Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Menu tengahari hari selasa



Takde apa nak tulis sangat sebenarnya..just nak share menu makan tengahari hari ni..Mood malas nak masak sebenarnya..so masak apa yang ada dan simple...Masak asam pedas dah jadi kewajipan kat umah nih..daun kesum pun dah tumbuh segar kat belakang rumah..so pendek kata makin senang nak masak bila semua bahan-bahan boleh dapat sendiri...






 Ni lah menu tengahari hari nih...nasib baik kedai runcit dekat..senang sikit nak beli sikit-sikit..malas nak simpan stok sayur dalam peti sebab jumaat nih nak balik kuantan dah..




Friday, February 15, 2013

Japanese Souffle Cheese Cake

Bila dah kemaruk ngan cheese, kalau leh semua yang berkaitan dengan cheese aku nak try wat.Tambahan pulak anak-anak aku suka sangat ngan cheese.Ari tu oreo cheese cake aku wat sempat makan 1 slice je.Selebihnya anak-anak makan.So ari nih nak try kek lain pulak.tak pernah lagi try buat..br 1st time..resipi aku ambik sini dan aku copykan tuk sesapa yang sedang mencari resipi kek cheese yang sedap..




JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina
Bahan2nya
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar ( aku guna susu full cream je)
130 gm gula castor
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue. Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam.


Masakkan cream cheese ngan susu segar sampai cair
yang nih bahan2 tuk masuk sekali dalam cream cheese tuh..tapi aku asingkan ..memandai lak ubah resipi..aku pukul tempat lain telur kuning, gula separuh dr 120gm tuh n tepung jagung serta cream of tatar
yang nih putih telur untuk pukul sampai meringue..
 pukul telur dulu sampai berbuih macam nih..
pastu masukkan gula sedikit demi sedikit..nak pukul sekali arung pun boleh jugak tapi lambat ler nak meringue nyer..
 yang nih dh siap meringue ..nak tahu meringue tu apa..bila korang terbalikkan besen tu adunan x jatuh..kira ok dah tuh..tapi make sure besen kering n telur putih sahaja k..xnak ader sikitpun telur kuning..kang x jadi lak meringue

 yang kanan nih adunan cream cheese yang dh siap masuk telur, gula dan tepung..sebelah lagi meringue..so boleh kaup balik je
masuk sikit-sikit pastu gaul
dah siap..
 ok ..sekarang boleh masuk oven ..kena guna kaedah waterbath k..masukkan dulang dalam dulang yang lebi besar yang berisi air panas..bukan air sejuk k..air panas.Tak pun guna kaedah 'bain marie'..letak dulang berisi air panas kat rak bawah sekali..pastu loyang just letak macam biasa kat atas...aku guna tu je sng kan3/


 jemput makan..
 nampak tak tekstur kek yang gebu tuh..memang sedap..hehee

tengoklah budak yang kuat makan kek cheese nih..kalau oreo cheese cake boleh habis macam tu je..tapi cheese je lah, makan cheese tart pun sama..shell buang..makan cheese saje..Tapi bahagia dan suka tengok bila anak-anak makan apa yang ibu dia nih masak..

Friday, December 14, 2012

Kentang Bakar

Ari nih just nak share kan resipi kentang bakar.Mula nya tengok kat rancangan si kecilku chak..pastu kebetulan pernah makan kat kedai yong tau foo masa last month kalau tak silap.Rasanya cuma kentang dan cheese tapi masukkan chicken beef dan crab stick dan of course lah cheese.

 Cheese tu sepatutnya tabur je atas kentang..tapi aku rasa macam tak best je tabur atas je, so aku gaul sekali pastu baru masuk balik dlm sarung kentang.
 ni ialah isi kentang yang dh siap digaul dengan bahal-bahan di atas.Mula-mula kentang kena rebus dengan garam sampai empuk.Pastu kuarkan isi dan biarkan dia nyer sarung tu...pas gaul semua bahan baru masukkan balik isi kentang dalam bekas tuh


taraaaa..siap dah..anak-anak aku suka sangat makan..so nak try dipersilakan

Sunday, December 2, 2012

Laksa Sarawak Homemade


Kali nih aku nak share cara-cara nak masak laksa sarawak.Bagi sesapa yang gemar or teringin nak makan tapi tak tahu mana nak carik..cer try step2 yang aku wat nih.Mana nak carik pes nih??berlambak jual cuma ader pelbagai brand.Nak yang brand nih just kontek aku..hahahah promo nampak..

 ok..1st mestilah pes laksa nih.Yang nih aku masak 600gm nyer..pes nih ada yang 300gm gak.cuma sikit lak tuk aku ngan hubby yang mmg suka makan nih.Lagi pulak boleh bagi jiran aku.
 rebus pes ngan air..sukatan air boleh refer belakang kertas  nih..masak 1/2 jam dengan api yang sederhana k..jangan besar..ala2 manja gitu

 pastu dah siap kita toskan..buang mana-mana yang x guna.kita nak airnya saje.
 ni lah rupanya yang dah siap tapis.
 dalam pada tuh, rebus udang separuh masak. pastu ketepikan...
 separuh masak macam nih lah lebih kurang
 pastu dgn air udang yang sama, rebus ayam pun 3/4 masak
keluarkan ayam..dan air rebusan masukkan sekali dalam air pes tadi.

 pastu masukkan 1kg santan pekat.Aku suka lemak.kalau yang x suka letak sikit je lah dlm 1/2 kg ke
tambahkan perasa dan siap kuah tuk mee..beralih ke bahan-bahan sampingan
goreng telur nipis-nipis macam ni..
 dah bertimbun macam nih..hiris nipis-nipis lak..jadilah macam dibawah nih..

 lupa lak aku nak tunjuk cara buat sambal..sambal tu just cili kering ngan belacan je..tumis hingga pecah minyak pastu perasakan ngan aji ngan garam.siap..
 baan-bahan lain tu korang leh buat sendiri kot..taugeh, mee kena celur...pastu daun sup dihiris halus, limau kasturi, ayam diracik halus..siap tuk dihidangkan..


Dah siap...selamat mencuba..