lama dh x jenguk blog aku nih..ye lah bukan ader yang nak tengok sgt pun kan..just suka2...baru2 nih aku balik kuantan, kg hubby aku.konon nak jalan2 tapi alih2 sakit kat ari2 sbb duduk lama sgt kat dlm kete otw balik..so alamtnya dinasihatkan supaya jgn banyak bergerak sbb takut terberanak..tambahan pula beg barang2 nak bw g sepital lak tertinggal kat melaka.
tapi yang bestnyer sempat jugak ler jalan2 pasar malam kat kuantan area dekat2 umah ler...n ternampak plak kain manik nih..mmg lawa sangat, aku pun beli ler satu n nak gak kongsi ngan kwn2 klu yang nak beli n berkenan ke kan...boleh ler kontek2..korang tengok sendiri lah ye,,
Showing posts with label kain pasang. Show all posts

Monday, January 24, 2011
Friday, January 14, 2011
Kain PasaNg
intro kali nih saje nak share kat kengkawan mengenai kain pasang...ms jadi guru gstt dulu rajin lah jugak nak jual2 nih,,org ckp nak wat bisnes kecik2.so skrg nih bila kontrak dh habis terpikir nak wat sepenuh ms.sape2 yang berkenan boleh lah pm sy n kat sini gak sy share kan beberapa jenis kain pasang nih...elok tuk buat baju kurung or jubah....
ni pulak contoh kain pasang yang dh siap dijadikan baju..

Monday, January 10, 2011
Kenapa Memilih Api Neraka???
600 darjah celcius!
Ya! Itulah suhu udara panas yang melingkari perkampungan di persekitaran puncak Gunung Merapi. Demikianlah yang dilaporkan dalam akhbar Jakarta Globe yang saya beli di Lapangan Terbang Sokaerno Hatta, Jakarta pada subuh 7 November 2010 yang lepas...
Selepas lima hari melawati Bandung dan Jakarta dengan doa yang terpahat supaya ditunjukkan dengan hikmah dan kebesaran Allah s.w.t., saya sujud syukur kerana pulang dengan selamat selain memperoleh beberapa ibrah yang telah Allah berikan.
600 darjah celcius.... itu baru suhu gas yang dikeluarkan oleh Gunung Merapi. Malah ia dijangka mencapai 750 darjah celcius. Berapakah agaknya suhu api yang menggelegak di perut Gunung Merapi?
Suhu panas, gas beracun dan debu yang mengandungi silika, sulfur, metana dan lava yang menggelegak, semua itu menjadikan Gunug Merapi sangat menakutkan terutama bagi penduduk Yogyakarta yang seramai 400,000 orang. Yogyakarta hanya terletak 30km dari kawah Gunung Merapi dan Code River yang mengalir dari Gunung Merapi boleh membawa jutaan liter padu limpahan lava ke pertengahan bandar pelancongan itu.
Partikel debu gunung berapi pula tidak sama dengan debu biasa. Di bawah mikroskop, debu biasa berbentuk bulat, tetapi debu volkanik terpecah-pecah ibarat kaca pecah. Sebab itulah, sesiapa yang dimasuki debu volkanik akan mudah mendapat masalah pernafasan kerana sel dalam paru-paru mudah cedera dan rosak.
Kini Yogya semakin sepi. Semua orang takut akan ancaman Gunung Merapi. Takut dimasak hidup-hidup oleh udara panas dan lava Merapi. Terlalu panas. Terlalu mengerikan.
Ni'matnya Maksiat
Maksiat sememangnya terasa begitu ni'mat. Keseronokan melakukan maksiat memang tidak ada tolok tandingnya. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam konsert-konsert artis popular. Lihatlah di tepi pantai di malam hari, di dataran dan pusat membeli belah, di pub dan disko, dalam politik, di tempat kerja, di stadium bola... dan tak kurang juga maksiat yang dilakukan dalam lingkungan rumah sendiri: tv, radio, internet, sms & mms, sumbang mahram dll...
Di satu penjuru alam, masjid sepi, majlis ilmu sunyi, perkuburan dijauhi...
Panas Gunung Merapi tidak sama dengan api neraka. Baru disergah dengan debu dan gas, bercempiaran lari penduduk sekitarnya kerana takut apinya meletup sama.
Panas api neraka menyamai 70 kali api di dunia. Tetapi tidak pula Allah percikkan biar setitis pun api neraka di saat kita melakukan maksiat dan kemungkaran kepada-Nya. Betapa Allah s.w.t. Maha Pengasih memberi ruang untuk kita analisis diri dan bertaubat.
Apakah kita mahu menunggu Allah s.w.t. tunjukkan ancaman kedahsyatan api neraka maka pada saat itu baru mahu bertaubat? Pada hari tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya, hanya orang yang semasa di dunia memilih untuk berdamping dan berkasih-kasihan dengan-Nya sahaja yang layak untuk memohon perlindungan.
Ya Tawwab, Ya Tawwab... terimalah taubat kami.

Subscribe to:
Posts (Atom)