Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Sunday, May 1, 2016

Kuih Nona Manis

Dah lama x update blog yang bersawang ni..Al maklumlah bila ada baby kecik kan..kecik x kecik dh nk masuk setahun dh pun..dan setahun jugak laptop aku hantar repair tak siap-siap lagi...tu yang nak update blog pun payah...

Ok lah taknak bebel panjang...kita cite pasal kuih plak.Dah namanya love baking kan,aku pun try jugak kuih nona manis yang femes skrg ni...and hasilnya x mengecewakan....yeyeyeyye







Friday, February 6, 2015

Kuih Koci



Pejam celik pejam celik dah jumaat pertama bulan febuari.Kejap je kan masa berlalu.Kandungan aku pulak dh masuk 27 weeks.Next week genap 7 bulan.Appointment tuk minum air gula, injection kancing gigi plus kena pantau carta pergerakan baby plak..OH nooooo dah tak lama lagi nak deliver my new family member..Excited plus takut...boleh gitu


Oklah..bukan nak cite hal mengandung, tapi nak cite masalah tekak nih.Bila asyik tengok cite asam pedas untuk dia kat tv3 setiap sabtu & ahad tu.Jadi teringin plak nak makan kuih koci. "Alah beli je kalau nak makan sikit"..ramai yang cakap g2 kat aku, ni sampai buat2 bagai..Bukan taknak beli tapi masalahnya setiap kali aku pergi beli habis..beli habis..dah takde rezeki lah nama nya kan.So alternatifnya.....aku kena wat sendiri dengan pertolongan somi carik daun pisang..

Rezeki aku kan..ader makcik kat tempat keje somi bagi daun pisang.Dah siap layur dah ni.semoga tuhan murahkan rezeki orang-orang yang menyenangkan aku semasa mengandung kali nih..

inti kelapa,,gula merah, air, gula + kelapa putih
masak hingga sedikit kering
santan pekat yang dimasak bersama garam ngan sedikit tepung beras
sebelum letak santan pekat tu make sure doh yang berisi inti tu direbus sehingga timbul dulu yer.pastu baru bungkus macam kat atas tu.
Dah siap bungkus.Sekarang kukus dalam ms 15 minit je api kecik k..

Dah siap kuih koci untuk tekak ku yang mengidam.Kalau balik umah mentua nih memang sebut kompom dapat.Tapi nak tunggu raya cina lambat lagi ler balik jawab nyer..apapun alhamdulillah..

Friday, August 29, 2014

Kuih Belimbing

Dah beberapa ari tak buat bfast untuk suami dan anak.Sekadar buat air kosong je..Nak wat macam mana bila dah kemalasan melanda.Plus kepenatan badan..uhhuhu semakin malas dan lemak pun semakin banyak..oh nooooo

oklah semalam aku rajin okey...nak try resepi yang mudah bagi aku.ada barang dan rajin boleh lah try nih..lebih kurang macam churros jugak.cuma kali nih aku pakai acuan lain..layan yer pic


Didihkan air, gula, esen dan marjerin.


Tutupkan api dan masukkan tepung.Kacau cepat.


Masukkan telur dan kacau lagi.

Dah sebati..masukkan dalam acuan seperti kat bawah nih..dan boleh lah digoreng.Potong setiap 5cm yer..nak panjang2 pun boleh..ikut suka..


Taraaaaa...dah siap untuk dingap..selamat mencuba..resepi penuh kat bawah nih yer..

KUIH BELIMBING
sumber: fb resepi ringkas

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sb marjerin
1 sb gula
sedikit esen vanilla..

Cara Membuatnya:
1. Didihkan air, gula, esen dan marjerin.Sementara itu dalam mangkuk lain pukul telur sekejap
2.Tutup api, masukkan tepung, kacau cepat-cepat hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehigga sebati dengan tepung.
4.Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dann picitkan dalam kuali.Potong setiap 5cm.
5.Goreng hingga kekuningan dan angkat.
6.Taburkan gula.Sedia untuk dimakan.

Tuesday, April 22, 2014

Karipap


Ari nih projek karipap pulak.Dari dulu lagi aku teringin sangat nak buat karipap sendiri..Terima kasih buat sorang kenalan fb yang rajin sharing resepi-resepi..dan hasilnya memang tak mengecewakan.Yang nih 2nd time aku buat untuk sekolah anak..sebab diorang x makan pedas so aku buat x pedas..dengan inti keledek dan ayam je

Sebenarnya ini adalah percubaan ke2 aku buat karipap nih.Tak tahu mana silapnya 1st tru tu jadi cuma x secantik yang kali ke2..mungkin inti aku terlalu basah, x kering..kali nih alhamdulillah pasnih sng boleh buat sendiri.

Resepi kulit karipap nih:
500gm tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
sedikit garam
air secukupnya..

*panaskan mentega dengan minyak hingga cair..masukkan dalam tepung dan gaul rata..
*masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Ala-ala adunan donut gitu.
*pastu boleh lah diterap dan dimasukkan inti dan digoreng.



Kalau terasa nak wat frozen atau nak goreng untuk esoknya..goreng karipap tersebut suku masak..pastu simpan dalam peti ais (untuk frozen)..kalau nak goreng keesokkan nya just letak dalam bekas kedap xya masuk peti ais pun xper.

selamat mencuba yer..

Tuesday, April 8, 2014

Kek Sarang Semut/ Gula Hangus

Alhamdulillah, rezeki lagi.Walaupun penat tapi sehabis baik buat untuk repeat customer nih.Katanya senang berurusan dengan saya.Terima kasih kerana kepercayaan itu.


Thursday, January 30, 2014

Apam Beras

Tetiba terasa nak makan apam beras pulak..nasib baik simple dan mudah kan...lebihan nasi semalam pun ada lagi.Bolehlah jalankan operasi.Tekak macam-macam pulak sejak dua menjak nih.Appaun layan reseipi aku ambik dari blog someone nih..of course lah otai dalam masakan..sumber rujuakan katakan..cek sini k..takpun tengok copy aku taip balik kat bawah tuh..


aku x letak kelapa parut sebab takder..he3 layan je lah k..

Bahan-bahan
2 cwn nasi* 
1 cwn tepung gandum 
3 cwn tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 peket yis ( 11gm)
3 cawan air*
 kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis.
 3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
4. Perap selama 1 jam. 
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.











Saturday, January 11, 2014

Donut


Thanks hubby sebab belikan donut tuk sayang.Walaupun belum lagi teringin nak makan.Apapun rezeki jangan ditolak.Tengah kepala ting tong mikir apa barang nak kena beli untuk ole-ole balik kampung..lega bila hubby balik buat keje luar belikan donut..ringan sikit beban nak masak bagai..siap beli sekali nasi ayam utk anak-anak..sayang abang ketat2..


Thursday, September 19, 2013

Kuih Bakar Pandan

Last week aku tebang pokok pandan kat belakang rumah..sayang lak tengok daun pandan yang banyak x buat apa..disebabkan ada 3 pucuk besar so 2 pucuk aku buang datu pucuk lagi aku bawa masuk dalam rumah.Plan nak buat kek berasakan pandan..1st nak wat kek pandan kastard tapi serbuk agar-agar pulak takde dan aku xde mood nak pegi kedai bakery..2nd nak wat kuih pelita..juga tak cukup rajin nak menyetaple kan daun pandan dan bentukkan segiempat..last-last aku buat kuih bakar pandan..alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan..kalau nak cuba sila try..



Resipi aku ambik kat SINI tapi sebab aku buat guna loyang lain instead of cupcake nyer loyang..so waktu bakar pun aku upkan sikit dr 35 minit ke 45 minit..aku copykan resipi untuk sesiapa yang malas nak bukak link tu dan of course untuk rujukan aku jugak di masa akan datang kann..

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan A:
250ml air 
6 helai daun pandan (diblend bersama dan tapis)* aku tambah 10-12helai nak bagi hijau pekat

Bahan B:
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200ml santan pekat (aku guna yang dalam kotak tu)
250ml air
3 biji telur
2 sb mentega (dicairkan)
1/2 sk garam
1/4 sk pewarna hijau epal
sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-Cara membuat:
1.Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
2.Lecer acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c
3.Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, taburkan bijan dan bakar selama 35 minit (aku bakar 45 minit) atau sehingga masak kekuningan.Sejukkan sebelum dipotong.

Saturday, April 27, 2013

Apam Polkadot lagi

Selesai menyiapkan tempahan apam polkadot order dr seorang kawan..huhuhu dh makin malas nak update blog..sok nak layan oreo cheese cake lak..tido dulu lah..nite






opss...kalau sesapa nak rasa...boleh pm/email atau wasap 0136477305..melaka area sahaj ye..nite..

Monday, January 21, 2013

Puteri ayu Pandan


Hari nih aku rajinkan diri wat puteri ayu nih tapi setengah adunan je sebabnya..sayang ngan kelapa putih yang balance buat semalam..ni lah hasilnyer..




Sunday, January 20, 2013

Putri Ayu versi gula melaka

Semalam nyer occasion sebenarnya, aku siapkan 200 biji apam polkadot n 100 pcs putri ayu tapi putri ayu tuh xnak warna hijau pandan lak.Request nak coklat air gula melaka.Sempat jugak siapkan 100pcs putri ayu even buat pagi.Masa tu jugak nak g beli kelapa parut tak cukuplah, tepung ubi habis lah..pening..alhamdulillah siap jugak..



Resipinya aku ambik dar Myresipi..memang tak rugi try.senang dan sedap...

PUTRI AYU

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Wednesday, December 26, 2012

Kuih Putri Ayu

Rasanya dah dekat setahun nak wat kuih nih.Masalahnya bila nak carik tempat parut kelapa punyerlah susah dan jauh.So mula lah malas dan tangguh lagi nak try.Kebetulan ari tuh mentua datang bawak banyak kelapa putih.Tuk wat kuih melaka..so balance aku simpan sikit.Senang nak wat apa2 kan..

Semalam tahap kerajinan aku boleh lah dikatakan OK sebab memang rajin.Aku kemas rumah, bilik tetamu dan masak-masak ngan anak aku.Pagi-pagi dah kuar bawak budak-budak berjalan.Rajin kan???

Ni lah kuih yang aku wat..resipi aku ambik kat SINI  ..so sapa-sapa yang rasa nak buat memang takkan kecewa.Step-step ringkas aku dh letak kat sini tuk sapa-sapa yang terasa nak wat tapi tak reti...




p/s sori kamera kabur sbb pencahayaan dalam rumah guna lampu x terang...hehehe(kamera hp je pun)

Saturday, September 29, 2012

Kuih seri Muka

Kenapa lah makin ari makin malas nak jenguk blog nih.Dah lah macam tu, sekarang dah mula rasa nak makan macam-macam...takkan mengandung..na mungkin heeee...tak kisahlah tuh, kalau mengandung alhamdulillah rezeki kan??

Dah beberapa menjak terasa nak makan kuih seri muka nih.Dari umah Mak Mok makan kenduri nak pegi haji sabtu lepas..nak beli boleh je tapi terasa nak buat sendiri sebab nyer...lain kali boleh la buat lagi.Sampai bila nak harap kedai dan beli je kan???sok2 dah tua boleh ler bagi anak rasa air tangan ibu dia nih...:)

Ari nih aku rajin kan jugak buat..

1.sebab anak aku boleh bawa pergi sekolah dan bagi orang rasa

2.aku nak bagi jiran aku..lama dah tak bagi sedekah kat jiran-jiran...raya pun tak sempat nak jemput datang rumah kan??

3.Saje nak asah skill resipi baru..

oklah, resipi nih aku ceduk dari myresipi, resipi asal dari nana... ..kebetulan bahan-bahan pun senang so decide tuk wat ari ni instead nak wat sok, so jumaat anak boleh bawa pergi sekolah..hehehe

tak kisah lah kan, janji ikhlas nak bagi orang makan..x harap apa-apa pun..

aku copy balik resipi kat sini tuk sapa-sapa yang rasa nak wat..tak nak wat leh je tempah ngan aku..hahahhahaa

KUIH SERI MUKA 

Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak     



Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) 

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. 
 sebelum di masukkan ke dalam kukus...
 ratakan dengan sudu yang dibalut plastik tuk mengelakkan ia melekat pada sudu bila ditekan
  1. Untuk lapisan atas:-
  2. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!! 
 gula + telur
 masukkan santan yang dicampur dengan garam
 air pandan..( 300ml +10 helai daun pandan) diblend
 adunan siap ditapis...dan dimasukkan tepung jagung dan tepung gandum

tuang atas atas adunan pulut

 kukus semula selama 1 jam

inilah hasilnya...sori aku dah terpotong ms belom sejuk sepenuhnya..tapi rasanya nyum2