Wednesday, May 7, 2014

Roti Kacang Merah


Dah lama keinginan nak buat roti sendiri.Dulu pernah buat tapi bila sejuk keras rasa nak baling ke dinding pun dinding taknak terima.caner tu???Tapi akhirnya aku temui resepi yang mudah, simple dan of course menjadi.Lembut time panas dan sejuk pun lembut lagi,,Resepi nya boleh dapat kat blog kak ZalinZalina .

aku copykan resepi kat sini senang untuk panduan aku sendiri di kemudian hari.Aku bahagian bahan kepada 2 iaitu bahan A dan Bahan B

Bahan-Bahan: A
250 gram Tepung Roti / High Protein (aku guna t.gandum +1sk b.powder)
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
1/2 sudu kecik Bread Improver (xletak sbb xde)
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B


Bahan-Bahan: B
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya:
 Satukan bahan A
 Satukan Bahan B
mixed kan bahan A dan Bahan B.Bungkus dengan plastik dan perak dalam 30 minit atau ingga doh naik

 setelah doh naik
 tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bolehlah dibentuk bulat-bulat dan dimasukkan ke dalam loyang.tunggu 45-1 jam untuk doh naik.
 yang nih doh dah naik setelah 1 jam lebih dibiarkan..
 jgn lupa sapukan bancuhan telur+2sk susu/air di atas roti..

 siap setelah dibakar 20 minit,,

tengok teksturnya..sangat2 lembut..terima kasih untuk resepi yang best dan mudah nih..

1 comment:

  1. salam nk tny funbake bakkery kt tmn merdeka tu kt mana ye. baru ggogle kdai kek kt melaka n jumpa ur post on 2011 kot. boleh bagi landmark x. thanks

    ReplyDelete