time mengandung tak sah kalau x minum susu kambing.Konon untuk elakkan bayi kena kuning.Tapi kalau darah mak ayah spesis O memang tendency untuk dapat kuning tu mmg 100%.Tapi tak salah berusaha kan.apapun tablet ni memang sedap.Macam gula-gula.Lagi elok dr minum air susu fresh kot..
Showing posts with label Cerita SeharianKu. Show all posts
Showing posts with label Cerita SeharianKu. Show all posts
Saturday, April 4, 2015
Monday, March 2, 2015
Alhamdulillah..Khatam Jugak Akhirnya
Alhamdulillah, manisnya rasa gembira itu bila berjaya menghabiskan 30 juzuk dalam masa kehamilan.Semoga anak di dalam kandungan ini akan menjadi manusia yang terang hatinya, elok perangainya dan baik tutur katanya dengan orang-orang sekelilingnya..amin
Selamat Ulang tahun kelairan jugak buat si adik yang ke4 tahun..semoga menjadi anak yang mendengar kata, baik budi, disenangi orang sekeliling dan sentiasa dilimpahkan rahmat, kesihatan, kesenangan dan kejayaan dunia dan akhirat..amin
Sunday, February 22, 2015
Asam Pedas Untuk Dia
Dek kemaruk cite 'asam pedas untuk dia' kat tv3 setiap sabtu dan ahad.Somi plak memang hantu asam pedas nih.Balik semalam dia bawa ikan siakap sekor.Bapak besar.dengan perut memboyot of kos lah aku tak daya nak tolong dia siang.So kena gagahkan sendiri ye cik abang untuk siang n potong ikan nih..sayang tolong basuh je..
naldi pun x muat..nak siang kat sinki memang boleh roboh table top kang..kna pakai tukul..
Kepala ikan je kita wat asam pedas..isi ikan untuk goreng n wat sambal k.Untuk anak-anak jugak kan..
Dah siap..jemput makan...simple je..asam pedas kosong.sayur bendi xde sebab malas nak kuar beli..
Wednesday, September 3, 2014
I'm pregnant again
Alhamdulillah ..akhirnya persoalan terjawab.Period lambat setiap bulan memberi tanda pengakhiran untuk satu lagi fasa bertambahnya ahli keluarga.Syukur atas tiada perancangan rezeki datang dengan seribu makna..
Seperti biasa sejak 2-3 bulan nih piyed dah makin tak teratur sejak ambik shaklee.Mungkin disebabkan stress kerja rumah dengan anak-anak yang semakin membesar.Itu benda pertama yang aku pikir.Tapi bulan nih rasa lain sikit.Mulanya takut gak nak beli pregnancy test takut macam bulan lepas cek2 sekali lambat daaa...
Tengok line kat huruf 't' tu dh cukup wat badan aku menggigil.Mana tak nya benda tak dirancang.Tapi itu lah rezeki yang Allah nak bagi.terima dengan hati yang terbuka.Jantina kalau boleh biarlah lelaki pulak kan.Tapi sapa kita nak menentukan jantina.Allah sebaik-baik perancang...
Semakin jelas...so boleh kompomkan.Apapun aku nak surprise kan hubby.sebab dua tiga hari nih dah request dia makan macam-macam dan dia macam boleh baca.Siap tanya kenapa nak makan benda pelik-pelik.last week makan rojak hari-hari..Syukur sangat.Apapun rasa takut tu ada ok...masih ngilu lagi rasa sakit bersalin dulu.
Tapi betullah kan orang cakap..bila ada nyawa lain dalam raim kita automatik rasa berjuang tu ada..rasa takut tu pun ada cuma sikit je.Lebih rasa xcited dan x sabar nak tengok muka baby...
Semoga semuanya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik..
Tuesday, August 19, 2014
Darah Tinggi
Hari nih bangun pagi tengok somi tido depan tv.Dia cakap x sedap badan, x boleh nak tido.Pendek kata serba tak kena.Malam tadi dah g cek doktor darah naik sampai 196/120..tinggi giler.patut lah sehari dua nih dia asyik mintak picit kepala sebab pening.
Memang dah agak kalau asyik pening memang petanda tekanan darah tinggi.Solution nya hari nih pas hantar anak sekolah aku kena bw dia pegi klinik panel untuk buat urine test dan ambik darah.Tengok tu muka steady tapi risau sebab dah kena berus ngan doktor pasal penyakit dan risiko kalau berlarutan.Suh warded taknak..degil kan...
Balik klinik singgah plak family store beli barang dapur sikit,,dan petang plak pegi perodua untuk settlekan pasal kete kitorang yang x kuar bengkel lagi tu.Tapi in sha Allah kalau xde apa aral next week boleh siap sbb barang dh order dh kerosakan pun depan je.Based on orang perodua tu cakap...apapun tq sebab memahami.Yang peliknya benda nih dh masuk 3 minggu.
Delay sebab callman tu lambat htr dokumen kat en asraf ni..dr 4hb kitorang bg dokumen 13hb br sampai kat en asraf..pastu kol dia on that 14 dia cakap br submit kat kl amassurans nyer ofis n on 16th adjuster dh sampai..semalam dia dah order barang n arini sign untuk approval owner n pemandu...harap2 settle cepat..rindu kat kete buwok aku tuh..
Friday, July 25, 2014
Dugaan Raya
Kita hanya merancang, tuhan penentu segalanya.Hari plan awal nak settle kan pasal kete sebab esok nak jalan jauh.Balik Kuantan untuk raya katakan..Tapi tak sangka plak otw balik pas wat keje liar, somi terlibat dengan kemalangan pulak.Syukur tak apa-apa even kete kemek jugak kat depan.Dia melanggar buntut kete orang.So wat to expect???
Apapun terima dengan hati terbuka, redha dan tawakal.Semua nya dah tertulis dan benda bukan dalam kawalan kita.Dia sebaik-baik perancang.pasnih terpaksa claim insurans tuk both party nyer covered default.Dan akan start bayar insurans seperti asal balik.Takper lah ada la rezeki tu nanti kan...sentiasa berprasangka baik..insha Allah..
Sunday, June 29, 2014
Salam Ramadhan
Pejak celik pejam celi dah masuk ramadhan yang ke 8 bersama suami.Alhamdulillah syukur ke atas rezeki dan hadrat ilahi.Semoga tahun nih memberi keberkatan untuk kita semua hendaknya.Perancangan Dia terbaik untuk kita..Jangan lupa niat puasa dan niat meningkatkan amalam kita demi mengharapkan Syurga yang abadi..semoga dipermudahkan jalan pulang kita nanti....amin3...
Friday, June 13, 2014
Tv Rosak Pulak
Dah sampai masa almarhum jugak tv kitorang nih.Ari tu beria nak beli tv last2 aku decide beli peti sejuk dulu.Kan dah merajuk lak tv aku ni..huhu
Saturday, May 17, 2014
Ujian apa kah ini??
Tak tahu nak cakap macam mana.Kenapa tiba-tiba hati rasa ralat or kata lain kecewa.Tak habis berfikir di kepala otak aku kenapa???Salah aku or memang dia begitu??Dah lama kah ia berlaku ?adakah apa yang aku fikirkan selama nih hanya mainan perasaan atau gerak hati yang sebenarnya betul?
Ya Allah, kau bantu la aku , tunjukkan aku kebenaran yang nyata dan berikan aku sedikit kesabaran dari lubuk jiwa wanita ku yang lemah.Bisikan syaitan kadang-kala menggoyahkan iman dan kepercayaan aku pada dia.Andai itu sebenarnya dia...aku pasrah ya Allah.Hanya Engkau yang tahu setiap yang Engkau berikan merupakan ujian untuk hambaMu yang kerdil lagi alpa ini..
Engkau peliharalah aku dari sifat fitnah dan membabi buta dalam perlakuan mahupun perbuatan.Aku tak mahu terus berfikir sesuatu yang belum sahih dan Engkau permudahkan bagiku Ya Allah sekalipun ia mungkin kesakitan bagi hati kecilku.Aku redha...Kuatkan aku demi mereka yang aku sayangi...
Engkau peliharalah aku dari sifat fitnah dan membabi buta dalam perlakuan mahupun perbuatan.Aku tak mahu terus berfikir sesuatu yang belum sahih dan Engkau permudahkan bagiku Ya Allah sekalipun ia mungkin kesakitan bagi hati kecilku.Aku redha...Kuatkan aku demi mereka yang aku sayangi...
Tuesday, May 6, 2014
Besarnya Rahmat Tuhan
Sekarang macam lebih banyak masa kat rumah.Hari-hari nak kena kemas rumah, mop lantai, lap apa yang patut tak nak bagi debu-debu.Yang pasti kapet dalam bilik kena vacuum 2x seminggu...latelay nih hubby makin cerewet lak bila masuk rumah baru.Konon taknak rumah nampak macam rumah setinggan..waaaa kelas ek ayat macam dulu duduk umah banglo.Apapun syukur atas rezeki yang Dia beri.Tak sangka akan dapat duduk rumah sendiri seawal yang dijangka.
Plan nak beli rumah tahun depan 2013..alih-alih 2012 dh dapat..Yelah dengan sumber gaji sorang kerja macam tak mampu je nak beli rumah.dah lah kete pun hubby bayar..semua nak duit tuh.Tapi itu semua rezeki Allah bagi.Bukan 'rezeki' duit je..banyak lagi bentuk rezeki Dia bagi dalam bentuk lain.Anak pun rezei jugak, keje pun rezeki jugak..terpulang cara kita mensyukuri dan berkongsi rezeki yang dia bagi dan pinjam tuh..
Bila dah masuk rumah baru..lega sesangat sbb..
1.Takyah nak pening-pening pikir pasal pindah rumah
2.Aku dapat rumah yang ada tanah belakang.So hepi sangat sbb aku memang ingin rumah yang boleh aku manfaatkan tanaman tuk masak...nak masak just ambik je belakang rumah..So far sekarang aku dah tanam pokok kari, daun pandan, daun kesum, daun kunyit dan serai...suker sangat xyah nak beli-beli lagi..
3.Anak aku dah ada bilik sendiri yang still dalam proses mendeko sebab nak pink kaler...beli sikit-skit lah mana yang termampu
Tuesday, February 25, 2014
Lunch
Bila rajin datang semua nak masak padaal berapa orang je nak makan.Apapun janji masak untuk anak-anak.Apa yang ada masak gitu..kan?oklah malas nak taip banyak-banyak sebab dekat sejam asyik on off on off je komp sbb nak siapkan tempahan bunga kain tu..layannnnnnnnnnn
telur masak kicap bermadu
telur dadar
sambal belacan
taugeh masak lemak
Done untuk hari nih..erkk alhamdulillah..kenyang bangat
Thursday, February 20, 2014
Menu Tengahari ni
Alhamdulilla siap masak ayam halia, pajeri nenas ngan sambal belacan nenas..cukuplah tuk 4 beranak makan.Tambahan dah 3 hari tak makan nasi..hari nih makan berat lak lah yer..selamat menjamu selera buat semua yang nak makan tengahari tu..
Thursday, February 13, 2014
Selesai Tempahan Kek Lapis
Dah makin sibuk pulak lately nih.Ini lah yang di namakan rezeki.Tempahan 4 biji kek lapis..bukan sekaligus ok..tapi berderet..alhamdulillah syukur.Yang pasti dalah rezeki tu ada bahagian untuk orang lain...Sedikit untuk anak-anak dan rumah, sedekah dan balance untuk diri sendiri.Simpan untuk masa depan yer..
yang ni bukan orang order yer..yang ni sample untuk somebody..
yang ni tempahan XL size punyer.Customer nak bagi kat orang so request size besar dan tinggi..taknak kecik-kecik katanya macam tak ikhlas bagi orang.betul lah tuh..ada duit semua boleh jalan kan3..so aku bagi free gift marble cheese utk regular customer aku ni..terima kasih..
Tuesday, February 4, 2014
Buah Tampoi
Mesti korang pelik kan dengan nama buah nih.And tak mustahil ada yang tak tahu buah nih.Ini lah buah tampoi, kat tempat lain aku x tahu diorang sebut apa..even hubby aku sendiri tak tahu dan tak pernah tengok buah nih, makan apatah lagi kan.
Kebetulan balik kampung ari tuh jumpa jugak orang jual.Beli lah sikit bawak balik.Nak bawa banyak2 xleh sebab malas nak bawak kat tangan.Masuk beg kang takut hancur pulak.kan...
Buah nih lebih kurang buah rambai cuma isi dia keras dan x lembik macam buah rambai.Isinya manis dan makan dengan biji2 sekali..sebijik ada 5 ulas je..
Wednesday, January 15, 2014
Lauk Hari Sambutan Maulidur Rasul
Ingatkan hubby cuti hari nih.Banyak benda nak buat tapi satu pun tak boleh atau kata lain tak larat nak buat sorang dengan bawa anak-anak ke hulu ke hilir...memang penat..Pagi-pagi hubby dah keluar settlekan kerja dia kat rumah orang.Sebab hari nih owner nak pasang lampu untuk rumah yang dia wat wiyiring tu
Aku pulak siap-siapkan anak terus mecut ke giant.Konon nak carik botol susu anak memandangkan penutup botol susu yang sekarang hilang ms balik kuantan hari tuh.Sampai-sampai kat giant takde pulak botol susu yang besar OZ macam yang aku pernah beli dulu..beli size biasa tapi x cukup bagi anak aku..kompom-kompom nak 2x buat susu..huhu
Lepas tu aku singgah kat family store beli barang basah.Maklumlah esok nak berangkat ke kampung halaman...so kena siapkan keperluan suami dulu sebab dia tak ikut..keje kan..xper aku faham,Lagipun raya nak balik lagi..
Ini je yang mampu aku masak ari nih.Tapi disebabkan hari nih pasar malam kat area umah aku..Pendek cite hubby balik bawak makanan pulak..xde selera lak nak makan sbb kenyang meratah ayam..
sayur baby kailan
kuah percik
ayam percik..
Monday, January 13, 2014
Plastik Pos Laju
Hari ini pagi-pagi lagi aku dah pergi hantar anak ke tadika.Lepas tu terus ke Pos Besar Melaka..nak poskan barang untuk kakak aku kat Shah Alam.Kononnya pergi pos besar sebab nak plastik poslaju free dan aku tak cukup rajin nak membungkus.Kalau tak aku just pergi pos ofis dekat area rumah je..tak sampai 5 minit dr rumah..Tapi bila sampai pos besar kerani tu cakap plastik sekarang kena caj kecuali untuk sesiapa yang ada akaun kat pos besar..so untuk pos hari nih dia bagi aku free sebab dia ambik untuk yang dikhaskan untuk pemegang akaun sahaja..
Balance aku beli terus senang satu keje..takdelah nak ulang alik pergi sana lagi..Lepas nih for sure aku g pos ofis kat area umah aku tu je..senang pun senang, dekat pun dekat..kan3
Thursday, January 2, 2014
Sesi Persekolahan 2014
Hari pertama persekolah dah bermula.Nak kata excited xde lah sangat kan..sebab tahun nih still kat kemas lagi.Alhamdulillah cikgu pun still cikgu yang sama.harap2 tahun nih dia makin rajin blaja..maklumlah tahun lepas banyak penat bila suh buat execise...apapun happy tengok dia bangun sendiri ..bermula kembali tugas sebagai seorang supir...hehehhe
Thursday, October 10, 2013
Inikah Ujian untukku
Semalam hari yang betul-betul mencabar kesabaran ku..
1.baru masuk topp dh habis sebab budak2 d/load apa, subcribe macam2 kat hp..
2.langsir bilik aku putus sebab jadi tempat bergayut
3.gunting tuk aku berkraf hilang anak pakai....
itu tak masuk lagi rumah yang berselerak dengan mainan, makanan tumpah, cicir sana sini..argggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh tension nya.Terasa ringan je tangan nk hinggap ke badan-badan penghuni syurga nih..ya Allah, terlalu hebat dugaan terhadap aku ini ya Allah..aku sayangkan mereka dan aku hanya mampu menangis untuk itu..apa yang mereka tahu dalam dunia mereka yang masih kedil..
Aku rapuh ya Allah..dengan suami yang tiada masa untuk memahami situasi ku, demi mencari nafkah untuk kami di rumah...Ingin ku jadikan bahu ku tempat dia melabuhkan segala kepenatan dia..tapi aku hanya wanita, isteri dan ibu yang serba daif..Daif untuk menidakkan yang aku perlukan duit lebih dari yang dia mampu beri untukku bahagiakan anak-anak ku..
Ya Allah, kau berikan lah ruang untukku membantu suamiku, kekuatan untuk aku terus gagah berdiri dan cekal dalam mendidik anak-anak ku..jadikan lah mereka anak-anak yang mendengra kata..aku lemah ya Allah..
1.baru masuk topp dh habis sebab budak2 d/load apa, subcribe macam2 kat hp..
2.langsir bilik aku putus sebab jadi tempat bergayut
3.gunting tuk aku berkraf hilang anak pakai....
itu tak masuk lagi rumah yang berselerak dengan mainan, makanan tumpah, cicir sana sini..argggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh tension nya.Terasa ringan je tangan nk hinggap ke badan-badan penghuni syurga nih..ya Allah, terlalu hebat dugaan terhadap aku ini ya Allah..aku sayangkan mereka dan aku hanya mampu menangis untuk itu..apa yang mereka tahu dalam dunia mereka yang masih kedil..
Aku rapuh ya Allah..dengan suami yang tiada masa untuk memahami situasi ku, demi mencari nafkah untuk kami di rumah...Ingin ku jadikan bahu ku tempat dia melabuhkan segala kepenatan dia..tapi aku hanya wanita, isteri dan ibu yang serba daif..Daif untuk menidakkan yang aku perlukan duit lebih dari yang dia mampu beri untukku bahagiakan anak-anak ku..
Ya Allah, kau berikan lah ruang untukku membantu suamiku, kekuatan untuk aku terus gagah berdiri dan cekal dalam mendidik anak-anak ku..jadikan lah mereka anak-anak yang mendengra kata..aku lemah ya Allah..
Wednesday, October 2, 2013
Diet oh Diet
Badan dah naik so kena lah jaga makan ..atau erti kata lain kena diet lah wey...bukan gemuk sangat pun sebenarnya tapi takkan nak tunggu dah menggeleber sana sini baru nak diet kan?Masalah satu lagi aku nih dah lah suka buat kek, masak ...kalau dh diet mula lah malas nak masak dan akhirnya anak-anak pun diet gak..tak nak lah macam tu kan..suami pun dah start diet ..awal dari aku ok..tapi bukan sebab nak kurus je sebab dia dah mula rasa penat bila wat keje..itu maksudnya dia dah ada tanda-tanda darah tinggi..
So far yang tu aku tak takut sangat sebab mak ayah aku memang bukan pewaris penyakit keturunan tuh..even sekarang pun mak ayah aku sihat dan terhindar dari penyakit 3 serangkai tuh.Orang kampung katakan, tengoklah pemakanan macam mana..semua yang fresh -fresh..tu yang buat aku rindu kat kampung nih..huhuhuh
apapun, terima kasih hubby yang tersayang sebab menunaikan dan menyokong hasrat ku nak diet..dia jugak lah yang beli semua nih tuk isteri tersayang katakan..siap remind lagi jgn buat air ais dah kat dalam peti..kang gatal2 minum lak..diet ke laut jadinya..baik boss...
Actually aku baru plan nak beli figure up...tapi dah dia belikan jamu nih so kena habiskan dulu baru leh beli figure up...aku pun tak tahu dah banyak sangat jamu dia belikan..maklumlah sekarang dia rajin beli teh herba kat kedai jamu..so mesti beli tuk aku sekali..jamu seri bonda aku pun tak habis lagi..beli lak pati delima..yang nih orang kampung lak..apapun terima kasih banyak-banyak..untuk dia jugak kan..hehehe
Tuesday, August 27, 2013
Andai Mimpi Itu Jadi kenyataan
Rasa puas sangat tido malam tadi..mana tak nya mimpi sedap giler..tapi yang bestnya mimpi leh bangun pastu mimpi lain lak..tapi ada cakap kalau mimpi budak kecik rezeki..wallahualam.Aku mimpi bersalin anak lelaki dan sorang anak perempuan yang cute..mata coklat jernih..macam mata aku kot..galak lak tu mata...ya Allah..memang comei..pastu aku jenguk kuar tingkat nampak air bah..air pasang sampai jalan raya xnampak..mimpi air rezeki jugak tu..
pastu aku terbanguk tengok jam kol 2..kebetulan hubby tak sihat, so aku kejutkan dia makan ubat sekali...pastu aku bangun basuh kaki dan sambung tido balik..alhamdulillah lena sampai subuh..andai aku dikurniakan anak lelaki pas nih..aku rasa hubby mesti senyum sampai telinga..tapi itu semua kuasa Dia..kita hanya mampu merancang..kan..kan..kan..
Untuk anak ke 3..perancangan tahun depan tapi nampak gaya kena plan hujung tahun lah kot sebab kesibukan anak-anak masuk sekolah lagi...adik ipar nak kawin..sedara nak kawin..kang aku lak tak sihat..naya je kan..apapun aku hanya mampu merancang..
pastu aku terbanguk tengok jam kol 2..kebetulan hubby tak sihat, so aku kejutkan dia makan ubat sekali...pastu aku bangun basuh kaki dan sambung tido balik..alhamdulillah lena sampai subuh..andai aku dikurniakan anak lelaki pas nih..aku rasa hubby mesti senyum sampai telinga..tapi itu semua kuasa Dia..kita hanya mampu merancang..kan..kan..kan..
Untuk anak ke 3..perancangan tahun depan tapi nampak gaya kena plan hujung tahun lah kot sebab kesibukan anak-anak masuk sekolah lagi...adik ipar nak kawin..sedara nak kawin..kang aku lak tak sihat..naya je kan..apapun aku hanya mampu merancang..
Subscribe to:
Posts (Atom)
































