Tuesday, September 16, 2014

Masuk 7 Minggu

Dah lama tak bersiaran, lawat blog apatah lagi bukak komp.Badan terasa berat semacam padahal kandungan baru mencecah 7 minggu.Belom pun lagi sebulan.Loya so far alhamdulillah kecuali last 2 days memang teruk sampai lembik muntah.Mungkin sebab angin dah masuk perut dan semua makanan yang masuk keluar balik macam air paip..Ya Allah rasanya ni lah kandungan pertama aku rasa macam nih lemah dan sangat-sangat tidak bermaya.

Kalau dibandingkan kandungan terdahulu terdapat lahan je pada awal kehamilan..alahan terhadap makanan yang menyebabkan muntah tapi tak pula sampai satu hari suntuk muntah.Dan kali ini aku rasa nak baring, lelap je..pas wat satu keje rumah, sambung baring tido..pastu bangun wat lagi satu keje rumah....baring tido balik.Padan macam tu je.Nasib baik anak-anak tak meragam.

Pagi tadi sempena cuti Hari Malaysia hari nih somi ajak makan nasi lemak penjara.Memang dari aritu teringin nak makan.Tapi bila sampai kedai, ambik mihun 2 sudu, nasi lemak 2 sudu dengan sambal.somi siap offer suh bungkus..Tapi kalau bungkus tak makan sayang pulak sebab anak-anak dah makan beria.

Harap-harap lagi 2-3 minggu badan nih kembali kuat.Demi anak-anak, suami dan kandungan..apapun terpaksan buat dan hadap.Rezeki yang Allah bagi kena terima walaupun bukan mudah menjadi seorang ibu.Dan walau bukan kandungan yang pertama..

No comments:

Post a Comment