Tuesday, April 29, 2014

Kek Pisang

Arinih terlebih rajin..bukan rajin mana pun tapi sebab dah lama teringin nak masak kek pisang..tapi asyik habis je pisang dek budak-budak nih, so terbengkalai je lah jawabnya..resepi nih aku ambik kat myresepi ..sesapa rajin boleh cek k..adunan aku buat separuh je sebab takut x jadi..so far alhamdulillah jadi..so boleh copy kat sini untuk rujukan di kemudian hari..



Sini aku copykan resepi tu balik.Untuk sapa-sapa nak try dan of course tuk rujukan aku sendiri nanti kan..
yang nih aku buat separuh adunan je..nak try kan..dah jadi ok je nampaknya..so next time boleh repeat kalau nak guna resepi yang sama

Bahan-bahan ( saiz biasa )

  • 7 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan gandum

Cara-cara

  1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
  2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
  3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
  5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C

Monday, April 28, 2014

Peti Sejuk Toshiba


Alhamdulillah setelah 8 tahu kawin baru merasa peti ais baru.Dengan harapan takdelah nak pindah-pindah lepas ni kan.Sayang juga peti ais lama cuma dah tak muat nak letak makanan-makanan untuk perut-perut dan kaki masak macam aku..Kalu ikut yang nih pun x cukup tapi bajet dah takat tu je..so redha je lah..


 Ikutkan beli yang lain..last minit somi suh tukar plak.Dia tak berkenan.So ambik yang nih kena topp lagi duit rm200..RM1999..yang aku nak beli rm1799 je..cuma x lebar macam nih..meninggi tapi space dalam memang banyak..
 Beza peti ais lama ngan yang baru
 Atas memang luas..boleh simpan lebih barang basah..xyah ulang-alik g kedai sangat kan..pergi pasar pun senang hati membeli sekali harung..

Yang tak best belah bawah tak berapa nak besar..letak-letak barang memang x muat nih..kompom2..tapi dah boss pilih..redha kan je..apapun thanks yer my hubby..love u ketat2

Sunday, April 27, 2014

Basikal Baru


Terlepas jugak hajat nak belikan basikal untuk budak-budak nih.Yang bestnya si adik tak berapa pandai lagi main sebab ms kecik x pernah main basikal katakan..si kakak takyah cakap yang nih basikal ke 3..tahun depan kena beli basikal lagi besar sikit kot..yang xyah 3 roda gitu..


hepi tengok anak main tapi kejap je..pastu berlari nengok dvd dlm bilik..

Thursday, April 24, 2014

Donut lagi


Bila rajin inilah hasilnya.Untuk anak-anak dan juga suami.Resepi yang sama seperti sebelumnya..memang tidak menghampakan..sekejapan je mengunyah kalau masih panas2 kan..


Tuesday, April 22, 2014

Karipap


Ari nih projek karipap pulak.Dari dulu lagi aku teringin sangat nak buat karipap sendiri..Terima kasih buat sorang kenalan fb yang rajin sharing resepi-resepi..dan hasilnya memang tak mengecewakan.Yang nih 2nd time aku buat untuk sekolah anak..sebab diorang x makan pedas so aku buat x pedas..dengan inti keledek dan ayam je

Sebenarnya ini adalah percubaan ke2 aku buat karipap nih.Tak tahu mana silapnya 1st tru tu jadi cuma x secantik yang kali ke2..mungkin inti aku terlalu basah, x kering..kali nih alhamdulillah pasnih sng boleh buat sendiri.

Resepi kulit karipap nih:
500gm tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
sedikit garam
air secukupnya..

*panaskan mentega dengan minyak hingga cair..masukkan dalam tepung dan gaul rata..
*masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Ala-ala adunan donut gitu.
*pastu boleh lah diterap dan dimasukkan inti dan digoreng.



Kalau terasa nak wat frozen atau nak goreng untuk esoknya..goreng karipap tersebut suku masak..pastu simpan dalam peti ais (untuk frozen)..kalau nak goreng keesokkan nya just letak dalam bekas kedap xya masuk peti ais pun xper.

selamat mencuba yer..

Friday, April 11, 2014

Nasi Ayam Penyet

Ari ni bila sembang dengan kawan-kawan kat wassap mula lah macam-macam menu nak masak.Last-last aku pulak yang masak sebab bahan-bahan pun ada kat dapur..cuma ayam je kena beli sebab ayam yang ada semua daj potong kecik-kecik.

Dan hari nih jugak aku nyer barang shaklee sampai..excited ko.Maklum lah nak kurus kan.Sapa tak teruja.Nak jugak tengok keberkesanan produk nih.Shaklee tu aku buat next post yer..ari nih nak bagitahu pasal ayam penyet aku nih..sini aku share kan resepi nya..yang nih memang resepi aku buat sendiri..hasil dari olahan resepi asal kat tenet..

Bahan-Bahan:
untuk ayam:

3 ketul paha ayam diperap bersama bahan-bahan blender iaitu
-3 biji buah keras
-1 sk jintan manis
-1sk jintan putih
-1sk ketumbar
5 biji bawang merah
-7 biji bawang putih
-2sb serbuk kari ayam
-2 sb tepung jagung
-1sk serbuk kunyit
-garam , ajinomoto

perap dalam sejam.lepas tu goreng dan ketuk2 sikit sebelum dipotong..keriuk2 pun kutip sekali tau..tabur je atas ayam tuh

Bahan sambal:
-5 biji cili merah
-8 biji cili api merah
-5 biji cili api hijau
-sebiji tomato besar
-sebesar ibu jari belacan

goreng sekejap semua bahan dan diblend tanpa meletakkan air.nak tumbuk lagi bagus.Perasakan garam dan gula.Nak lagi pedas boleh tambahkan cili yer..


Ulaman:timun, kacang panjang, tomato..ikut suka nak letak apa k..saya suka timun je..he3


selamat mencuba

Tuesday, April 8, 2014

Kek Sarang Semut/ Gula Hangus

Alhamdulillah, rezeki lagi.Walaupun penat tapi sehabis baik buat untuk repeat customer nih.Katanya senang berurusan dengan saya.Terima kasih kerana kepercayaan itu.


Monday, April 7, 2014

Kek Lapis Cheese








TAUHU TELUR

Lama betul tak update blog yang tak seberapa nih.dah makin semak ..nak bukak pun bukan main semput line nih.Tapi bila tak bukak elok pulak.Oklah korang-korang semua yang tak tahu nak buat apa untuk menu petang, meh sini aku nak share satu resepi baru.Baru ker..baru bagi aku lah kot..Ini pun aku copy dari page RESEPI MASAKAN kat fb.aku copykan balik resepi yang sedikit sebanyak sudah diderhakan oleh aku..hehehe

TAUHU TELUR:
sumber:Resepi masakan


BAHAN A:(diblend)
4 kpg tauhu putih
2 bgkus tauhu telur
4 biji telur
4-5 sotong size sederhana

BAHAN B: (dihiris halus)

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sebatang saderi
isi ayam dipotong dadu (lagi banyak lagi bagus)
1 biji lobak merah
daun ketumbar
daun bawang
cili merah/cili api
4-5 kepala sotong + (tambahan lagi bberapa badan sotong dipotong halus
*lada sulah,paprika, keju cheddar (kalau ada), garam, perisa>

-campurkan bahan A +bahan B.Lepastu kukus 30 minit..sejukkan dan potong utk digoreng.salut tauhu degan telur dan kemudian salut dengan serbuk roti.siap untuk di goreng /disimpan beku

Bahan A yang dah siap diblend.Blend tak payah letak air yer ..sbb tauhu tu pun dah lembut tau..
Bahan B..semua hiris n potong kecik2.kalau korang rasa korang ada bela ayam..boleh ler letak ayam lebih..he3 xde hal sendiri nak makan kan..lagi banyak bahan lagi bagus..

gaul2 semua


Dah siap dikukus dalam 30 minit..sejukkan dulu..letak dalam peti ais pun takde orang nak marah..nak bagi cepat sikit sejuk kan..pastu potong2, celup telur n serbuk roti.siap untuk digoreng.Sos tu korang pikir lah sos apa nak makan dengan tauhu nih.Aku guna sos cili je..sng dan sedap..
selamat mencuba yer..