Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

Happy 8th Anniversary

Alhamdulillah syukur ke atas Ilahi, rumahtangga yang dibina telah menjejak ke tahun ke8.Walaupun pelbagai ujian, dugaan dan rintangan yang alhamdulillah aku dan suami cuba menjaga rumahtangga kami sebaik mungkin.

Tambahan pulak tahun nih bertambah ahli keluarga baru.Semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan dan kekal ke akhir hayat kami.Buat suami, terima kasih menjadikan aku wanita yang berasa bersyukur kerana dipilih menjadi ibu buat anak2mu.,..


Thursday, March 12, 2015

Selamat Harijadi Putri2 Ku


Nothing much to say..just wish my birthday to both my little princess.sepatutnya semalam tapi maklaumlah mood ke laut je skrg nih, so aku postponed arinih nak update blog x severapa nih.Janji kenangang untuk diorang di masa depan nnti mana tahu aku dah takde, kan3 diorang boleh baca..





Monday, February 16, 2015

Selamat Harijadi Untuk Diri Sendiri


Alhamdulillah genap dah memasuki usia 30-an untuk tahun yang ke4.So far syukur atas segala yang dimiliki.Takde duit banyak, takde kehidupan yang mewah macam orang lain tapi aku cukup bahagia disamping suami, anak-anak dan keluarga yang menyayangi dan sentiasa ada disaat aku perlukan nasihat.

Buat somi terima kasih kerana sentiasa menghargai aku.Walaupun lucu sebab tahun nih dia ter'advanced' wish ..xpe-xpe aku maafkan.kadang2 bila dah berumur nih dengan segala benda otak nak ingat memang akan ada kecelaruan sikit kat situ.Dah lumrah lelaki susah nak hafal tarikh-tarikh penting dalam hidup dia kan.Abaikan je kesilapan sedikit tu kan3..
Seperti biasa somi ajak keluar makan walaupun pada awalnya aku memang takde selera nak makan kat luar.Tambah-tambah lagi selera makan semakin down bila memasuki trimestrer ke3 nih.Tapi untuk tidak menghampakan somi yang beria-ria tahan  perut sebab nak makan sekali dengan birtday gurl so aku ikut kan je..kitorang makan kat windmill je..anak yg sulung plak nak makan kfc...so sudahnya balik windmill singgah drive thru ke kfc untuk beli makanan anak..



enjoy the meal..semoga tahun nih akan menjadi kenangan bersama orang2 yang aku sayang.Tahun depan kita tak tahu apa ceritanya kan..Hargai apa yang kita ada kerana esok belom pasti milik kita..

Sunday, January 25, 2015

Selamat Harijadi Ke 37

Lama tol tak update blog kesayangan aku ni..memang kemalasan tahap melampau.Lebih-lebih lagi bila anak dah masuk sekolah.Ni cite pasal besday hubby bulan lepas...kah3 sian dia bru nak update pasal somi kesayangan aku ni.Nak beli hadiah mahal-mahal tak mampu, so aku watkan kek coklat kegemaran dia jer..Ok lah kan..kasih sayang dah peringatan tu yang penting...apapun selamat harijadi suamiku..semoga sihat selalu, sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan semoga ikatan kasih sayang kita dengan anak-anak kekal hingga ke akhir hayat...aminnn






Simple kek untuk besday boy..semoga bertambahnya umur akan lebih mengeratkan kasih sayang kita dengan Yang Maha Pencipta..amin

Tuesday, March 11, 2014

Harijadi ke 6

Alahamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk membesarkan amanah Allah ni.Tiada kata yang boleh merungkap betapa bahagia nya aku bila engkau dilahirkan.Doa ibu semoga fatehah menjadi anak yang solehah, mendengar kata orang tua, mengikut perintah Allah dan sentiasa menyenangkan orang2 disekeliling..amin3x





Tuesday, December 31, 2013

Selamat Harijadi SuamiKu


Haiiii..dah lama tak jenguk blog aku nih..Malas nyer nak meng'upload' gambar yang bila masa tenet nya tenat semacam..ari nih baru ok..tapi jap lagi biul balik.Technician cakap kena tukar modem baru..huhuh duit2...banyakknya nak guna duit..apapun walau da terlambat nak wish kat blog..aku nak gak bagitahu hepi besday hubby..all my love, faithfull just for u the only one the best fren, hubby and good listener n guide for me..thanks for being my special one..happy birthday



Tuesday, March 12, 2013

Selamat harijadi Nurfatehah

Selamat ulangtahun untuk mu sayang..semoga membesar dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah.Walau bukan dari sgi kesenangan, kemewahan dan harta benda.Tapi kasih sayang ibu dan ayah akan sentiasa untuk sayang , di mana sahaja dan setiap masa.Untukmu segalanya ayah dan ibu sanggup korbankan.Jadilah anak yang baik, sihat dan menyenangkan ibu dan ayah dunia dan akhirat.

Terima kasih pada Yang Esa kerana mengurniakan sayang untuk ayah dan ibu.Itulah hadiah perkahwinan yang teristimewa untuk ibu ...Ibu sayangkan Nurfatehah seperti sayangkan ayah, adik dan ahli keluarga yang lain..dan kasih sayang ibu semuanya atas redha Allah..keran ibu tahu semua yang ibu sayang akan pergi tinggalkan ibu suatu masa nanti..Ibu akan hargai setiap detik, masa dan saat yang ada supaya ibu takkan leka dengan kehadiran sayang ...



Saturday, March 2, 2013

Selamat Harijadi Anakku

from google

selamat harijadi untuk putri ke 2 ku.Semoga menjadi anak yang solehah..dimurakan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sentiasa sepanjang hayat.Ibu bersyukur menjadi ibumu walaupun ibu tak mampu memberikan kesenangan seperti ibu-ibu yang lain.Tapi ibu akan sentiasa ada untukmu.Ibu korbankan semuanya hanya untukmu sayang.Untuk menjaga dan melihat perkembangan mu menjadi insan yang berguna.Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang lagi menjaga amanah Mu ini..

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 32

Tepat Jam 12.00tgh malam tadi aku dh menjangkau umur 32 tahun.Syukur alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah dimuka bumi Allah nih..Thanks for my hubby siap nyanyi lagu hepi birthday ngan anak tuk aku..ingatkan dia lupa..rupanya ada plan lain..itu sudah cukup tuk aku..tak perlu hadiah mahal-mahal.Tapi kalau nak bagi aku nak tiket tuk pergi umrah..boleh???hahahahha i'Allah jika dimudahkan kan???amin

Hari ini jugak aku berkesempatan untuk berpuasa sunat pada hari ulangtahun kelahiran.Setiap tahun nak wat tapi asyik terlupa..Tuhan permudahkan aku tuk buat tahun nih.semoga apa yang aku inginkan dalam hidup akan tercapai dengan keizinanNya..amin2 yarabbal a'lamin

Monday, December 17, 2012

Pulut Kuning

hepi birthday to you2 , hepi birthday tu you my hubby..hepi birthday to you..

Hari nih genap 35 tahun usia hubby aku.Aku doakan semoga dia akan terus sihat, murah rezeki dan panjang umur untuk melihat anak-anak membesar..Tapi itu hanya doa dari seorang isteri.Semoga Allah merahmati kami sekeluarga.Amin 



Ari nih aku tak buat kek pun hubby aku.Dah bosan nak makan kek.Bukan tak sedap cuma rasa nak buat lain lak.Usia meningkat kita bersyukur lah kan..so aku buatlah pulut kuning ngan rendang.aku bagi jiran-jiran sekali.

Ni 1st time aku wat sendiri..alhamdulillah menjadi.eeheheh




Sunday, June 3, 2012

Hepi 5th Anniversary

1st of all hepi anniversary to myself...selamat sudah menjejak angka 5 tahun dalam usia perkahwinan.Alhamdulillah, dan syukur kerana usia perkawinan ini masih berpanjangan dan supaya akan terus berpanjangan ke akhir usia..

Buat suami..terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan ambik berat tentang sayang dan rumah tangga kita, menerima kekurangan sayang seadanya dan ada di sisi sayang ketika sayang perlukan seseorang.Andai ada kekurangan sayang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..maafkanlah..dan sayang janji akan cuba menjadi isteri yang terbaik..

...yang takkan meminta-minta apa yang tak perlu

...yang takkan mudah percaya atas khabar angin tentang abang

...yang akan selalu ada membantu dan terus menyokong abang

...yang akan selalu menemani abang di saat susah mahupun senang

...yang akan sentiasa melapangkan dada abang dengan segala urusan yang boleh sayang pikul

...yang akan cuba jadi yang terbaik

...yang akan cuba berdikari dan tidak mengharapkan abang tuk hal-hal yang kecil

...yang takkan menyusahkan dan membebankan abang dengan hal remeh-temeh


dan sayang janji dengan nama Allah...selagi abang suami sayang...cinta, kasih dan sayang sayang terhadap abang adalah atas kehendakNya...Andai apa-apa berlaku di pertengahan perhubungan...sayang harap e2 adalah yang terbaik dari Nya untuk kita...

semoga hubungan kita diberkati olehNya..direstui oleh ibu dan bapa..dan bahagia ke akhir hayat dengan anak2 kita...aminnnnnnnn

Tuesday, January 24, 2012

selamat Harijadi....bertambah satu lagi tahun

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan hambamu ini..Allah selamatkan kamu.." versi anak nyanyi....x sangka menjengah jugak tahun 2012 dengan sihat dan walafiatnya.Syukur2 tak terhingga kerana dipinjamkan lagi nyama untuk tahun nih..Apapun bertambah lagi amanah dan bertambah lagi dugaan dan ujian akan Dia berikan...

Tahun ni tahun ke5 aku sambut harijadi dengan suami,x pernah celebrate pun...kalau ada pun just potong kek n kuar makan.Sekadar mensyukuri umur yang bertambah...tapi semalam, xde kek, sebab x nk membazir...akupun xde rasa nk mkn kek sgt...tapi aku wat cheese tart 4 myself...pastu kuar mkn pizza sebab anak yang lebih...asyik sebut nk mkn pizza,aku lagi lh x masuk sgt pizza2 ni.Tapi sekali-sekala xperlah kan?layan kan ajer...

Lagipun dengan aku x keje lagi, so kena berjimat apa yang patut.dahulukan benda yang penting-penting.Anak dah masuk sekolah, keperluan dia kena dahulukan. Apapun, syukur kerana rezeki yang Dia bagi...walau x semewah orang lain, aku tetap bersyukur...Dia tahu yang terbaik untuk hambaNya seperti aku ini.Aku harap, satu hari nanti aku sempat 'menyenangkan'kedua orang tua ku, mentua ku dan menjenguk mereka sekerap yang mungkin.

Umur dah bertambah..bertambah pada angka..semoga aku akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.Menjadikan semalam sebagai kenangan dan esok sebagai harapan.Aku hanya manusia biasa yang x lari dari kesilapan.Dan aku harap aku x kan jadi sombong, ego dan ujub pada kesenangan dunia yang sememangnya x layak untuk dibanggakan langsung...sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...terlalu banyak benda yang berlaku dalam hidup aku...tapi e2 semua ujian yang mana datangnya untuk menguji dan bukan lah masalah besar.Selagi ingat Allah itu ada, ujian dunia hanyalah sikit kalau dibandingkan balasan akhirat...

Harapan aku pada harijadi aku tahun nih...semoga kebahagiaan aku, suamiku, anak2ku, kaum keluarga ku dan adik-beradikku sentiasa berpanjangan ke akhir hayat kami...