Sunday, February 17, 2013

Strawberi Cheese Tart lagi


Alhamdulillah siap dah projek hari nih.Plan asal nak buat kek snowy cheese tapi rasa malas pulak nak buat..takut tak termakan..So buat apa yang anak suka iaitu cheese tart.Memandangkan minggu nih kerajinan terhadap membaking membuak-buak pulak untuk semua resipi berunsurkan cheese..layan lah pic-pic terbaru nih k..resipi leh cek kat n3 sebelum ni..


 bahan-bahan untuk buat shell tart: mentega/butter, gula aising, telur, tepung dan sedikit esen vanilla.
TART SHELL
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
420 g tepung gandum


 
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sebati.
3. Ambil sedikit doh tekankan ke dlm acuan tart hgga siap dan bakar  pd suhu 180c-200c selama 20-25 minit mengikut oven masing2..

 
 adunan dh siap..boleh lah start mengetart
 jangan lupa cucuk dengan garpu sebelum masukkan dalam oven tau..
lepas tu bole lah siapkan cream cheese pulak :

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 
 proses melorek





 dh siap...kaler merah
 yang ni sebetulnya kaler purple tapi macam mana terletak warna coklat.haaa xperlah janji leh makan kan..hehehe


 siap tuk anak n ayah..takyah rebut-rebut..

No comments:

Post a Comment