Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Laksa Sarawak Lagi


Terlebih rajin ari nih atas permintaan hubby sbb lama x buat...layan kan aje..jemput2 semua..nak resipi le cek kat SINI.






Sunday, December 2, 2012

Laksa Sarawak Homemade


Kali nih aku nak share cara-cara nak masak laksa sarawak.Bagi sesapa yang gemar or teringin nak makan tapi tak tahu mana nak carik..cer try step2 yang aku wat nih.Mana nak carik pes nih??berlambak jual cuma ader pelbagai brand.Nak yang brand nih just kontek aku..hahahah promo nampak..

 ok..1st mestilah pes laksa nih.Yang nih aku masak 600gm nyer..pes nih ada yang 300gm gak.cuma sikit lak tuk aku ngan hubby yang mmg suka makan nih.Lagi pulak boleh bagi jiran aku.
 rebus pes ngan air..sukatan air boleh refer belakang kertas  nih..masak 1/2 jam dengan api yang sederhana k..jangan besar..ala2 manja gitu

 pastu dah siap kita toskan..buang mana-mana yang x guna.kita nak airnya saje.
 ni lah rupanya yang dah siap tapis.
 dalam pada tuh, rebus udang separuh masak. pastu ketepikan...
 separuh masak macam nih lah lebih kurang
 pastu dgn air udang yang sama, rebus ayam pun 3/4 masak
keluarkan ayam..dan air rebusan masukkan sekali dalam air pes tadi.

 pastu masukkan 1kg santan pekat.Aku suka lemak.kalau yang x suka letak sikit je lah dlm 1/2 kg ke
tambahkan perasa dan siap kuah tuk mee..beralih ke bahan-bahan sampingan
goreng telur nipis-nipis macam ni..
 dah bertimbun macam nih..hiris nipis-nipis lak..jadilah macam dibawah nih..

 lupa lak aku nak tunjuk cara buat sambal..sambal tu just cili kering ngan belacan je..tumis hingga pecah minyak pastu perasakan ngan aji ngan garam.siap..
 baan-bahan lain tu korang leh buat sendiri kot..taugeh, mee kena celur...pastu daun sup dihiris halus, limau kasturi, ayam diracik halus..siap tuk dihidangkan..


Dah siap...selamat mencuba..

Tuesday, October 11, 2011

Kuay Tiaw Goreng

Ari nih bangun pagi plan nak goreng kopok lekor ngan masak nasi tuk tengahari.Tetiba lak suami lak makan kuay tiaw goreng.So apalagi, kena lah pegi kedai beli apa yang patut.Nak makan ikut selera dia so pandai lah dia nak beli apa nak masukkan dalam kuay tiaw tuh.Sekali balik bawa kerang sebungkus ..bukan sebungkus kecik..tapi 5kg yang orang beli tuk borong tuh..Nampak gaya dia nak wat mee kari sekali lah tuh tuk sok.hahaha



Ini lah kuay tiaw yang siap digoreng ...balance kerang yang x muat tuk satu periuk besar direbus plak aku buatkan popia n kerang goreng kicap.




Popia nih aku ampurkan ngan karot,taugeh, kobis, udang, udang kering n kerang.
resipinya mudah je..just tumis bawang putih n udang kering, pastu masuk semua bahan2 sayur..letak perasa n boleh lah dibalut ngan kulit popia..



Ini plak kerang goreng kicap.Ingat nak wat kerang masak kari tapi sebab malasnyer pasal..tambahan gusi x elok lagi pas cabut gg semalam..so just wat goreng kiap..so anak pun leh makan...

bahan2 simple je..bawang merah, bawang putih, halia, serai n kicap...heheh

Thursday, June 16, 2011

Laksa Sarawak

Kali nih n3 saje nak share cara-cara nak buat laksa sarawak.Nak buat x susah mana pun cuma banyak sangat bahan nak jadika rencah dan perhiasan je.

Bahan-Bahan:

Kuah Mee
1 paket pes laksa sarawak
1 kotak kecil santan (aku guna m&s nyer brand)

Mee
1 paket mee hoon (x kisah jenama apa)
1 kotak kecil santan (aku guna m&s nyer brand)
3 biji telur*
1 mangkuk taugeh *
1/2 kilo udang
1 ketul peha ayam
Limau kasturi *
daun sup*

* ikut suka nak banyak mana...klu suka banyak letak banyak...k

sambal belacan
Cili kering
belacan

cara membuat:
1.Rebus ayam dan udang berasingan dan asingkan airnya..
2.Masakkan pes laksa bersama 1.5 liter air selama 1/2 jam sehingga betul-betul masak.Selepas itu, toskan dan airnya masak balik bersama air rebusan udang dan ayam.Masukkan sekali sekotan kecil santan pekat.Masak dalam 10 minit dan boleh lah di masukkan perasa secukupnya.

Untuk Mee.
1.Celur Mee dan taugeh, asingkan
2.carikkan ayam yang sudah direbus .
3.Udang dikopek kulit
4.goreng telur beberapa lapisan nipis tanpa perlu manambah apa2...selepas itu bolehlah dipotong/hiris memanjang...
5.potong dua limau kasturi
6.hiriskan daun sup

Untuk Sambal:
1.blend cili kisar dlm satu mangkuk kecil bersama belacan(lagi banyak lagi sedap).
2.Goreng sampai naik minyak dan masukkan perasa.

sekarang, bolehlah sedia tuk dihidang...


ni contoh pes tuh..jenama cap burung x silap..mmg sedap brand nih compare brand2 yang lain...hihihi yang lain tu sedap cuma bagi aku suka brand nih...


inilah laksa sarawak yang merupakan mee kesukaan ku..jangan x tahu suami aku jugak dah jadi penggemat laksa nih..even air tangan aku yang pertama masak tuk dia mee nih..hihih selamat mencuba

yang nih bahan-bahan tuk rencah mee laksa nih..ikut suka hati nak letak apa..tapi janji ayam, udang, taugeh, daun sup, telur n limau kena ada..yang lain-lain tu letak sendiri k..

Tuesday, June 14, 2011

Laksa Penang

Sambungan dari jalan-jalan lagi...


petang lak balik umah...hubby suh masak laksa penang.xpernah seumur hidup aku masak laksa penang nih.Tengok orang buat n makan reti lah.Berbekal kan sedikit ilmu,so aku pun try lah buat..error x error belakang cite.Nak buat pun sbb ikan kembung banyak hubby beli tuk mumpan memancing tapi last minit kansel.dalam sekilo jugak lah.Aku ingat nak buat kuah laksa lemak sbb aku suka laksa lemak dari laksa penang..Tapi dh hubby nak jugak laksa penang...iye kan aje..tengoklah hasilnya..hubby ckp boleh dipertingkatkan lagi...so kalau 1st time buat dh ckp mcm tu kira orait lah kan...hihihih





Antara lain Bahan2 tuk buat laksa nih seperti di bawah nih..bagi korang2 yang nak resipi lah kan, yang dh terror x yah lah kot..:)

ikan kembung or ikan sardin 12 ekor kecik (lagi banyak ikan lagi sedap)
cili kering kisar ( 3 sudu makan) nak pedas boleh tambah hirisan cili api
bawang merah ( 4 biji)
bwg putih ( 4 ulas besar)
belacan (ikut banyak mana kuah kita)
serai (2 batang)
asam keping ( 6 keping)
daun kesum
sedikit pes udang..(instant punyer)
bungan kantan (2 kuntum)*
taugeh*
cili merah dan cili hijau*
mee laksa
telur (direbus)*
timun (dipotong halus)*
bawang besar ( 1 biji)*

yang bertanda * merupakan bahan2 tuk hiasan dan makan bersama mee...

cara membuatnya:

Rebus mee sehingga masak..

1.Rebus ikan bersama asam keping sehingga empuk..Asingkan air ikan, isi dan tulang.(tulang jangan buang)
2.Kisar isi ikan bersama dengan air ikan..tenggekkan atas dapur dengan api kecik
3.Kisar bwg merah, bawang putih, cili kisar, belacan, dan serai (1 batang).
4.selepas itu masukkan isi ikan yang dikisar ke dalam air ikan yang siap ditapis tadi.Masukkan asam keping lagi jika x cukup masam..Masukkan daun kesum dan bunga kantan bersama dengan hirisan serai lebihan kisar (1 batang).
5.Boleh lah masukkan perasa,pes udang dan siap dihidang bersama bahan2 hiasan seperti timun, taugeh, telur, bunga kantan, hirisan bawang besar,cili merah dan cili hijau..

selamat mencuba...

Sunday, June 12, 2011

Mee Lidi..

Ni semalam nyer cite..kol 2 pagi mata xleh tdo sbb layan hubby tgk cite kat tv3..alih2 lapar plak..Memikir malas nak maska dh pagi2 buta..so plan nak wat sotong goreng tepung je.Dalam dok tunggu sotong hilang ais..suami lak tiba2 nak makan mee lidi lak.Mee lidi klu orang pantai timur biasa femes lah.Masa mula2 kawin dulu pun x tahu gak mcm mn rupa n bentuk mee lidi nih.Bila dah kawin terpaksa lah belajar ngan mak mentua, mak usu n maklong cara buat..Sebenarnya simple je bahan2 nya..just cili kering,udang kering,cuka,sayur je..pastu letak perasa dan kicap..dah siap.


ini lah rupa mee lidi tu...

Tapi pagi semalam punyer citer lain sikit..disebabkan udang kering xde, so buat ler mcm goreng mee biasa..antara lain bahan2 nyer:

cili kering (dikisar)
bawang merah (dikisar)
bawang putih (dikisar)

bahan rencah:
*semua nih optional je..boleh ikut suka nak letak apa)
udang
ayam
sotong
fishcake
sayur sawi
taugeh

sedikit cuka, kicap n perasa..

cara2nya korang mesti tahu kan..campak2 mesti jadi..heheh janji masak dengan penuh kasih sayang,kompem sedap.kikikiki

jeng jeng jeng....