Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Kek Pisang

Arinih terlebih rajin..bukan rajin mana pun tapi sebab dah lama teringin nak masak kek pisang..tapi asyik habis je pisang dek budak-budak nih, so terbengkalai je lah jawabnya..resepi nih aku ambik kat myresepi ..sesapa rajin boleh cek k..adunan aku buat separuh je sebab takut x jadi..so far alhamdulillah jadi..so boleh copy kat sini untuk rujukan di kemudian hari..



Sini aku copykan resepi tu balik.Untuk sapa-sapa nak try dan of course tuk rujukan aku sendiri nanti kan..
yang nih aku buat separuh adunan je..nak try kan..dah jadi ok je nampaknya..so next time boleh repeat kalau nak guna resepi yang sama

Bahan-bahan ( saiz biasa )

  • 7 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan gandum

Cara-cara

  1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
  2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
  3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
  5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C

Tuesday, April 8, 2014

Kek Sarang Semut/ Gula Hangus

Alhamdulillah, rezeki lagi.Walaupun penat tapi sehabis baik buat untuk repeat customer nih.Katanya senang berurusan dengan saya.Terima kasih kerana kepercayaan itu.


Monday, September 23, 2013

Kek Pandan Kastard


Lama dah mengidam nak makan kek ni..Bukan je disebabkan kek yang warna hijau dan aku memang suka kan warna hijau..tapi kastard n guna serbuk agar-agar tu buat aku rasa nak kelainan yang mungkin tak dapat kat kek lain..
Resipi nih aku ambik dari blog Ha-sue dan di copy dari Myresipi..memang mostly aku copy resipi dia sebab memang terbaek...thanks kak yer..kalau tersinggah n terbaca n3 aku nih..

aku copykan lagi resipi kastard nya dulu yer..

Bahan2:
  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi 
RESIPI KEK PANDAN
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

 KASTARD:
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering
 yang ni kastard yang d siap masak sampai kental.
 pastikan kek yang siap dipotong diletakkan di dalam loyang/acuan yang lagi besar dr size kek yer..untuk memudahkan kita menuang kastard di tepi-tepi kek..
 yang ni lapisan ke 2..kat bawah tu dah siap masuk kastard..nampak tak kat tepi-tepi cantik je kan..

 done !masukkan dalam peti sejuk sekejap dan lepas tu boleh lah dikeluarkan.kalau xde spring foam guna loyang biasa xper..bole je telangkupkan dan keluarkan.x susa mana pun sbb dah keras..
 jeng-jeng-jeng..ini lah hasilnya..not bad ok walaupun position x berapa nak center..1st try ok lah tuh..
nyum3

Wednesday, May 9, 2012

Kek Pandan Prune

Ari nih terasa teramat lah borink...tak tau nak wat per..nak masak dah terasa malas lah pulak.Pagi-pagi balik hantar anak pegi tadika,sambung tidokan si kecik...of coz ibu diapun kena lelap sekali.Kalau tak memang tak tido ler dia.

Bila dah tido baru bole buat keje...memang betul kata orang budak kalau menyusu badan nih manja dia lain macam je.Compare ngan akak dia memang jauh sangat...Dah genap setahun 2 bulan aku susukan dia fully breasfeed..alhamdulillah.Tak sangka selama nih.Ingatkan dulu nak susukan dia sampai 6 bulan je.Rezeki dia kot kan???

Berbalik dengan kek aku buat ari nih, saje tengok telur ngan barang-barang lain ada lagi..so terus je layan ..cuma susu segar tu aku tukar ngan susu cair memandangkan susu segar takde.Dan tambah prune yang tak berusik.Sayang lak..janji sedap..

Resipi asal aku dapat dari izza muffin..mintak maaf kak sebab alter tanpa kebenaran..






Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste
 + prune dalam 20 biji...sweetened prune(dipotong halus)



Cara membuatnya


Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Sunday, March 18, 2012

Kek Pisang Coklat

Sebelum nak menayangkan kek pisang coklat yang telah aku wat tempohari....nak gak ucapkan hepi birthday tuk mak mentua dan anak sedara sulung dalam kuarga suami..yang mana harijadi jatuh bulan 3 nih jugak, sekali ngan both my little princess...disebabkan itu jugak..aku rela membuat kek khas untuk mereka.tapi atas permintaan suami...kek pisang coklat..even percubaan pertama x menjadi disebabkan terlupa nak letak gula..(macam mana leh lupa akupun x tahu)...aku gagahkan jugak buat kali ke2..dan alhamdulillah menjadi
..resipi aku ambik dari potret kasih...thanks kak sebab share resipi..tapi resipi asalnya dari SINI..


kat sini aku copykan resipi tuk sapa-sapa yang masih mencari resipi kek pisang coklat..

Chocolate Banana Cake
2 cups  ( 400g) Granulated white sugar
1 3/4 cups ( 245 g) All purpose flour
3/4 cup (75 g) cocoa powder
1  1/2 teaspoons baking powder
1  1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe banana ( about 2 med size bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2  cup (120 ml) milk
1/2  cup (120 ml) corn oil
1/2 teaspoon vanilla extract

Chocolate Ganache Frosting
8 ounces (227 grams)semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon ( 14 g) unsalted butter


Method
1. Preheat oven to 350 degree F (180 degrees C) and place rack in the centre of the oven. Butter, or spray with a non stick vege spray, 9 x 13 inch ( 23 x 33 cm ) pan. Set aside.
2. In a large bowl wrisk together the sugar, flour, cocoa pwder, baking soda and salt. set aside.
3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
4. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.
Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When ganache has completely cooled. beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.



aku letak filling pisang ngan whipping cream..salut ngan ganache..tapi bagi sapa-sapa yang tak sukakan manis sangat...yelah, dgn whipping cream..ganache..kek itu sendiri lagi yang dah memang manis pisang...so boleh adjust mana yang perlu...sepotong dua bolehlah makan..banyak-banyak...pening dibuatnya..hiii

Sunday, February 19, 2012

Kek Pandan dan agar Pelangi

ermmmmm....baru nak berblog lagi..laptop dh kena format lagi.mana silap pun aku x tahu..huhuhu tapi apapun semua dh ok..saje nak masukkan entry semalam nyer tugasan...kek pandan coklat rice dengan agar2 pelangi..nak wat agar2 pelangi betul2 xde lah jadik..nak menunggu satu2 nyer keras aku memang x sabar..so aku wat mana yang mampu je..tapi rasanya memang mabeles...e2 pengasuh anak aku bagitau..sebab buat pun tuk bagi dia sempena wat kenduri doa selamat nak menunaikan umrah rabu depan nih..22/2/2012.tambahan aku ngan hubby kureng makan agar2....aku harap aku pun akan jejak kaki ke tanah suci satu hari nanti..aminnnnnnnnnnnnn..



 yang nih sebelum masuk oven...
 tengoklah tekstur kek pandan nih..memang gebus n lembut..


 nih agar2 aku wat...warna x sekata..sebab sabar nyer pasal..apapun next time leh wat lagi..

Thursday, December 8, 2011

Kek Black Forest

Sehari dua nih sibuk lak rasa..Hari2 bawa anak jalan-jalan.Maklumlah si kecik dah boleh duduk dalam troli..xde lah aku nak heret stoller ke hulu ke hilir w/out my hubby kan.Kalau nak tunggu hubby mmg x berjalan lah house wife macam aku nih.Nasib baik anak-anak x meragam , tambahan berjalan...sapa x suka kan???Lebih-lebih lagi budak-budak yang memang suka kan ramai kawan.

Kelmarin aku pegi Giant kat Bachang Melaka..saje je bawa anak sulung yang suka main kat playground kat Giant tuh.Lagi satu free...nak senang nak pantau..Hajat bukan saje-saje nak bawa gi Giant pun.Plan awal nak pegi beli bekas cupakes.Lagi seminggu besday my Hubby so ingat nak wat cupcake tuk dia bw tuk kawan-kawan tempat keje dia.Time besday kena keje...bolehlah nak sedekah dan bagi diorang makan ramai-ramai.

Semalam lak aku pegi Mahkota Parade..dalam xde duit( tuk shopping barang mahal2)... windows shopping je lah kan..lagipun nak beli barang apa je kalau dah nama mak budak macam aku nih..baju budak, barang pekakas dapur...dah semakin semak dapur aku..nak pindah umah nanti x tahu lah macam mana.Selagi boss x bising...alhamdulillah

Hari nih aku terlebih rajin lak..buat kek Black Forest..versi kukus..Lama dh x buat kek versi kukus.Bukan apa, kukus lagi lembap compare ngan bakar...lagi satu sng nak jaga (bagi aku lah)...Bagi sapa-yang nak try buat kek Black Forest, sini aku share kan resipi..ini pun aku ambik kat tenet..try n error jugak lah...hihih











Kek Black Forest

7 biji telur saiz sederhana
125gm gula kastor
1 sk ovalette
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko
60ml minyak masak / mentega cair


Cara membuatnya:

* Pukul mentega, gula dan ovalette sampai kembang.
*Masukkan tepung, diikuti serbuk koko dan minyak..
* kukus 30 minit..

Thursday, October 13, 2011

Kek Karot

Dari semalam lagi anak aku yang sulung suh wat kek..sebabnya dia tengok aku beli tepung kek naik sendiri.Nak kek karot lak tuh.Bila anak dah sebut, rasa kesian lak..Masa-masa maam nih lah pun nak manjakan diorang.Dah besar sok x tahu sempat ke tak nak masakkan tuk diorang or paling tak pun...diaorang dh pandai nak main tunjuk2 plak yang kat kedai..kan???

So, aku pun researh lah resipi kat google..disebabkan bahan2 banyak xde.so aku wat sesimple yang mungkin..janji siap..
bahan2nya simple...

1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri
1 susu kecil bikarbonat of soda
2 biji lobak merah diparut
bakar pada 180' selama 22 minit

optional...yang lain2 aku letak sendiri apa yang ada...chocolate chin manik urai tuk tambahan...







Friday, June 3, 2011

Kek Anniversary

assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam genap 4 tahun aku bernikah dengan suamiku...syukur sangat-sangay dengan umur dan jangkahayat perkahwinan yang kami bina ini.Aku bersyukur dikurnikan suami yang bertanggungjawab, memahami, caring dan menghormati diri ku sebagai seorang isteri.Dan disebabkan itu jugak lah, ari nih aku nak try wat kek khas tuk anniversary kitorang kali nih.Sebenarnya x pernah sambut pun, just wish n kuar makan je.Disebabkan tahun nih aku menjawat jawatan 'Penganggur Terhormat' so try ler nak wat kek sendiri..decoration sendiri n sendiri makan..kikiki

inilah hasilnya....1st trial yang tak begitu menjadi..janji sedap...hihii..next time leh improve lagi..


even decoration fail..tapi puasa hati sangat sbb berhasil menghasilkan kek air tangan sendiri..yang penting husband suka..sedap kot..(puji diri sendiri)

Saturday, May 14, 2011

Kek Batik Biskut Marie

assalamualaikum...lama rasanya x mencoleteh kat blog nih.Maklum lah masa dah macam singkat je...bangun pagi tengok jam kol 9..alih2 tengok sekali lagi dh kol 6 petang..betapa cepatnya ms berlalu. Tapi apapun aku sempat jugak nak kemas-kemas rumah, masak untuk anak dan hubby aku sebelum dia pegi keje(e2pun klu dia makan). So hari nih aku nak cite lah pasal kek batik biskut marie yang aku wat.Nak kata sedap mmg sedap pun kot..heheheh maklum lah resipi dr tenet, yang keberapa kali aku try n error aku pun x ingat.alhamdulillah nih kali ke dua aku wat selepas percubaan semalam tak menjadi..korang tengoklah hasilnye...


tararrararaarara


inilah hasilnya....