Sunday, May 1, 2016

Kuih Nona Manis

Dah lama x update blog yang bersawang ni..Al maklumlah bila ada baby kecik kan..kecik x kecik dh nk masuk setahun dh pun..dan setahun jugak laptop aku hantar repair tak siap-siap lagi...tu yang nak update blog pun payah...

Ok lah taknak bebel panjang...kita cite pasal kuih plak.Dah namanya love baking kan,aku pun try jugak kuih nona manis yang femes skrg ni...and hasilnya x mengecewakan....yeyeyeyye







Tuesday, June 2, 2015

Happy 8th Anniversary

Alhamdulillah syukur ke atas Ilahi, rumahtangga yang dibina telah menjejak ke tahun ke8.Walaupun pelbagai ujian, dugaan dan rintangan yang alhamdulillah aku dan suami cuba menjaga rumahtangga kami sebaik mungkin.

Tambahan pulak tahun nih bertambah ahli keluarga baru.Semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan dan kekal ke akhir hayat kami.Buat suami, terima kasih menjadikan aku wanita yang berasa bersyukur kerana dipilih menjadi ibu buat anak2mu.,..


Wednesday, May 20, 2015

Jaundice hari ke 14

Semalam genap 13 hari anak bujang ku..and kuning still bacaan 11..doktor nak bacaan bawah 10 sebelum 15 hari.That mean esok aku kena repeat cek-up.harap2 sangat bacaan akan turun bawah 10..x larat dah nak ulang alik ke klinik kesihatan.Berpantang kali ni memang betul2 menguji kesabaran.Berpantang sendiri plak tuh..Semoga aku sabar dengan situasi nih sampai habis berpantang...

Yang bestnya bila cek up baby untuk ambik darah nurse mesti cakap anak u besar dah macam budak sebulan..he3 mana taknya kuat sangat menyusu sampai xdan nak perah..huhu

Wednesday, May 13, 2015

Berpantang Hari ke 8

Nothing much pada hari ke8 selain tali pusat dah tanggal and still wat continue check up for jaundice.Ari nih naik dr 13-16mg plak...so kena repeat ambik darah esok pukul 8 pagi.Harap-harap esok turun lah hendaknya.Risau jugak kan mana tahu kena warded dengan keadaan dalam pantang nih aku yang seriau.Kalau bab nyusu aku ok lagi sebab baby mmg kuat nyusu br 2-3 hari nih and alhamdulillah berak pun dh kerap..

Apapun aku doakan yang terbaik untuk new baby nih.Allah permudahkan lah urusan hambaMu yang kerdil ini..amin

Sunday, May 3, 2015

Semakin Dekat Hari Semakin Gelisah

Tipu lah kalau cakap tak cuak bila tarikh due semakin dekat.Ya Allah semoga Engkau permudahkan segala urusan ku, urusan bersalin dan Engkau keluarkanlah anakku dari rahimku dengan selamat dan sihat.amin
Arini dah 3hb mean lagi 3 hari nak dekat due...mintak-mintak bersalin sebelum due lah kan.Mak mentua asyik kol bila baby nak keluar.

Yelah risau nanti sapa nak jaga cucu-cucu dia sementara somi nak hantar aku ke hospital..Takpe lah mak, in sha Allah, semunya dipermudahkan.Nak angkut ke sepital semua pun xde masalah sebab somi boleh boleh tunggu luar dgn anak-anak.

Malas nak menyusahkan orang tua bila time macam nih.Alla ada untuk orang-orang yang sabar...kan..Doakan saya selamat bersalin ye ..tak sabar nak tengok baby baru..he3

Wednesday, April 29, 2015

Sambal Pedas Berapi


Lama dah menjengah dapurku sayang..sayang lah sangat kan.Al maklum lah bila jiwa malas memang malas ler jawabnyer..Tapi hari nih serius aku rajin.Rajin tak rajin mana tapi rasa nak makan pedas plak tetiba.Resepi nih actually resepi sambal tutok indon lebih kurang macam tu ler.


Kalau jenis yang tak tahan  pedas tu boleh lah guna cili merah besar tu..tapi aku guna cili api merah kecik-kecik tu.Somi aku jenis tak layan kalau tak pedas.Tapi yang nih memang terangkat.Oklah bahan-bahan nya senang jer..

Bahan2:
cili padi (ditumbuk)
bawang merah (ditumbuk)
bawang putih (ditumbuk)
bawang besar (dihiris)
tomato (dihiris)

caranya:
- goreng garing bahan yang ditumbuk hingga betul2 garing, masukkan bawang besar yang telah dihiris, tomato dan last sekali ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu.Siap..

selamat mencuba.Yang nih aku add on kentang sebab kentang tak habis-habis bila beli..he3

Wednesday, April 8, 2015

Bedung & Sarung Tilam Baby


Settle part bedung bayi dan sarung tilam baby.Entah kenapa mata nih suka plak hijau berbanding biru.Nasib lah kan warna sejuk ok ler.Dah itu je yang nampak elok kat mata ibu nih skrg.hikhikhik

 Yang ni bedung baby.Cukuplah 2 helai tuk tukar-tukar.tambah satu bedung yang ader cap lagi.Itupun nasib jumpa kain flannel nih.Kat Melaka punya lah susah cari.Kalau ader pun corak tak berapa cantik.Mostly kartun-kartun je.Tapi sekarang semua dah lega.Settle dah persiapan asas untuk bakal newbaby

Tuesday, April 7, 2015

36 Minggu

Alhamdulillah dah memasuki minggu yang ke 36.Pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu.Dengan segala kepayahan di awal-awal kehamilan dengan malas serba serbi Allah je tahu macam mana rasa fedup dan tersiksanya jiwa ragaku..hukhukhuk emosi la plak kan.

Tapi yang bestnya kepenatan, kepayahan, kesengsaraan serta keletihan berbalas bila mengetahui jantina baby yang bakal dilahirkan adalah lelaki.MasyaAllah gembiranya hanya Allah yang tahu.Betullah kata orang setiap pengorbanan dan kepayahan ada hadiah gembira menanti.Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi bayi ini akan berada dalam pelukan dan dakapan aku.amin

Ok lah sebenarnya nak cite last week nya chek-up scan untuk cek air ketuban dan berat baby.Tapi doktor detect air ketuban banyak n nak refer pakar kat hospital.Dan aku pun dengan cuak jugaklah balik umah cite kat somi dan of kos somi aku lagi gabra dari aku ok..tapi nasib baik lah pagi tadi doktor tu call cakap appoint tuk refer pakar dibatalkan memandangkan aku dah dekat nak due.And repeat scan akan dibuat this next check-up which is this thursday.

Sebenarnya doktor tu risau sebab history aku sebelumnya 2-2 baby besar especially 1st baby aku yang lahir normal 4.1kg.Makaiiii besarnya kan...normal plak tu.Doktor boleh pelik macam mana aku boleh bersalin normal bb sebesar tu tambah2 anak sulung.Aku??? tak terkejut sebab 1st experience.Tapi serius kalau dengar cerita mengenai anak sulung lahir normal macam2 kes walau kecik apatah lagi aku yang besar macam bb dah 3 bulan...

Apapun semua tu bahagian masing-masing.Yang penting doa dan teruskan berdoa semoga Allah permudahkan segala perjalanan dari mengandung hingga proses melahirkan.Dia sebaik2 perancang kan.Kalau ada pun yang tak elok semasa atau selepas melahirkan itu juga atas izin Nya .

cukuplah bebelan untuk hari nih.Mood malas dan stress lagi sebab xleh nak kuar rumah.Badan dah terasa berat dan harap2 semoga baby nih akan kuar sebelum due nya..amin..

Saturday, April 4, 2015

Persiapan Baby Lagi


Dah masuk minggu ke 35, settle semua barang baby.Ni sebahagian yang dah basuh untuk in maternity je..lepas tu kna slow2 basuh lagi.Nak basuh sekali harung tak larat mak nak..dengan kemalasan tahap cipan nyer, nak layan anak lagi.

Dan start minggu nih jugak aku dah start rest kat umah,Somi dah arrange kan van sekolah anak pergi balik.Semoga dipermudahkan lah hendakNya kan..


Ni antara baju-baju yang boleh tangkap muat untuk bakal boboy kuar nanti.Yang pinky2 semua dah disedekahkan kat orang sebaik saja tahu baby boy.Elok lah dari terperuk lama dalam box pun sapa nak guna.Dah 2 generasi kot

Ni plak CD untuk new baby pakai lepas habis pantang..dalam pantang kita pakai pampers dulu yer..he3

Tablet Susu Kambing


time mengandung tak sah kalau x minum susu kambing.Konon untuk elakkan bayi kena kuning.Tapi kalau darah mak ayah spesis O memang tendency untuk dapat kuning tu mmg 100%.Tapi tak salah berusaha kan.apapun tablet ni memang sedap.Macam gula-gula.Lagi elok dr minum air susu fresh kot..