Showing posts with label Info Berpantang Selepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Info Berpantang Selepas Bersalin. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Bentan Boleh Membawa Maut

DALAM masyarakat Melayu, sering kita dengar, wanita selepas bersalin kena bentan, begitu juga dengan kanak-kanak yang baru lepas bersunat. Jika tidak dijaga betul-betul dalam tempoh pemulihan, mereka boleh diserang bentan.
Lebih membimbangkan, ada banyak juga wanita yang baru bersalin maut akibat bentan. Apakah sebenarnya bentan? Sejauh mana wanita benar-benar faham dan tahu mengenai penyakit itu?
Jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.

Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuman kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua ‘orang tua-tua’ atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya.

Contohnya, ketika dalam pantang, wanita tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.

Ada antara petua ‘orang tua-tua’ membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dengan cepat, namun ada antaranya yang tidak begitu baik dan relevan sehingga boleh memudaratkan.
Misalnya, kononnya minum air terlalu banyak takut perut menjadi buncit dan mengembang. Sebenarnya itu adalah persepsi yang salah kerana jika minum air sikit boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor.

Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut.

Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamus perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuman kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul.

Katanya, wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi.

Sepanjang tempoh pemulihan itu, katanya, imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi.

Dalam tempoh berpantang, darah nifas yang banyak keluar boleh menyebabkan jangkitan kuman jika wanita tidak kerap menukar tuala wanita.

“Mereka juga seharusnya lebih banyak minum air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelak jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit.

“Selain itu, jika kurang minum air, boleh juga menyebabkan kawasan pundi air kencing menjadi kering hingga menyebabkan ia mudah dijangkiti penyakit.

“Jangkitan kuman berlaku di mana-mana bahagian peranakan dan faraj wanita itu, yang kemudian merebak sehingga ke dalam saluran darah serta menyerang organ lain dalam badan seperti buah pinggang menyebabkannya tidak berfungsi atau berlaku kompilasi penyakit lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, dalam tempoh berpantang, wanita juga memerlukan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul bagi mengelak jangkitan kuman.

Jelasnya, sekitar tahun 1960-an, jangkitan kuman adalah pembunuh nombor satu bagi wanita selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan pada waktu itu, pengambilan antibiotik tidak diberi penekanan.

“Malah, negara mundur juga mengalami masalah sama. Jangkitan kuman menjadi pembunuh nombor satu wanita selepas bersalin. Pada era itu, ramai wanita bersalin di rumah dan bukan di hospital. Mereka mengamalkan rawatan cara sendiri atau tradisional serta mungkin juga disebabkan kurang penjagaan kesihatan serta kebersihan.

“Bagaimanapun, dewasa ini, rekod wanita yang kena jangkitan kuman atau mati akibat jangkitan kuman tidak begitu serius kerana mengambil ubat antibiotik,” katanya.

Dr Sofiah berkata, ada juga wanita yang disebabkan terlalu taksub untuk menjaga bentuk badan selepas bersalin tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan mereka lebih berisiko dijangkiti kuman.

“Wanita perlu makan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum air banyak, lebih kerap menukar tuala wanita dan paling penting segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan termasuk mendapatkan antibiotik,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan menghalang kompilasi yang lebih serius terhadap penyakit lain, wanita yang mempunyai tanda seperti deman panas, sakit pinggang teruk dan berterusan, pendarahan melampau, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Isu bentan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia bukan saja punca kematian selepas bersalin, malah boleh menyebabkan pendarahan melampau selepas bersalin, darah tinggi ketika mengandung dan darah beku,

Saturday, May 14, 2011

Amalan Kesihatan Untuk Ibu dalam Pantang

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.

* Amalan Intensif Ubat Periuk

Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.

* Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit

Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .

* Rawatan Bertuam

Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.

* Rawatan Bertungku

Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.

* Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.

* Rawatan Urutan Tradisional

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.

* Rawatan Berlulur

Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.

* Rawatan Berbengkung

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

* Rawatan Mandi Wap atau Bertangas

Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.

* Rawatan Ukup Wangi

Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.

* Senaman Kemutan Otot Rahim

Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.

* Darah Nifas

Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair sehingga berdebu kehitaman/coklat.

*Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Saturday, May 7, 2011

Menu Berpantang

IKAN PARANG MASAK PINDANG

Bahan-bahannya:
3 potong ikan parang (agak-agak 5 cm lebar)
5 biji bawang merah(hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm kunyit hidup ( dikisar lumat)
2 batang serai (di tumbuk dan disimpul)
sedikit air asam jawa (ikut selera)
sedikit garam dan perasa (ikut selera)

Cara penyediannya:
Bawang, kunyit kisar, dan serai direbus dengan air (agak-agak kuah banyak mana yang digemari) tanpa minyak. bila dah mendidih, masukkan ikan parang, air asam jawa dan garam.

Makan masa panas... Sedap..... kalau tak pantang pun, best . kene pulak dgn sambal belacan...wau...

KERABU PEGAGA
Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..


HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

Sup Ikan Haruan
Bahan-Bahan

1ekor ikan haruan - dipotong keping
1inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
2 1/2cawan air
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Panaskan periuk dan masukkan halia, bawang merah,
serbuk lada putih bersama air.
2. Biarkan mendidih dan masukkan ikan haruan. Masak sehingga kuah
menjadi pekat dan boleh dimakan bersama nasi panas.

Daging Halia
Bahan
300 gm daging-potong tipis..seelok2nya guna bhg daging yg tak berlemak
-boleh ganti dgn hati ayam jika suka
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Cara
1.Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
2. Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
3.Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimkn.

Ikan Bawal Kukus Halia
Bahan
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Cara
1.Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
2.letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil,siram baki perapan kicap atas ikan
3.tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
4.kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
**senang sekali masak ada lauk dan sayur jimat tenaga dan gas..

Ikan Pindang Kicap
Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-selalu masak dgn ikan merah atau kerisi.boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah-tak letak
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air, garam
semua bahan * potong tipis aja

Cara
1.Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
2.Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.
**nak mudah mama masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.

Ikan bilis Lada Hitam
Bahan:
1 gengam ikan bilis
1 1/2 inci halia-potong bulat tipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara:
1.Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
2.Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam.Siap utk dimkn.
**kalau nak tumbuk ikan bilis dan haliapun boleh.

SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT
bahan-bahan:-
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran. masukkan juga sedikit garam. setelah mendidih, masukkan daun sup & titiskan sedikit minyak bijan.

air untuk menyegarkan badan & membuang angin
- rebuskan serai, daun pandan, halia & sedikit gula
(kalau taknak boleh je beli air halia serbuk yg dalam peket tu - jenama nona)


* bagi yg bersalin caeser, buah yang bagus untuk dimakan ialah orange (Insyaallah, cepat sembuhkan luka)

* bagi yg bersalin caeser juga bolehlah amalkan minum pati / jeli gamat & juga pati ikan haruan (x sedap giler!!!!, tp nak sihat kena minum gak! yikes!), Insyaallah cepat baik.