hanya delapan ribu dirham. Empat ribu dirham aku tahan untuk diri dan keluargaku, sedangkan empat ribu dirham lagi aku serahkan di jalan Allah.”

“Allah memberkahi apa yang engkau tahan dan apa yang engkau berikan,” jawab Rasulullah.
Kemudian datang sahabat lainnya, Usman bin Affan. “Ya, Rasulullah. Saya akan melengkapi peralatan dan pakaian bagi mereka yang belum mempunyainya,” ujarnya.
Adapun Ali bin Abi Thalib ketika itu hanya memiliki empat dirham. Ia pun segera menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham saat siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam.

Mengapa para sahabat begitu antusias dan spontan menyambut seruan Rasulullah tersebut? Ini tiada lain karena yakin akan balasan yang berlipat ganda sebagaimana telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Medan perang adalah medan pertaruhan antara hidup dan mati. Kendati begitu para sahabat tidak ada yang mendambakan mati syahid di medan perang, karena mereka yakin apapun yang terjadi pasti akan sangat menguntungkan mereka. Sekiranya gugur di tangan musuh, surga Jannatu na’im telah siap menanti para hamba Allah yang selalu siap berjihad fii sabilillaah. Sedangkan andaikata selamat dapat kembali kepada keluarga pun, pastilah dengan membawa kemenangan bagi Islam, agama yang haq!

Lalu, apa kaitannya dengan memenuhi seruan untuk bersedekah? Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh butir, yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!

Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Allah sendiri membuat perbandingan, sebagaimana tersurat dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, seperti yang dikemukakan di awal tulisan ini.***

♥ Apabila Seseorang Menguap ♥


Dariwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu`anhu, dari Nabi Shallallahu`alaihi wasallam bersabda:

”Sesungguhnya Allah Ta'ala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Ta'ala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ‘YarhamukAllah’(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Menguap itu dari syetan. Apabila seorang dari kamu menguap maka hendaknya ia mengekang semampunya. Sesungguhnya seorang dari kamu apabila menyuarakan ”Haa” (suara menguap) maka tertawalah syetan itu.” (HR. Bukhari)

Wallahu a'lam

Kek Coklat III

Semalam tetiba tekak terasa nak makan kek..nak beli, tapi bila pikir membazir..yelah, barang-barang kat umah ada kalau nak buat kek..so buat je lah..terasa nak makan krim kek je..krimwell ada lagi, shortening pun ada lagi.Tak yah lah nak membazir-bazir kan????Lagi satu kena pikir kek yang anak pun suka makan, kalau tak, membazir jugak nanti...nak makan sikit je..yang lebih masuk tong pulak..xnak la macam tu kan???



ni lah kek yang aku wat..simple je deco..ingat nak wat ganache..tapi disebabkan whipping cream xde, so aku wat buttercream je...next time boleh try wat lagi.Kali ni aku try wat kek coklat bakar..selalu wat kukus..saje nak menambahkan koleksi resipi kek coklat..memang sedap n lembut je kek nih..

resipi: kek coklat
sumber:dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang kecil (gandakan bahan2 utk loyang besar)
  • 100 g tepung naik sendiri
  •  40 g serbuk koko (DJ guna koko hitam)
  • 150 g gula pasir (dikisar halus)
  • 3 biji telur A
  • 50 g marjerin / mentega (dicairkan) - DJ guna marjerin
  • 60 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk ovalette

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan alaskan dgn baking paper. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  3. Satukan gula, telur, esen vanilla, ovalette dan susu cair di dalam mangkuk pengadun dan putar hingga gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan hingga sebati.
  5. Masukkan marjerin / mentega cair dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit (bergantung pd suhu oven masing2).
  7. Setelah masak, keluarkan terus kek dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dgn ganache / topping kesukaan.
Makan tengahari pulak aku buat laksa sarawak ari nih.Dari ari tu lagi nak wat..bahan-bahan semua dah ada...cuma nak buat je.Kebetulan minggu nih hubby dah start diet..maklumlah badan dah makin naik...kalau dulu kita cakap buat dont know je..konon maintain lagi lah..sekarang bila dah kerap pening n rasa lesu..baru nak beringat..apapun alamdulillah...seminggu dah tak makan nasik..akupun xde lah nak masak beria dah..makan frozen je lah skrg..sosej rebus ke..ok gak kan???

itu sebab ari nih aku masak laksa sarawak + mee sup tuk anak aku..tapi dia bukan nak pun.Dia nak nuget n kentang je...xkisahlah, janji kenyang ...

 yang nih tuk jiran aku..kebetulan masak banyak..lagipun dia pagi-pagi lagi dah hantar lauk ayam kari..x masak nasi, kena ratah je lah...simpan sikit tuk bfast sok ngan roti prata frozen..kikikik
 campuran beehoon, daun sup, limau kasturi, telur goreng dadar(dihiris), taugeh(dicelur), sambal belacan,udang dan ayam yang diracik...nyum...nyummmmmmmm


Friday, February 24, 2012

Salam Jumaat

assalammualaikum semua...lama dah tak update blog..even xde apa yang penting pun, cuma sekali sekala just nak sematkan sesuatu yang akan diingat dikemudian hari.Bersyukur kita sebab dipanjangkan Allah umur sehari lagi..esok???wallahualam..selagi masih bernafas,patuhi perintah tuhan dan jangan lupa orang tua kita...tanpa diorang kita xde..dan tanpa izinNya..kita takkan wujud...syukur...sangat2..

biar kita bermuhasabah diri sebentar yea..t'emo pulak kebelakangan nih..mungkin disebabkan naluri 'hamba' semakin membuak..terlalu banyak benda yang berlaku pada diri dan kebanyakkan nya berat untuk dipikul.Tapi itu semua kuasa Dia...apa lagi yang boleh aku buat selain redha dan terus redha dengan setiap kejadian yang menimpa...'setiap yang berlaku ada hikmahnya'...itulah yang aku pegang dari dulu dan sampai bila-bila.

Bila direnung dengan masa muda, sebelum berkahwin,masa bekerja..berapa banyak kerja yang diminta..semuanya x pernah memberikan berita gembira..walau sedih tapi e2 bukan rezeki yang Dia tentukan untuk aku..mungkin kalau sekarang aku dapat pekerjaan tersebut, aku tak kan mungkin berjumpa dengan sekian-sekian orang..dan kejadian-kejadian lain pun takkan berlaku..Ya Allah, betapa besarnya dan dalamnya sayang Engkau pada hambamu yang hina ini...

Cuma terkadang sedih mengenangkan hubby yang bekerja keras untuk keluarga...even kadang2 mengeluh juga dibibir sebab hubby tidak pernah meringankan beban kerja dirumah.tapi e2 hanya cakap lepas..kerana aku tahu dia da buat yang terbaik untuk kami..setiap kali menatap wajah hubby, hiba menusuk sebab dia adalah lelaki terbaik yang Dia kurniakan untuk melengkapkan kehidupan ku didunia dan aku harap juga di akhirat nanti...ada yang lebih bermakna dari segala kemewahan dunia yang aku perlukan, dan Dia telah mengurniakan seorang lelaki yang sudi menerima aku seadanya, berkenalan dalam jangkamasa yang singkat dan terus menggalas tanggungjawab dalam memimpin aku menjadi isteri yang i'Allah terbaik untuk dia..

Kehidupan aku cukup lengkap, mempunyai ibu bapa yang penyayang...menjaga dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang walau bukan dengan harta kekayaan, emas yang mewah,material kebendaan yang mahal..tapi cukup untuk aku menjadi anak yang mengenang budi...kakak, abang, mentua, ipar-duai, mak-mak sedara, adik dan paling penting suami dan anak-anak tercinta...betapa besarnya kurniaanMu ..

Dengan anggota badan yang lengkap...Ya Allah...terlalu banyak kurniaan Mu yang hendak aku tuliskan di blog aku ini..cukuplah ku panjatkan syukur kepadaMu dengan ucapan ..syukur alhamdulillah...Maha Engkau ya Allah...yang menjadikan dan berhak mematikan...yang memberi dan berhak mengambil..semuanya kepunyaan Engkau..

ALLAH uji KEIKHLASAN apabila BERSENDIRIAN,
❤ ALLAH beri KEDEWASAAN apabila kita ada MASA'ALAH,
❤ ALLAH latih KESABARAN dalam KESAKITAN,
❤ ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,
KECUALI menggantikan yang LEBIH BAIK...Insya'ALLAH



Monday, February 20, 2012

bfast nasi lemak..malam ???

Niat pagi isnin ni nak masak nasi lemak.yelah, dah lama tak masak nasi lemak..selalu beli je..sekali sekala nak jugak makan hasil air tangan sendiri..tambahan pula susu merundum semalam, that y rasa nak makan tempe bagi susu production naik balik.Nak makan macam tu je x reti lah lidah ni.Kebetulan ari nih anak sulung x pegi tadika...selsema x baik2..batuk pulak..so duduk umah, makan ubat dan rest jelah..

Petang nya pulak..hubby balik keje terus bawa anak pegi klinik..ubat lama dh habis..selsema x baik2..macam mana tuh???balik klinik pegi pulak pasar malam kat Telok Mas..yang bestnya ada yang special kat situ...

buahan yang disalut coklat atau bluberi...x makan pun sebab aku kurang benda yang manis-manis sangat.Hubby beli strawberi, anak pulak anggur n ceri salut coklat..tak boleh nak bagitahu rasa macam mana sebab akupun x rasa..eheeheheheh

Kebetulan masak nasi lemak je pagi tadi, so hubby suh beli makanan siap je..tak yah nak masak malam dah..memang senang keje kan..cuma bila pikir mahal dan x berbaloi kalau nak compare masak...rasa berat je nak makan makanan siap nih..tapi sebab hubby bayar..ikut dia la yea...yang menurut perintah kata kan...:)

ni lah nasi lemak yang aku masak pagi tadi...

malam nih bole relex tolong anak buat keje sekolah je lah...harap2 si kecik dh mengacau...caw dulu..panjang2 kang datang pulak penyibuk terhormat aku..heheheheh


tengoklah si kakak dah boleh dibuli oleh si adik..kesian akak...apa2 mesti salah akak kan???

Sunday, February 19, 2012

buat ingatan sepanjang masa

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
KECEWA, berusaha lagi.
Sehingga lah kita smpai ke penghujung n
ya...

Kek Pandan dan agar Pelangi

ermmmmm....baru nak berblog lagi..laptop dh kena format lagi.mana silap pun aku x tahu..huhuhu tapi apapun semua dh ok..saje nak masukkan entry semalam nyer tugasan...kek pandan coklat rice dengan agar2 pelangi..nak wat agar2 pelangi betul2 xde lah jadik..nak menunggu satu2 nyer keras aku memang x sabar..so aku wat mana yang mampu je..tapi rasanya memang mabeles...e2 pengasuh anak aku bagitau..sebab buat pun tuk bagi dia sempena wat kenduri doa selamat nak menunaikan umrah rabu depan nih..22/2/2012.tambahan aku ngan hubby kureng makan agar2....aku harap aku pun akan jejak kaki ke tanah suci satu hari nanti..aminnnnnnnnnnnnn..



 yang nih sebelum masuk oven...
 tengoklah tekstur kek pandan nih..memang gebus n lembut..


 nih agar2 aku wat...warna x sekata..sebab sabar nyer pasal..apapun next time leh wat lagi..

Wednesday, February 15, 2012

Kuantan ...sata n otak2

Lama x update blog..saje nak mengisi sesuatu yang akan aku ingat tuk  masa depan..even anak2 mungkin..:).Last weekend mentua wat kenduri arwah 40 hari even 40 ari tuh jatuh hari isnin sebenarnya, tapi yelah orang keje susah plak nak balik kampung bila wat weekday kan???apapun semua nya dah selesai...

Penat juga wat persiapan..aku just prepare kuih2 tuk doorgift je..tuk isi dalam goodie bag tuk orang2 masjid yang baca yasin...

 yang nih strawberi cheese tart
 yang ni plak bluberi cheese tart
 yang nih tart telur
 yang nih bukan aku buat..aku makan kat kuantan..sata..x sah kalau balik x makan...
 yang ni otak2 ikan...
 ini lah rupa isi otak2 ikan ...kalau kat area melaka lain ..kat pantai timur..isi ikan..bagi yang dh selalu rasa mesti tau punyer..
 yang nih sata...
ikan goreng crispy...ikan fresh lagi..

terlupa pulak nak ambik gambar kek coklat yang aku wat tuk gift..apapun majlis dh selesai dan cheese tart habis di makan..sedap x sedap x tau lah..just follow the recipe...hehehehee  

Thursday, February 9, 2012

Sempat ke x nak buat kuih???

 Alhamdulillah ari nih le nak online..dh 2 hari wireless problem..xleh nak detect plak..huhuhu tak pe lah..mungkin ada hikmahnya..nak suh aku meng'asap'kan dapur..heheeh )oven actually..Hari nih jadi gak aku wat roti homemade...xtau lah sedap ke x..tapi hubby cakap ok..heeee  so next time leh try lagi...



esok aku kena wat kuih untuk majlis kenduri arwah akak ipar aku..plan asal nak buat kat kuantan je.so boleh lah bertolh petang sok pas hubby balik keje..tapi memandangkan kenduri ahad, so plan berubah balik sabtu pagi n malam tu sempat lah aku wat kuih lagi..3 jenis kuih plak tuh...muffin pandan, bluberi cheese tart n muffin coklat..harap2 aku boleh buat esok..kena planning awal pagi..takut x sempat nak siapkan sekaligus..plus satu lagi agar2 pelangi...hiiii  harap2 esok berjalan lancar tanpa gangguan si kecik...


Monday, February 6, 2012

Red Velvet Marble Cheese

Sebenarnya lama dh nak buat kek red velvet nih.Tapi bila pikir nak makan kek topping cheese macam bosan pulak.So kali nih tukar sikit...buat ala2 marble cheese.lain sikit kan???bangun pagi dah lambat..maklumlah cuti..xyah antar anak sekolah...eeheheheeh balun tido la ek??

Pas settlekan rumah, masak tuk bfast, bolehlah menguli adunan..lagipun cream cheese ada lagi balance dari wat bluberi cheese tart ari tuh.Pastu plan nak buat shell tuk tart wat kenduri arwah akak ipar ahad nih...alhamdulillah masa buat n3 nih dh siap 2  adunan shell yang dibuat tuk kenduri...Macam x banyak je.tengoklah nanti kalau rasa macam x cukup leh buat adunan lagi.Bahan2 semua ada lagi..heeheehe

Disebabkan terlebih rajin...kalau buat kek, masak n try resipi baru dan menjadi lak tuh..hilang strees kat kepala nih(macam xde cara lain nak hilang strees ek)..Dalam bosan-bosan nak bukak FB memanjang..better aku asah skill buat kek dan carik resipi baru..ader jugak pekdahnya kan...so aku dapatlah resipi dari kak izzah nih tapi aku guna resipi asal dari kak Anymz tanpa aper-aper renovation.....resipi kek red velvet aku dah lama ada cuma nak buat macam takut membazir lak..lain lah kalau ada special occasion kan?ok lah aku copy kan resipi tuk sapa-sapa yang nak try wat..kalau ikut step..i'Allah menjadi..jangan lupa baca bismillah sebelum mula menggodek k..
 
VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese
1 biji telur saiz B@A
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


inilah hasil yang aku buat..dengan kaedah steam bath..alhamdulillah menjadi..


sapa2 nak resipi lebih lanjut terus je cek kat blog kak izzah muffin lover

Sunday, February 5, 2012

Projek Memancing di Lendu..air pa'abas

1st of all Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat...bukan ari nih je kita perlu ingat Rasulullah S.A.W, tiap2 hari kita dengar laungan azan nama dia, salawat atas dia even kita x pernah tengok wajah dia..tapi e2 semua akan terjawab bila kita dikumpulkan di hari kiamat nanti..dia akan bagi syafaat dia untuk umatnya yang banyak mengingatinya...semoga kita adalah antara golongan orang2 itu..aminnnnnnnnn

Berbalik dengan entry atas tu, jangan terkejut pulak.Bukan si hubby je yang memancing...mak budak nih pun turut joint...dah nama darah nelayan dalam badan..nak buat macam mana kan???Xde lah nak jadi pemancing tegar macam hubby, cuma nak menyerikan suasana..dapat lah jugak ikan 3 ekor ok..yang pasang umpan n tukang lepaskan mata kail yang ikan makan tu..of coz my hubby..

 tengoklah anak beranak yang tenagh memancing tuh...x larat nak pegang si kecik asyik nak panjat tangga...so ayah dia bawa g kolam...huhuhu (ibu le tdo jap)..hehehehe
 si kakak tgh jaga adik, ayah kusyuk mancing...

 ini plak titi nak g kolam tuh..dalam jugak parit nih..kena hati2..bagi yang gemuk2 memang xleh lah naik..
 inilah kolam ikan belakang rumah atok belah suami..skrg mak mok yang duduk..

 menangis bila xleh nak turun..lebih2 lagi nampak ibu dia..nak mintak angkat..huhuhu






 Nak balik...boleh pulak layan nak gigit jari kaki..nak adik lagi????ohh tidak...

 Gambar ikan boleh lupa nak snap lak...tapi yang pasti ikan dh masuk dlm perut sebaik tiba rumah semalam..:)