Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Donut lagi


Bila rajin inilah hasilnya.Untuk anak-anak dan juga suami.Resepi yang sama seperti sebelumnya..memang tidak menghampakan..sekejapan je mengunyah kalau masih panas2 kan..


Tuesday, April 22, 2014

Karipap


Ari nih projek karipap pulak.Dari dulu lagi aku teringin sangat nak buat karipap sendiri..Terima kasih buat sorang kenalan fb yang rajin sharing resepi-resepi..dan hasilnya memang tak mengecewakan.Yang nih 2nd time aku buat untuk sekolah anak..sebab diorang x makan pedas so aku buat x pedas..dengan inti keledek dan ayam je

Sebenarnya ini adalah percubaan ke2 aku buat karipap nih.Tak tahu mana silapnya 1st tru tu jadi cuma x secantik yang kali ke2..mungkin inti aku terlalu basah, x kering..kali nih alhamdulillah pasnih sng boleh buat sendiri.

Resepi kulit karipap nih:
500gm tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
sedikit garam
air secukupnya..

*panaskan mentega dengan minyak hingga cair..masukkan dalam tepung dan gaul rata..
*masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Ala-ala adunan donut gitu.
*pastu boleh lah diterap dan dimasukkan inti dan digoreng.



Kalau terasa nak wat frozen atau nak goreng untuk esoknya..goreng karipap tersebut suku masak..pastu simpan dalam peti ais (untuk frozen)..kalau nak goreng keesokkan nya just letak dalam bekas kedap xya masuk peti ais pun xper.

selamat mencuba yer..

Monday, April 7, 2014

TAUHU TELUR

Lama betul tak update blog yang tak seberapa nih.dah makin semak ..nak bukak pun bukan main semput line nih.Tapi bila tak bukak elok pulak.Oklah korang-korang semua yang tak tahu nak buat apa untuk menu petang, meh sini aku nak share satu resepi baru.Baru ker..baru bagi aku lah kot..Ini pun aku copy dari page RESEPI MASAKAN kat fb.aku copykan balik resepi yang sedikit sebanyak sudah diderhakan oleh aku..hehehe

TAUHU TELUR:
sumber:Resepi masakan


BAHAN A:(diblend)
4 kpg tauhu putih
2 bgkus tauhu telur
4 biji telur
4-5 sotong size sederhana

BAHAN B: (dihiris halus)

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sebatang saderi
isi ayam dipotong dadu (lagi banyak lagi bagus)
1 biji lobak merah
daun ketumbar
daun bawang
cili merah/cili api
4-5 kepala sotong + (tambahan lagi bberapa badan sotong dipotong halus
*lada sulah,paprika, keju cheddar (kalau ada), garam, perisa>

-campurkan bahan A +bahan B.Lepastu kukus 30 minit..sejukkan dan potong utk digoreng.salut tauhu degan telur dan kemudian salut dengan serbuk roti.siap untuk di goreng /disimpan beku

Bahan A yang dah siap diblend.Blend tak payah letak air yer ..sbb tauhu tu pun dah lembut tau..
Bahan B..semua hiris n potong kecik2.kalau korang rasa korang ada bela ayam..boleh ler letak ayam lebih..he3 xde hal sendiri nak makan kan..lagi banyak bahan lagi bagus..

gaul2 semua


Dah siap dikukus dalam 30 minit..sejukkan dulu..letak dalam peti ais pun takde orang nak marah..nak bagi cepat sikit sejuk kan..pastu potong2, celup telur n serbuk roti.siap untuk digoreng.Sos tu korang pikir lah sos apa nak makan dengan tauhu nih.Aku guna sos cili je..sng dan sedap..
selamat mencuba yer..

Friday, May 11, 2012

churros

Entah macam mana ari nih aku boleh terpikir nak wat kuih nih..simple je sebenarnya ..ala-ala cream puff even percubaan pertama aku wat cream puff tak jadi..kikikikii.Apapun, ari nih aku try wat churros nih jadi..alhamdulillah..Banyak gak sumber aku korek tuk dapat resipi nih..blog kak hana, sini, dan banyak lagi blog-blog lain.Tak larat nak copy link.Semuanya kebanyakan sama resipi..
 

Aku tabur gula aising je.Anak pun suka makan..pasni boleh buat lagi..Nasib baik ada noozle yang bentuk macam nih.Boleh lah guna..ek???oklah, resipi aku copykan tuk sapa-sapa yang malas nak klik link tu..

Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 11/2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur - size L
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara-cara
  • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
  • Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
  • Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

Saturday, April 21, 2012

Donut II

Bosan nya bila dah tak de keje nak buat..rumah dah kemas, anak-anak dah mandi, dah makan, baju dah sidai,dapur dah bersih, tong sampah dah kosong..apa lagi ek nak wat???banyak nyer keje kat umah kan..blom lagi keje 'bergaji'..lagi double triple penat ...

Biasalah bila dah bosan, keje aku mencuba resipi-resipi baru dengan bahan-bahan yang aku ada..nak habiskan stok apa-apa bahan yang dah nak expired...kebetulan nampak pulak tepung roti aku yang akan expired hujung bulan nih...nak wat roti dah pernah buat dah ari tuh, so ari nih nak wat donut lak...

Akhirnya terjumpa la resipi donut yang guna tepung roti nih...dari yani @myresipi..susu segar balance buat slice cheese cake ari tuh pun ada lagi...memang senang sikit keje..plan asal nak wat cupcake Hokaido yang tengah famos orang dok kata..tapi entah macam mana bole terlupa beli tepung kek masa pegi bakeri ari tuh...uhuhuhu

Takperlah..akan ku buat jugak resipi cupcake tu nanti.Berbalik ngan donut aku wat ari nih..memang gebu..1st aku ingat x jadi ..tapi bila dah goreng memang mabeles ..bole lah aku wat tuk sedekah kat tadika anak aku jumaat depan..i'Allah kalau rajin..hehehehe

Aku copykan resipi tuk sapa-sapa yang nak try k..sebelum tu thanks wat yani..resipi yang memuaskan..

Resepi Donut (dalam 8-10 biji)

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sekata.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  4. Uli sehingga tak melekat ditangan
  5. Buatkan bentuk bulat.
  6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  7. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  8. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  9. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  10. Uli biar jadi bentuk panjang
  11. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  12. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  13. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak. 





kalau nak further step tengok kat link yani tu k..selamat mencuba

Tuesday, December 13, 2011

Donut Best

Semalam kerajinan aku ditahap maksima..that y aku plan macam-macam nak masak.Maklumlah memasak salah satu cara terapi minda (bagi akulah) .Bila masak nak tgk orang makan....rasa free sangat, semua masalah boleh hilang..

Aku just nak share resipi donut yang bagi aku simple n best..(bagi orang yang macam aku)..x susah,xyah guna  susu tepung segala..dh dapat resipi nih apalagi aku pun try lah..alhamdulillah menjadi.Bolehlah share-share sikit ngan jiran-jiran ...kebetulan jiran aku bagi aku bubur lambuk lak kelmarin.Konon x delah nak bagi balik mangkuk kosong kan????




ni aku salut ngan gula aising je
 yang ni lak aku salut white coklat ngan manik urai..saje habiskan stok manik urai aku..



yang ni bubur jiran aku bagi..sedap wey.

ini resipi donut yang aku nak share ngan korang semua...

bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
11gm instant yis( 1pkt mauripan)
2 sudu besar air suam
3/4 cawan susu cair/ susu segar
1 biji telur
3 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 sudu kecil pelembut biostan (bread improver)

Cara membuatnya:
1.Masukkan yis(mauripan dlm air suam..pastu masukkan susu, telur,gula..kacau sikit
2.ayak tepung, garam  dan bread improver...
3.Masukkan mentega ke dalam adunan yis dam akhir sekali masukkan bahan kering sedikit demi sedikit..adun sehingga adunan x kotor kan tangan...kira x melekat lah tuh..hihih
4.biar setengah jam adunan atau sehingga kembang..lepas tu uli lagi bagi kuar angin dan boleh lah doh di terap acuan donut...
5.goreng dan bolehlah ditabur gula halus..siap tuk dimakan...hihih

Thursday, June 16, 2011

Cucur Labu

Ari nih malas pulak nak masak nasi.Hari2 masak xde orang nak makan..setakat anak je makan..pastu periuk lak sebesar2 alam(hadiah kawin).Jadi masaklah apa yang simple dan x memerlukan aku masak lauk..Pagi2 dah buat kuih donat..tapi x berapa nak menjadi sebab buat dalam serba kelam-kabut...

Memandangkan labu yang ditinggalkan sikit selepas membuat kek labu ada lagi, so try buat cucur labu.Anak boleh makan sbb budak2 nih bukan main susah nak makan sayur(anak aku ler tuh).Lagipun senang plak cara nak buat..

bahan-bahan...sikit je,
1. Isi labu yang dah direbus.(tapi aku kukus tuk kurangkan air),
2. tepung
3. gula

So simple kan..Macam buat cekodok pisang lah...Tapi aku x guna gula ,sebaliknya guna gula apong..yang mana kat sarawak je ader jual.



inilah hasilnya cucur labu version aku...