Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Monday, April 7, 2014
Sunday, February 23, 2014
Wednesday, December 26, 2012
Kek Lumut
Ari nih aku nak share kan Resipi Kek Lumut yang aku selalu buat.Memang sedap dan lembut.Sesapa nak try dipersilakan...benda baik elok dikongsi.Tapi kalau tak reti nak buat boleh kontek aku sbb aku memang buat jual..hehehehe
Bahan-bahannya:
450gm mentega/butter
180gm gula kastor
10 biji telur
90gm pandan paste
1 tin kecik susu pekat manis (390gm)
200gm horlick
240gm tepung hongkong
1 tin kecil srikaya
cara membuatnya:
1.Mentega dan gula dipukul hingga putih.
2.Selepas itu masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang..
3.Masukkan pula srikaya..diikuti susu, orlick pandan paste, dan tepung hongkong secara satu persatu dengan kelajuan perlahan.
4.siap tuk dikukus 4 jam k..kalau wat 1/2 adunan 2 jam je lah..
sebelum dikukus
dah siap
nampak lembap kan???mmg x ingat kalau makan kuih nih..
Saturday, December 22, 2012
Tempahan Kek Lapis Masam Manis
Alhamdulillah..rezeki lagi.Ari nih menyiapkan tempahan 2 bijik kek Lapis Masam Manis.Terima kasih wat customer ku..Fitriah
Thursday, March 15, 2012
Kek chocolate Chip
ni sebenarnya cite kek aku buat ms raya ari tuh..x sangka lak member2 yang dtg umah ckp sedap n order.Alhamdulillah...sempat jugak menyiapkan even anak2 sibuk mengacau.Ari nih nplak aku mmg x sempat nak masak nasi.Hubby lak masuk keje awal, so kena siapkan apa yang termampu je.Masam mee goreng tuk dia sebelum pegi keje.Anak lak masak mee sup je.Terasa nak makan benda lain lak sebab dah hari2 masak nasi n lauk..
Saturday, October 22, 2011
Kek Lapis Pudina
Ni kek yang aku wat 2 hari lepas.Sekadar menghilangkan bosan dan nak cuba buat kek sendiri.Rasa pepermint tu yang bru jumpa dia nyer perasa.Dah carik 2-3 kedai kek dah kat Melaka x jumpa jugak.Akhirnya jumpa jugak.Itupun atas pertolongan si hubby...dah alang2 pegi kedai jual barangan kek..aku beli lah sekali alat tuk buat kek layer, loyang, dan beberapa perisa kek.Hubby dan anak suka sangat makan kek lately nih.Tambahan pulak ada yang menempah.So bolehlah wat pendapatan sikit..Kalau sapa2 nak rasa prior Sarawak kek lapis yang manis...dan lembut leh lah email...hihihi
Sunday, October 9, 2011
Kek Dewan Parlimen
1st tengok tajuk mesti pelik..sebab x pernah dengar kek lapis nih.Kalau bagi orang-orang kat sarawak mesti agak familiar jugak even x semua tahu sebab ia x se'glamour' kek lapis yang kebanyak di pasaran..apapun ini lah hasil lepas aku buat last fews day.Baru ari nih sempat nak upload n dh habis pun..Kek lapis nih mmg xkan rasa bila dh makan...sekejapan je habis..ini lah hasil nya ..
Tuesday, August 30, 2011
Kek Lapis Masam Manis
Ini satu lagi kek yang aku buat...kek Masam Manis.Bahan utamanya Haw Flake.Manisam merah berbentuk sebesar duit syling seposen warna merah.Lupa plak nak ambik gambar sebelum buat kek tadi.Even sampah pun dh buang.Just share pic je lah yea..next time aku masukkan resipi.
Sunday, August 28, 2011
Kek Lapis Tembikai
Ari nih aku just nak share kek lapis yang aku wat tuk raya.Even tahun nih turn raya umah suami.tapi disebabkan suami kena keje, so kena lah tunggu dia cuti baru balik kampung kat kuantan.Selalunya tiap2 tahun kalau turn umah suami raya kat Melaka je sebab adik-beradik belah mak mentua akan berkumpul umah atok kat air Pa'bas Alor Gajah.Tahun nih beralih angin lak...so raya lah kat kuantan for the 1st time..(untuk aku n suami).
Awal2 lagi mak adik ipar aku bagitahu yang mak mentua aku suh aku buat kek lapis sarawak.Bukan tak pernah buat cuma yelah, time raya mesti nak suh buat baru ada feel raya.Alhamdulillah aku dh pun siapkan dua kek...satu Kek Lapis Tembikai dan Satu lagi Kek Masam Manis.Satu kek kena bahagi 3..sebab aku nak bagi untuk pengasuh anak aku, keluarga mentua dan of course lah umah aku.
Ini lah kek lapis tembikai yang aku wat.Even xde lah tersusun macam orang expert buat.Tapi at least aku berjaya siapkan even anak2 kejap2 mengacau ...
Ini resipi bagi sesiapa yang nak try buat.Just ikut sukatan kompem akan jadi..Tapi kena patient lah k..
KEK LAPIS TEMBIKAI
10 biji telur
16 oz mentega( 350gm)
200gm gula halus
300gm tepung Hong Kong (xde guna tepung gandum je)
1 tin srikaya kecil
1 tin kecil susu manis( anggaran 495g)
1 paket serbuk santan (50g)
1 botol coklat chip dijadikan biji tembikai
1 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanlla
pewarna hijau, kuning dan merah
cara membuatnya:
1.Pukul butter dan susu sehingga putih...ketepikan
2.Pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanilla
3.Satukan adunan butter dan telur.Pukul hingga sebati
4.Masukkan srikaya, serbuk santan dan pukul hingga kembang.
5.Masukkan tepung sedikt demi sedikit.Gaul sebati
6.bahagikan adunan kepada 3 bahagian.3 lapisan hijau, 2 lapisan kuning dan selebihnya lapisan merah.
7.Setiap satu lapisan 2 senduk.bakar berlapis2 200Fh selama 8 minit.
Friday, July 22, 2011
KEK LAPIS HOLIDAY INN
assalammualaikum...lama dah tak update story kat blog nih.Malas yea jugak xde apa nak cite pun yea jugak.Ari ni tak tahu tiba-tiba lak terasa nak buat kek.Bukan kek harijadi or kek span...tapi kek lapis sarawak.Mungkin dah biasa orang dengar kek lapis sarawak tapi tak semua kek sarawak ada jual kat pasaran.Ada yang hanya orang buat tuk makan bila raya aje.Sebabnya???kos yang mahal n kek yang banyak menggunakan benda-benda mahal seperti horlick, milo, srikaya dan nestle cream, browning sugar.E2 contoh-contoh bahan yang mungkin tak familiar bagi orang yang tak mengetahui cara membuat kek lapis nih..
Aku pun bukan lah pandai sangat dalam bab-bab buat kek nih.Setakat kek lapis kukus n lapis simple2 tu tahu lah sikit-sikit.Tapi yang banyak kali lapis, potong n lapis balik tuk, aku rasa baik aku beli je kot.Leceh n perlukan banyak masa.Makannya sekejapan je..kan3??
Berbalik cite aktiviti aku ari nih..1st ak buat popia gulung n popia simpul dengan serunding ikan bilik mak sedara hubby bagi.Lama jugak nak buat tapi asyik terlupa je nak beli kulit popia tuh.Hari nih mmg keluar rumah just tuk beli bahan tuk wat kek n kulit popia tuh.So xde lah lupa lagi.
Ini lah kek lapis holiday inn aku...
Aku pun bukan lah pandai sangat dalam bab-bab buat kek nih.Setakat kek lapis kukus n lapis simple2 tu tahu lah sikit-sikit.Tapi yang banyak kali lapis, potong n lapis balik tuk, aku rasa baik aku beli je kot.Leceh n perlukan banyak masa.Makannya sekejapan je..kan3??
Berbalik cite aktiviti aku ari nih..1st ak buat popia gulung n popia simpul dengan serunding ikan bilik mak sedara hubby bagi.Lama jugak nak buat tapi asyik terlupa je nak beli kulit popia tuh.Hari nih mmg keluar rumah just tuk beli bahan tuk wat kek n kulit popia tuh.So xde lah lupa lagi.
Ini lah kek lapis holiday inn aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)














