Thursday, October 10, 2013

Pokok Bunga ku

Dek kerana seronok nengok geng2 fb post pasal bunga2 kat taman masing, aku pun excited nak menanam bunga.Dah lama dah nak tanam cuma takut-takut.Takut tak terjaga.Tapi sekarang dh confident 100%...tambahan hubby bagi sokongan moral support tuk tanam bunga.Dia pun faham isteri dia nih dah makin boring duduk rumah.Lebih-lebih lagi pagi-pagi bila yang sorang pergi sekolah, yang sorang lagi sibuk main tab tak pun nengok tv..

1st trial aku beli bunga kertas, bunga daun merah macam dalam pic tu..dan bunga ros jepun..murah je..semua2 termasuk tanah dalam 50 je uncle tu bagi..nursery pun dekat umah je...suker sangat..pasnih nak beli para untuk letak bunga lak..hubby dah cakap bunga-bunga yang tahan panas letak belakang sbb belaknag tu dia nak pasang kayu je instead of atap..nak buat ruang santai lah konon..sebelah lagi pasang atap.tapi nak kena settlekan akar pokok lama yang br kena tebang ms masuk umah ari tuh...tuan rumah dah sembur matikan akar sebab takut akar dia masuk tapak rumah.

Tapi still nak cek betul2 takut anai2..nak duduk sampai mati katakan..

semalam for the 1st time semain ke dalam pasu kecik dah berbunga..pasu asal takberbunga lagi..mungkin dalam sehari dua lagi sebab putik pun dh nampak..sukeee

 ini lah hasil cantasan pucuk bunga ros jepun aku..yang asal dah meriah cuma x berbunga lagi..plan nak bagi mentua balik raya haji nih.lagipun sng je nak jaga..


No comments:

Post a Comment