Friday, February 15, 2013

Japanese Souffle Cheese Cake

Bila dah kemaruk ngan cheese, kalau leh semua yang berkaitan dengan cheese aku nak try wat.Tambahan pulak anak-anak aku suka sangat ngan cheese.Ari tu oreo cheese cake aku wat sempat makan 1 slice je.Selebihnya anak-anak makan.So ari nih nak try kek lain pulak.tak pernah lagi try buat..br 1st time..resipi aku ambik sini dan aku copykan tuk sesapa yang sedang mencari resipi kek cheese yang sedap..




JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina
Bahan2nya
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar ( aku guna susu full cream je)
130 gm gula castor
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue. Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam.


Masakkan cream cheese ngan susu segar sampai cair
yang nih bahan2 tuk masuk sekali dalam cream cheese tuh..tapi aku asingkan ..memandai lak ubah resipi..aku pukul tempat lain telur kuning, gula separuh dr 120gm tuh n tepung jagung serta cream of tatar
yang nih putih telur untuk pukul sampai meringue..
 pukul telur dulu sampai berbuih macam nih..
pastu masukkan gula sedikit demi sedikit..nak pukul sekali arung pun boleh jugak tapi lambat ler nak meringue nyer..
 yang nih dh siap meringue ..nak tahu meringue tu apa..bila korang terbalikkan besen tu adunan x jatuh..kira ok dah tuh..tapi make sure besen kering n telur putih sahaja k..xnak ader sikitpun telur kuning..kang x jadi lak meringue

 yang kanan nih adunan cream cheese yang dh siap masuk telur, gula dan tepung..sebelah lagi meringue..so boleh kaup balik je
masuk sikit-sikit pastu gaul
dah siap..
 ok ..sekarang boleh masuk oven ..kena guna kaedah waterbath k..masukkan dulang dalam dulang yang lebi besar yang berisi air panas..bukan air sejuk k..air panas.Tak pun guna kaedah 'bain marie'..letak dulang berisi air panas kat rak bawah sekali..pastu loyang just letak macam biasa kat atas...aku guna tu je sng kan3/


 jemput makan..
 nampak tak tekstur kek yang gebu tuh..memang sedap..hehee

tengoklah budak yang kuat makan kek cheese nih..kalau oreo cheese cake boleh habis macam tu je..tapi cheese je lah, makan cheese tart pun sama..shell buang..makan cheese saje..Tapi bahagia dan suka tengok bila anak-anak makan apa yang ibu dia nih masak..

No comments:

Post a Comment