Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

Roti Sosen dengan Slice cheese


Assalammualaikom...rajin beno nak update status sekarang..Bukan rajin mana pun tapi sebab line dah tak berapa semput n komputer pun dh format baru.Berat bila banyak sangat isi dalam nya kan..oklah ni menu aku buat ari nih..roti lapis cis ngan sosej.Slice cis nih aku agak dh dekat sebulan dalam peti.Bila en somi beli x reti nak beli pack kecik..ini la padahnya, xde orang nak perabis..so ternampak plak resepi buat macam nih.Simple kan..anak-anak suka..somi pun suka..


bahan2:
roti
slice cis
telur
sosej




yang ni aku tambah sendiri kebetulan bread crumb ada so guna je lah apa yang ada..jangan membazir..


inilah hasilnya setelah digoreng..yummy..tapi jgn makan selalu sangat cis ni kang gemuk susah plak..
selamat mencuba

Friday, July 11, 2014

Sosej Roll


Arini nak share resepi sosej roll plak.Mungkin ramai dah tahu macam mana nak buat.Sebenarnya dah lama rumah nih tak beli roti, maklumlah sejak dah reti wat roti sendiri kan.Kalau beli pun, beli roti yang ada inti je.


Oklah share 1st step..kita gilingkan roti hingga nipis..pastu buangkan tepi-tepi tu sebab nak bagi nampak cantik je.Padahal yang tepi tu la yang banyak khasiat..he3

pastu gulungkan sosej dan gamkan dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.Kira jadi gam la.Pastu potong dua..salut telur dan bread crumbs baru goreng..senang kan..



telur


bread crumb- yang ni aku beli kat bakery.nak buat sendiri boleh je..bakar sekejap roti pastu blend kering...



Thursday, June 12, 2014

Pandan Butterscotch

Bila dah rajin mesti lah buat apa yang kita suka..memasak.Masakan sama pun takper sebabnyer..kita n anak-anak suka makan.Arini try resepi roti pandan plak.Resepi yang sama cuma tambah sikit perisa pandan, yang siap ada pewarna tu.Senang dan mudah..

 Takde banyak beza pun cuma rasa dan warna yang lain sikit.Tekstur roti sama je.Yang bestnya kuah butterscotch tu buat roti lagi sedap.tak percaya boleh try.


sedia untuk dibakar..
dah curah kuah butterscotch boleh lah dingap..anak2 pun suka .

Monday, May 19, 2014

Roti Pizza

Dah lama pasang niat untuk buat roti pizza..hari nih tercapai jugak.let pic speak k u all..nak resepi ada kat entry terdahulu..lebih kurang je.Ini bukan roti pizza biasa makan kat pizza hut or domino ye..nih adunan doh roti biasa tapi topping dengan cis..nanti2 kita try doh pizza sebenar pulak..

Bahan A


Bahan B

bahan A yang dah disatukan..jadi macam bebutir kan..
pastu masukkan sedikit demi sedikit bahan B

dah jadi macam nih uli balik dengan tepung sampai x lekat kat tangan yer..

perap
dah kembang

canaikan dan letak apa yang kita nak letak..
siap

Wednesday, May 14, 2014

Roti Butterscotch


Bila dah dapat resepi yang best, of couse takde masalah nak makan apa yang kita suka.Lebih-lebih lagi bila mood rajin datang.Anak-anak nak roti sosej..kebetulan nak try sos krim butterscotch so buat dua adunan.Boleh jugak leh kirim kat rumah sebelah.Tak salah bagi orang rasa disamping sedekah kan...

buat yang mula-mula nak try adunan roti nih, diharap bersabar yer sebab adunan memang sedikit lembik.Tapi jangan risau yer..uli dengan taburan tepung atas papan pencanai dan uli sampai tak melekat kat jari..tak perlu tambah tepung yer..uli sikit-sikit sampai sebati.Lepas tu perap doh selama 30 minit atau naik 2x ganda.
 Dah kembang macam nih bolehlah di bentuk bulat-bulat macam buat pau tu cuma xde inti je..pastu susun jarak-jarak macam gambar kat bawah ni.Tunggu lagi sampai kembang baru leh bakar yer..150-20 minit..api atas bawah 200 darjah celcius.


 jangan lupa sapu kuning telur+2sb air sebelum masukkan roti dalam oven.Dan oven mesti dipanaskan dahulu 10 minit sebelum proses membakar roti yer..
 Nak lebih cantik boleh tabur badam n biji sawi atas roti,..pastu boleh lah bakar

 BUTTERSCOTCH SAUCE
sumber: kak izahdaut

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)

Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.



 tekstur yang lembut ..
even dah 4 jam sejuk..

Wednesday, May 7, 2014

Roti Kacang Merah


Dah lama keinginan nak buat roti sendiri.Dulu pernah buat tapi bila sejuk keras rasa nak baling ke dinding pun dinding taknak terima.caner tu???Tapi akhirnya aku temui resepi yang mudah, simple dan of course menjadi.Lembut time panas dan sejuk pun lembut lagi,,Resepi nya boleh dapat kat blog kak ZalinZalina .

aku copykan resepi kat sini senang untuk panduan aku sendiri di kemudian hari.Aku bahagian bahan kepada 2 iaitu bahan A dan Bahan B

Bahan-Bahan: A
250 gram Tepung Roti / High Protein (aku guna t.gandum +1sk b.powder)
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
1/2 sudu kecik Bread Improver (xletak sbb xde)
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B


Bahan-Bahan: B
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya:
 Satukan bahan A
 Satukan Bahan B
mixed kan bahan A dan Bahan B.Bungkus dengan plastik dan perak dalam 30 minit atau ingga doh naik

 setelah doh naik
 tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bolehlah dibentuk bulat-bulat dan dimasukkan ke dalam loyang.tunggu 45-1 jam untuk doh naik.
 yang nih doh dah naik setelah 1 jam lebih dibiarkan..
 jgn lupa sapukan bancuhan telur+2sk susu/air di atas roti..

 siap setelah dibakar 20 minit,,

tengok teksturnya..sangat2 lembut..terima kasih untuk resepi yang best dan mudah nih..