Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Tauhu Bakar










Alhamdulillah selera makan semakin ok bila masuk 18 minggu.Hari nih last cek bp kat klinik so khamis ni next ceck-up plak.Nak pantau berat badan sebab tak naik2 dr 2 bulan aritu..tapi last check-up naik lah jugak 500gm dari tak naik langsung kira ok lah kan.



So far mengandung kali nih tak banyak sangat karenah ngidam nya cuma loya dan kemalasan agak melampau jugak lah kalau dibandingkan dengan yang terdahulu.Lain anak lain pembawakan nya kan.Apapun semoga kandungan kali nih baik-baik aje sampai hari bersalin nanti.

Jenuh jugak mencari resepi tauhu bakar ni..oter sana sini alhamdulillah melepasi piawaian tekak..so kira sedap jugak lah..simpan sos dia mana tahu nanti-nanti nak makan lagi kan>

resepi aku copy balik kat sini je..ambik kat blog kak DayangJack


Bahan-bahan :
Untuk Tauhu :
  • 4 keping tauhu (dibelah 4)
  • sedikit garam
Cara-cara : Gaulkan tauhu bersama garam dan goreng sehingga masak. Kemudian bakar 7-10 minit atau sehingga garing pd suhu 180C. Jika menggunakan tauhu goreng siap, hanya perlu bakar shj.

Untuk Sos :
  • 2 sudu makan petis udang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2-3 biji cili padi (ditumbuk lumat)
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan hiasan :
  • kacang tanah goreng (dikisar)
  • timun (dihiris)
  • sangkuang (dihiris)
  • bijan
Cara-cara : Satukan kesemua bahan untuk sos di dlm periuk dan masak hingga sebati. Hidangkan bersama tauhu bakar dan bahan2 hiasannya.



selamat mencuba..

Tuesday, October 1, 2013

Potato Salad {salad kentang}


Lama jugak aku senyap dari jenguk blog nih..bukan apa leceh nyer lah nak upload pic ..asyik fail.Menyampah pun ada.Hari nih atas desakan hubby yang sibuk suh buat potato salad macam makan kat windmill, so aku gagahkan jugak buat..mungkin dia nak suh aku belajar buat resepi baru kot..xper....untuk hubby tercinta air tangan aku jugak yang sedap yer..hahahaha masuk bakul sendiri jap.

sesapa yang nak wat tu sila lah try..sedap..

bahan: 
1.kentang (direbus 3/4 masak) jangan masak sangat takut lembik lak..dan dipotong dadu
2.Lobak merah yang dihiris halus dan dipotong dadu (kecik2 je jadinyer)
3.sedikit daun sup
4, mayonis
5.telur rebus (dilecek hancur)

cara2:
1.masukkan bahan 1, 2, 3 dan 4, last sekalo masukkan telur dan tamba sedikit gula/susu pekat..siap ..sedap dimakan sejuk..selamat mencuba yer..

Saturday, September 14, 2013

Melty Hershey

Ni kerajinan ku last week.tapi still x rajin jugak nak update blog yang tak seberapa nih.Makin hari makin malas...malas nak mengadap komp lama.lama.Kerja ruma pun dah cukup memenatkan, tambah lagi nak melayan post-post yang tak perlu aku tau pun..kan3..apapun memang terbaik resipi dessert ni.Nak tambah berat badan sila buat menu nih selalu..

 ini untuk lapisan antara biskut-biskut tuh, cream cheese, whipping cream dan gula kastor..pukul hingga sebati..Nak sedap guna biskut oreo..mesti lagi terangkat macam makan kek cheese oreo,,,





taraaa dah siap..tapi kena letak dlm peti ais dulu k..bagi sejuk sikit adunan cheese tuh...gula-gula warna warni tu turun warna tau, so kalau nak bagi orang makan sila letak time nak bagi tu ..xde lah nampak warna pelik semacam je kan..selamat mencuba..kredit tuk akak yang share resipi kat fb dia nih..memang salute akak nih, x kedekut ilmu ..

Friday, December 14, 2012

Kentang Bakar

Ari nih just nak share kan resipi kentang bakar.Mula nya tengok kat rancangan si kecilku chak..pastu kebetulan pernah makan kat kedai yong tau foo masa last month kalau tak silap.Rasanya cuma kentang dan cheese tapi masukkan chicken beef dan crab stick dan of course lah cheese.

 Cheese tu sepatutnya tabur je atas kentang..tapi aku rasa macam tak best je tabur atas je, so aku gaul sekali pastu baru masuk balik dlm sarung kentang.
 ni ialah isi kentang yang dh siap digaul dengan bahal-bahan di atas.Mula-mula kentang kena rebus dengan garam sampai empuk.Pastu kuarkan isi dan biarkan dia nyer sarung tu...pas gaul semua bahan baru masukkan balik isi kentang dalam bekas tuh


taraaaa..siap dah..anak-anak aku suka sangat makan..so nak try dipersilakan

Durian Crepe


Semua orang dok tayang da cite pasal kesedapan Durian crepe nih.Aku lak dari sehari ke sehari nak buat tapi barang lak takde.So ari nih aku rajinkan diri menjengan dapur tuk mencuba.Bahan-bahan nyer..

 tepung jagung, tepung kastad n tepung ubi..ader banyak resipi sebenarnya..cuma aku baru try resipi yang nih.Aku copy dr group resipi masakan.Nak beli or nak buat terpulang.Memang buat lagi costly tapi kita leh buat banyak.Lagipun uma aku semua jenis tepung ada.So takder lah membazir kalau nak buat pun..
 telur, gula, susu cair
yang nih whipping cream.aku guna non dairy whipping cream.Make sure pukul masa sejuk dan bukan dalam suasana panas sbb ia boleh menyebabkan cream tak kental..nak guna yang instant macam kat coffe bean tu pun boleh jugak.terpulang
 bahan utama..mestilah durian.Takde durian x jadi lah durian crepe kan????
yang dh siap di leper..takyah terbalikkan tau..agak-agak bahagian atas dh masak terus angkat.nanti bahagian atas jadikan bahagian dalam mas bungkus
isi cream, durian pastu cream balik..bungkus

 siap...x cantik mana rupa sbb aku guna pan tuk goreng telur je.Tapi rasa alhamdulillah x mengecewakan.
 nampak tak isi durian tuh..sedapnyer....

Thursday, May 24, 2012

Pai Tee

Pantang tengok barang nak buat kuih atau seangkatan dengannya, mesti nak beli..huuhu bila lah nak benti nih..teruja lak nak try macam-macam kuih tuk makan.Sekali je pun jadilah..jangan cakap tak pernah buat kan?Bagi yang ada duit..sila beli je k..Takyah nak buang-buang masa beli barang dan penat lagi kan??

Kalau sesiapa pernah makan kat the chicken rice shop mesti tau pai tee nih apa..tapi nama dia nyonya pai tee...sama lah tuh, cuma dianyer sayur-sayur tu ikut suka lah nak letak apa..aku letak je sayur macam wat epok-epok or popia sayur..janji sedap kan..nak tengok full edition nyer..sila lah ke blog kak hasue..

 mula-mula panaskan minyak dan biarkan acuan pai tee dalam minyak..panaskan acuan dulu
 pastu celupkan dalam adunan tepung..n goreng macam nih..nanti dia akan lucut sendiri..




inilah hasilnya...
 resipi tepung..

bahan-bahan:
  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 200ml air.
  • sedikit pewarna kuning-jika suka

Monday, May 21, 2012

Resepi Triffle

Terasa lama lak aku tak jenguk dapur untuk masak-masak..bukan masak-masak harian tuh..masak-masak benda special..contoh macam kek ke, puding ke, muffin ke...alih-alih hari nih, actually semalam dah set ari nih nak pergi beli bahan-bahan tuk buat triffle nih.Nampak macam simple dan sedap.Mana tahu nanti wat kenduri doa selamat ke boleh lah dijadikan desert tuk tetamu kan???

Resipi nih aku ambik dari myresipi ..thanks tuk daniaelyza yang sudi share resipi nih.Yang belum pernah buat just try this recipe..comfirm menjadi..  oklah start dari  bahan-bahan dulu k...

 1 biji kek gulung..ikut suka nak perisa apa..aku rembat je perisa pandan sebab itu yang aku jumpa pun
 1 tin koktail...1 paket jelly powder..(aku ambik strawberi konon nak bagi wrana-warni sebab swiss roll dh warna hijau)
1 tin susu cair






 Ni yang dah siap...selamat mencuba

Full Resipi kat bawah nih yer..aku copy dr link atas tu..

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Thursday, March 15, 2012

Putri Mandi

yang nih aku nyer kerajinan last week..saje nak wat minum petang..badak berendam..ada yang panggil putri mandi...tapi aku buat xde inti sebab xde isi kelapa n gula merah nak wat inti..so layan je lah..saje nak menghabiskan tepung dan santan yang banyak dalam esbok..


Friday, November 25, 2011

Puding Jagung

Ini lah hasil puding jagung yang sempat dibuat semalam..baru sempat nak upload pic.Alhamdulillah rasanya x lah sweet sangat..sedang2 orang cakap.sesapa nak resipi, ada kat bawah...sharing is caring


bahan2:

1 paket agar-agar
1 tin susu cair
1 tin jagung manis ala-krim
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula

Cara2 membuat:

1. Masakkan agar2 dengan air mengikut sukatan bekas plastik agar2.Biarkan sehingga mendidih dan betul2 hancur.
2.Selepas itu masukkan jagung dan gula.Kacau hingga sebati.
3.Dalam bekas lain, satukan susu cair dengan tepung kastad dan kacau hingga tidak berketul.Selepas itu masukkan ke dalam adunan jagung.
4.Kacau sehingga semua sebati sebelum diletakkan dalam bekas untuk disejukkan.
5.Sesudah sejuk, bolehlah dipotong dan dimakan..