Nothing much to say..just wish my birthday to both my little princess.sepatutnya semalam tapi maklaumlah mood ke laut je skrg nih, so aku postponed arinih nak update blog x severapa nih.Janji kenangang untuk diorang di masa depan nnti mana tahu aku dah takde, kan3 diorang boleh baca..
Showing posts with label Putriku. Show all posts
Showing posts with label Putriku. Show all posts
Thursday, March 12, 2015
Sunday, August 10, 2014
Kena Cakar Kucing
Dah lama nak update tapi entah lah, macam malas dah nak bukak laptop.
Tengoklah nih macam mana jantung rasa nak benti berdegup.Risaunya Allah je tahu.Tenga-tengah leka masak kat dapur tetiba tengok anak main basikal kat luar dengan mata merah..Si kakak cakap kena cakar kucing.Apa lagi dengan sepantas kilat terus capai kunci kete n pergi klinik panel.
Doktor bagi injection mati kuman dan ubat titik selain ubat antibiotik.Harap-harap ok lah..
Ni nampak dah ok sikit lepas 3 hari gunakan ubat titik dan makan antibiotik..
Sunday, July 6, 2014
Gigi Atas Pulak Tanggal
Dah nak masuk 2 minggu gigi depan goyang.Tanggal tak jugak.Ingatkan lambat lagi.Rupanya sama kes macam gigi bawah.Gigi dah keluar dan menolak gigi asal.So kita tengok je lah macam mana rupa gigi baru tu nanti.Terkejut jugak tiba-tiba tengah masak anak menjerit dari dalam bilik air cakap darah, darah..Dah boleh agak gigi tu tanggal tapi yang konfius gigi x tahu ke mana..masa meludah nampa darah katanya..ermmm yang pasti dia tak telan sebab dia cakap dia kumur2 je.Itupun sebb nak kuarkan darah.Berus gigi pun tak sebab bulan pose dah cakap siang2 x boleh masukkan apa2 dalam mulut and alhamdulillah dia faham..semakin membesar anak ibu..dan itulah harta dan perkembangan mereka di depan mata aku..
p/s: jangan gelak or tenug dia lama2..nanti merajuk.ha3 lucu pulak muka minah nih rongak..
Monday, June 30, 2014
Sinus vs Resdung
ermmmm arinih bawak anak g klinik untuk cek hidung dia yanga syik berbunyia bila bernafas.Makin cuaca sejuk makin kuat lak bunyi nafas.Bukan asma yer..doktor cakap sinus atau kata lain resdung.Kena pantang makan n satu lagi doktor dah buat surat untur refer hospital tentang bengkak dalam lubang hidung dia.Apapun kita tunggu apa result nya nanti.Plannya esok baru nak g sepital,,semoga dipermudahkan.Tunggu kata pakar untuk wat small operation sebelum makin teruk dan datang lak penyakit2 lain..
Sunday, April 27, 2014
Basikal Baru
Terlepas jugak hajat nak belikan basikal untuk budak-budak nih.Yang bestnya si adik tak berapa pandai lagi main sebab ms kecik x pernah main basikal katakan..si kakak takyah cakap yang nih basikal ke 3..tahun depan kena beli basikal lagi besar sikit kot..yang xyah 3 roda gitu..
hepi tengok anak main tapi kejap je..pastu berlari nengok dvd dlm bilik..
Tuesday, March 11, 2014
Harijadi ke 6
Alahamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk membesarkan amanah Allah ni.Tiada kata yang boleh merungkap betapa bahagia nya aku bila engkau dilahirkan.Doa ibu semoga fatehah menjadi anak yang solehah, mendengar kata orang tua, mengikut perintah Allah dan sentiasa menyenangkan orang2 disekeliling..amin3x
Sunday, January 26, 2014
Dah Besar Dah Anak-Anak Ibu
Cepatnya masa berlalu..anak-anak pun semakin cepat tumbesaran nya.Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.Masih memikul tanggungjawab menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya.Setelah seminggu balik kampung...aku lebih menghargai setiap masa dan apa yang aku ada.Bukan bermaksud sebelum nih aku tak menghargai cuma lebih lagi menghargai..he3..(ada beza ke ek).
Wednesday, November 27, 2013
Sukan Sekolah Penutup sesi 2013
Pejam celik, pejam celik 2013 dah makin dekat melabuhkan tirainya..sesi persekolah dah abis, bertambah lagi satu tingkat usia..hari terakhir di tadika kemas saidina osman ayer molek..
bercinta minah ni isi air dalam botol
yang ni aktiviti ibu bapa..tapi disebabkan kaum bapa sibuk bekerja, so semua ibu2 je join..
antara hadiah yang berjaya diperolehi..
si adik yang sibuk mengikut buntut si akak..
terima kasih buat cikgu yang tela banyak memberikan tunjuk ajar dan bersabar dengan karenah anak aku ini..memang tak reti nak duduk diam.Nama pun budak kan..wat to say..hopefully dia membesar dengan segalanya dalam lindungan Yang Maha Esa,...
Saturday, October 26, 2013
Gigi susu dah tanggal
dah tanggal satu gg..menjerit kemain , ingatkan apa..rupanya gigi dah hujung tanduk..so ibu nyer lah tarik sampai putus sipi-sipi lagi tuh..yang satu lagi pun dah goyang..aku pun tak ingat macam mana gigi susu aku tanggal dulu..hehhee apapun inilah pengalaman menjadi seorang ibu..semuanya akan jadi kenangan dan pengalaman yang paling berharga..
Sunday, October 6, 2013
Bosan
saje nak share muka masam si adik bila tab kena rampas ngan ayah..hehehee marah lah konon..nih nak pergi kenduri last week..d besar dah anak2 ibu.sekejapan je masa berlalu,Appaun syukur atas pinjaman sementara.Hargai semampu yang boleh dan menjaga amanah dengan sebaik-baiknya..bak kata suami,'amanah ini untuk dijaga, supaya menjadi khalifah dimuka bumi dan jgn sekali2 memberikan tugasan itu kepada orang lain'apatah lagi mak ayah kta..
Tapi zaman sekarang berapa ramai je yang menjadi suri rumah untuk menjaga kebajikan anak.nasib-nasib lah kan kalau yang betul-betul struggle dan aku eprcaya tak semua mampu berhenti kerja untuk menjaga anak-anak full time kat rumah.Atas alasan, nak bantu suami...rezeki itu Allah yang bagi..sebanyak mana pun duit yang kita ada, masa untuk anak-anak itu lebih penting.Lain orang lain penilaian dan lain pemahaman.Apapun anak masing-masing dan didiklah dengan cara masing-masing kan...senang je pun..
Ini aku yang dah semakin montel..suri rumah merangkap driver, cikgu, chef, mentor, maid, doktor , dan banyak lagi post lain..doakan cuma satu, semoga amanah ini akan membesar dengan sempurna dengan kasih sayang dariku dan suami walau bukan dengan wang ringgit.Dan saat-saat indah bersama mereka akan aku hargai sebaik mungkin sebelum aku, suamiku atau mereka dijemput dulu.Aku harus kuat untuk semua kemungkinan kerana Janji Allah itu pasti..yang hidup akan mati...dan cepat atau lambat hanya Dia yang tahu..
assalammualaikum...
Wednesday, August 28, 2013
Sambutan Hari Raya Sekolah Anak I
Untuk sambutan Hari raya sekolah anak esok...aku hanya mampu siapkan sebiji marble cheese brownies..Plan nak buat mini red velvet tak jadi sebab susu segar lupa nak beli dan kemalasan aku di tahap maksimum...so faham2 je lah ..
Benda yang senang bagi aku..so buat sebijik kek..xyah nak bakar banyak kali kan..kalau cupcake mini kena bakar banyak kali memandangkan aku nyer oven tu comel..sok lak kena wat lagi sebijik untuk jamuan mentua dan adik ipar datang rumah sebab 31 ader sedara nyer anak kenduri.Kebetulan ofismate tempat keje lama pun kawin..so kena lah g yang mana jemput dulu kan..
apapun semoga esok berjalan lancar semuanya..aminnn
Sunday, August 25, 2013
Susu Dutch Lady 1.2.3
Akhirnya dapat jugak aku nak beli susu double pack nih..bukan apa nak hadiah free tu je..kebetulan lak beli banyak so, le dpt sorang satu mug tu kan..pasnih beli lagileh dpt lagi tapi tadi hanya jumpa 2 je perisa madu..huhu xpe len kali leh beli lagi..murah lak tu dr beli satu2..tempat lain mahal..
Saturday, April 13, 2013
Demam Lagi
Baru baik demam seminggu plus masuk wad 3 hari...seminggu pastu pergi ambik darah lagi tuk kompem kan darah dah takde kuman...balik je ambik darah demam balik..adoiiiiiii seram sejuk sikit aku nih bila anak demam..mula lah nak tido x lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah..kat wad pun stay 3 hari aku leh berpuasa mandi..apatah lagi kat umah kan..kikiki (pecah rahsia)
Bila anak dah ader pengalaman sawan tarik buat aku risau yang amat...dia ni bila demam lain macam sikit panas dia..puas dh lah ngan air perahan asam jawa..x turun jugak panas...dengan air ramasan daun bunga raya ..pun sama jugak...makan ubat kerap ok sikit..itupun kena makan antibiotik baru ok.
ni pic ms ambik dara ari tuh..tgk ler..nangis tapi nak jugak tengaok doktor ambik darah..turun katil menangis pun berhenti..anak ibu kuat....taknak susahkan ati ibu dan ayah..sian si kakak xde orang jaga bila adik n ibu kat wad.Ayah ler kena struggle..pagi2 hantar si kakak pergi sekolah, rehat tengahari ambik si kakak hantar kat wad..balik petang ambik balik si kakak bawa balik rumah.
Nak kata penat memang penat.Dan aku yakin rumah aku memang macam tongkang pecah (ayat mak aku)...tapi takper ..itu boleh diseleseikan..hihi apapun itulah pengorbanan namanya..taknak dah nak harapkan orang tua je bila emergency macam nih.kalau dulu hubby akan suh mentua turun suh tengokkan si kakak. tapi kali nih, aku dh warn awal2..jangan susahkan orang tua walaupun dia x kisah.Itu hal kita dan sebagai ibu bapa...tanggungjawab kita bukan melepaskan pada orang lain.Nasib baik hubby setuju...so bermula lah episod struggle sorang di wad, sorang di rumah.Aku pun xde nak suh hubby hantar bfast ke benda..apa yang hospital bagi aku makan je...bersyukur lah kan???aku pun tahu dia penat..
Bila anak demam, mula lah hubby memanjang tipon..risau katanya.Aku dh cakap jangan risau..aku leh jaga diorang.lagipun semua kejadian budak 2 orang ni aku yang hadap dr kecik.Masa si kakak luka dahi dulu, aku jugak yang drive bawak g hospital..masa adik kena sawan pun aku drive macam orang gila ke emergency hospital besar.So aku rasa, aku cukup berani untuk mengharungi nya lagi..Allah ada bila hamba Nya di dalam masalah..dan ketentuan Dia takkan dapat kita atasi.Bersabar dan usaha cara yang terbaik.
Esok aku nak try pergi darul syifa lak..nak suh ustaz tengok2kan anak aku..kita usaha kan..Allah yang menetukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)








.jpg)


.jpg)








