Thursday, July 7, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Nama : laila binti Tonie
Alamat: 9013A Jalan Alai, Kampung Alai, 75460 Melaka
No HP : 013-6477305 /06-2696164
Kategori: Bersalin normal
Tarikh Lahir Anak : 2/3/2011

Assalamualaikum...1st of all nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab berani mencuba masuk peraduan nih even ilmu and pengalaman baru setahun jagung..Bak kata orang masih merangkak2 lagi dalam dunia penyusuan dan masih banyak lagi ilmu nak dicarik dan dituntut.Apapun e2lah namanya usaha dan 'practice make perfect'.

Berdasarkan pengalaman dari kelahiran anak pertama..even anak pertama membesar seperti kanak-kanak lain.Naluri keibuan ku masih merasa bersalah kerana mensia-siakan rezeki yang Allah dah tentukan untuknya dulu "susu ibu".Bertuahkan setiap anak yang lahir dengan siap pakej 'susu ibu'.Betapa besarNya kudrat Allah untuk setiap manusia.Dari lahir je rezeki dah ada apatah lagi dah besar..betul x???

Anak pertama sempat disusukan hanya 4 bulan.Dengan kerja shift (dulu keje hotel),so nak menyusukan dan memerah susu jadi satu isu dan masalah jugak.Tambahan ilmu penyusuan pun sangat-sangat cetek.Ditambah lagi dengan pengasuh yang mengasuh lagi.Nak jadikan cite, ms lahir anak memamg x cukup susu.Lahir dengan berat 4.1kg secara normal.....mungkin sesuatu yang amat mengejutkan bukan?Tapi alhamdulillah dua kali teran bayi keluar dengan sempurna dan sihat.Malah pandai hisap susu ibunya..hehehehe that my 1st experience ever after.

Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)

Susu yang terlalu sedikit tuk bayi yang boleh dikatakan agak besar, of coz ia amat2 merunsingkan hati.Perubahan jadual tido sebelum ada anak n bila ada anak juga turut menimbulkan masalah besar masa tuh.Maklumlah aku nih mmg kuat tdo.Kalau bagi duit suh berjalan pun aku lebih rela tdo...hihih melampau kan.Tapi bila dh ada anak, ambik ms gak semua tu nak kena adapt.Aku berjaya jugak.

Aapa yang melucukan aku ms tengah berpantang tu, dengan kurangnya ilmu penyusuan.Maksud aku cara2 nak menambahkan susu n menyimpan susu.mak mentua siap suh aku buat gabus jadi rantai.Konon e2 petua nak banyakkan air susu.Mungkin Agak berjaya jugak sbb ms tu anak aku tuh kenyang je pas hisap susu, tapi selang sejam aku kena nyusu balik...(kenyang ke mcm tu)Apapun alhamdulillah habis tempoh berpantang 2 bulan aku bagi full breastfeeding ngan anak aku.Tapi bila hantar umah pengasuh, pengasuh lak suh aku bagi susu fm, sbb dia x reti nak panaskan susu dan takut salah lah, akupun fikir singakt gak, so bagilah susu enfalac...tapi malam aku still bagi susu badan ok...

Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah Sokongan yang diperolehi

2/3/11 anak aku kedua lahir..dan kali nih aku dh nekad ngan suami aku akan bagi susu badan sepenuhnya.Xnak jadi jahil macam yang 1st dulu..dengan gabus jadi rantai lagi.Kalau cite ngan kawan2 aku ...mmg wat gelak diorang je.Alhamdulillah skrg dh 4 bulan anak ke2 aku.Dengan berkat ilmu dr Fb kawan2 yang menyusukan anak dan gambar2 penyusuan, susu perahan yang berlamak2 diorang upload menambahkan lagi semangat aku.Dan skrg aku rasa aku sangat2 berbangga sbb menyusukan anak dengan susu ibu...supaya dia akan menjadi anak yang solehah..amin

Sekarang menyusu kat public pun aku x rasa ralat sangat sbb nyer aku dh siapkan nursing cover ala2 apron g2.Hasil tangan aku sendiri.Siap beli mesin jahit lagi konon nak sng nak menyiapkan apa2 keperluan anak...seperti nursing cover, barut gantung..e2 konon je..yang selebihnya...heheheheh nak luangkan masa yang banyak kat umah...:)

Setiap kali menyusu anak..aku akan ambik gambar.Sebab??? nak dijadikan kenangan yang xkan boleh beli kat mana2.Lagi2 bila dah tua.Anak2 boleh tengok betapa kita sayangkan 'rezeki' tuhan bagi tuk dia.Tak nak sia2 kan macam tu je.Bagi ibu-ibu yang belum ader rezeki melahirkan anak, menyusukan anak...aku doakan korang semua akan dapat mengalami pengalaman bermakna x ternilai ini suatu hari nanti..

Gambar berkaitan penyusuan


ni pic NIP


antara lain barangan untuk penyusuan yang aku beli...excited nak mulakan penyusuan ..

7 comments:

  1. semoga berjaya mencapai cita-cita untuk memberi pennyusuan scr eksklusif dan tabah menghadapi segala cabaran. ameennn

    ReplyDelete
  2. thanks dear...i'll try to make it perfect...4 my princess...

    ReplyDelete
  3. tahniah..like me pun 2nd baru berjaya BF..alhamdulillah masih BF till now 2 tahun 5 bulan...

    ReplyDelete
  4. hunny: wah dh lepas 2 tahun nyusu lagike...baguz2...sy harap kali nih sy pun berjaya sampai 2 tahun gak...tapi x nak lebih 2 tahun...:)

    ReplyDelete
  5. Moga saya pun boleh menyusukan arief hingga tiba masanya kelak...Amien..

    ReplyDelete
  6. tahniah..semoga terus diberikan kekuatan! salam ukhuwwah fillah dari Bayt Al-Iman! ;)

    ReplyDelete
  7. amin2...semoga kekuatan e2 sentiasa ada..

    ReplyDelete