Monday, January 31, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Patutlah kita masing2 kepala batu & degil...suka sangat makan roti canai kat mamak...tak sembahyang tu satu hal...ntah2 mamak tu hindu....lagi parahh... Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsing... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu x payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.

Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org yang tinggalkan solat..tak gamakkan?

tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang..mamak!! teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat..kita pun makan bekas air tangan dia..gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu.

Sunday, January 30, 2011

"JODOH"

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi."

Tidak,...Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Saturday, January 29, 2011

35 minggu

Dah lama x jenguk blog aku nih....maklumlah skrg dh masuk minggu ke 35 kandungan ke3 aku nih.harap2 selamat hingga aku sempat melahirkan seorang lagi zuriat hasil perkahwinan ku dengan insan yang menyayangiku.X sabar rasanya nak melihat mirip siapa pulak raut wajah anakku yang ke2 nih..Walaupun ini bukan kali pertama aku mengandung tapi setiap anak dan perbezaan mengandung utk setiap orang anak mmg x sama...dengan sakit2 belakang, ari2, kaki yang bengkak, mual...semua tu pasti akan di rasa setiap ibu yang mengandung cuma jangkamasa n kesabaran seseorang e2 je mmbezakan kita dengan ibu2 yang lain..

Malah ade juga ibu2 yang mengandung yang x langsung x mengalami alahan sepanjang kehamilan...berbalik cite pasal kandungan aku nih..malam tadi aku bermimpi aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.2kg...beza 0.1 je dr 2st bb aku dulu..hihihihii(harap2 x betul lah berat tu) sbb skrg aku mmg jaga makan sbb x nak bb overweight lagi..n satu lagi x nak bb masuk CCU..(children Care Unit).

panjang pulak celoteh aku kali nih...oklah stop sini dulu..aku harap semua impian aku tahun nih akan jadi kenyataan..n buat kengkawan yang xdpt bb lagi..aku sentiasa doakan korang akan rasa pengalaman menjadi ibu nih....caw...

Monday, January 24, 2011

Baby muka Blur

kali nih nak cite pasal contest lagi..kawan aku sorang nih mmg rajin tag aku klu ada bb contest nih..x kisah lah apa contest pun..anyway just suka2 n aku pun join sbb dh xde keje nak buat kan..apapun terima kasih wat kawan aku nih...korang tengoklah pic anak aku kat bawah nih..


'APSAL LAK MUKA AKU MS NIH EK..MCM TENGOK HANTU KE!!!

NAMA ANAK: NURFATEHAH BINTI MOHD HAZLI
TARIKH LAHIR: 11 MARCH 2008
NAMA IBU: LAILA BINTI TONIE


SYARAT2 PENYERTAAN:
1) menjadi followers blog ini
2) letak banner aka gambar aqil di side bar blog anda
3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini
4) gambar anak anda mestilah 'dgn muka ala2 blurrr gitu'
5)buat satu entry khas untuk contest ini haruslah disertakan dengan pic anak anda, nama anak, tarikh lahir anak, nama ibu dan jugak ayat2 power yg bersamaan dgn mimik muka tersebut...
6) contest ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 4 tahun
7) tarikh tutup adalah pada 25 Jan 2011 (tarikh tutup = tarikh ulang tahun perkahwinan kami..hehe)
8) linkkan entry anda ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan.
9) gambar anak sendiri yer..( taknak gambar anak orang )
10) juri adalah waz (anak sulong) dan maknye...:)
11) tag kepada kawan2 anda seramai 5 org shj ok


NI SATU LAGI PIC YANG MMG bLUrr KOT BAGI AKU..

kain manik....

lama dh x jenguk blog aku nih..ye lah bukan ader yang nak tengok sgt pun kan..just suka2...baru2 nih aku balik kuantan, kg hubby aku.konon nak jalan2 tapi alih2 sakit kat ari2 sbb duduk lama sgt kat dlm kete otw balik..so alamtnya dinasihatkan supaya jgn banyak bergerak sbb takut terberanak..tambahan pula beg barang2 nak bw g sepital lak tertinggal kat melaka.

tapi yang bestnyer sempat jugak ler jalan2 pasar malam kat kuantan area dekat2 umah ler...n ternampak plak kain manik nih..mmg lawa sangat, aku pun beli ler satu n nak gak kongsi ngan kwn2 klu yang nak beli n berkenan ke kan...boleh ler kontek2..korang tengok sendiri lah ye,,





Tuesday, January 18, 2011

nasi minyak or nasi hujan panas

hari nih terasa lama lak tdo..plan nak masak nasi minyak dr kelmarin tapi bahan2 lak x cukup..bukan x leh nak beli pun cuma terasa nak makan seperti yang kepala otak nih idam..so, lepas jugak lah hajat ari nih..malam tadi siap prepare bahan2...even kismin lupa gak nak belitapi xpe lah asalkan lepas tekak aku n hubby aku yang mmg suka makan nasi minyak nih...

Friday, January 14, 2011

Kain PasaNg

intro kali nih saje nak share kat kengkawan mengenai kain pasang...ms jadi guru gstt dulu rajin lah jugak nak jual2 nih,,org ckp nak wat bisnes kecik2.so skrg nih bila kontrak dh habis terpikir nak wat sepenuh ms.sape2 yang berkenan boleh lah pm sy n kat sini gak sy share kan beberapa jenis kain pasang nih...elok tuk buat baju kurung or jubah....







ni pulak contoh kain pasang yang dh siap dijadikan baju..



Thursday, January 13, 2011

Port Dickson

kali nih saje nak share last weekend nyer cite...hubby nyer company wat family day kat PD tuk mengeratkan silaturahim antara org atasan n orang2 yang keje dlm company tu sendiri...disebabkan xde aktiviti sgt tahun nih so boleh lah join hubby g jenjalan mcm nih.lagipun nih 1st time kitorang join sbb sebelum nih hubby bukan keje kat com pany nih lagi...so korang tengoklah sedikit sebanyak keletah anak sulung kami nih bila berjalan2....









Wednesday, January 12, 2011

haPPy Baby ConteSt

salam semua. 1st of all thank tuk my bff yang sudi tag contest nih...apapun aku nih bukan nyer expert sgt dlm contest2 nih...namapun stil br nak berjinak2 ngan blog2 nih..apapun sape2 yang nak join leh check syarat kat bwh k...


Gambar nih aku ambik ms anak ak genap setahun..ms kat kuantan kat umah mentua aku...dia nih mmg lasak n suka sgt memanjat..so x heran sgt lah klu jatuh banyak kali dah...


NAMA ANAK: NURFATEHAH BINTI MOHD HAZLI
NAMA IBU: LAILA BINTI TONIE
TARIKH LAHIR ANAK: 11 MAC 2008

kat sini aku nak tag kat kengkawan yang ader blog even akupun x tahu diorang berminat..sbb semuanya bz2....tapi harap2 ye lah ek..

1.http://myrabeauty.blogspot.com
2.http://iswa-tonie.blogspot.com/


syarat²nya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Mesti jadi follower OurdreamsOfLife dan MyLittleWonder

3. Buat entry pasal GA ini dengan tajuk 'HAPPY BABY CONTEST'.

4. Letakkan sekeping gambar anak anda yang berumur di antara

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011
Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011,

beserta details seperti :
NAMA ANAK, NAMA IBU dan TARIKH LAHIR ANAK
dengan temanya 'HAPPY'..takmo gambar nangis²yek.

5. Copy dan letak gambar banner di atas di dalam entry anda bersama backlinknya (kalau nak letak kat sidebar pun boleh..tak diwajibkan).

6. Tag seberapa ramai kawan yang anda kehendaki (minimum 1 orang).

7. Boleh tinggalkan komen beserta link kat blog OurDreamsOfLife atau Contest .

8. Closing date : 17 Januari 2011 05.00pm.

9. Keputusan adalah muktamad.

Monday, January 10, 2011

Kenapa Memilih Api Neraka???

600 darjah celcius!

Ya! Itulah suhu udara panas yang melingkari perkampungan di persekitaran puncak Gunung Merapi. Demikianlah yang dilaporkan dalam akhbar Jakarta Globe yang saya beli di Lapangan Terbang Sokaerno Hatta, Jakarta pada subuh 7 November 2010 yang lepas...

Selepas lima hari melawati Bandung dan Jakarta dengan doa yang terpahat supaya ditunjukkan dengan hikmah dan kebesaran Allah s.w.t., saya sujud syukur kerana pulang dengan selamat selain memperoleh beberapa ibrah yang telah Allah berikan.

600 darjah celcius.... itu baru suhu gas yang dikeluarkan oleh Gunung Merapi. Malah ia dijangka mencapai 750 darjah celcius. Berapakah agaknya suhu api yang menggelegak di perut Gunung Merapi?

Suhu panas, gas beracun dan debu yang mengandungi silika, sulfur, metana dan lava yang menggelegak, semua itu menjadikan Gunug Merapi sangat menakutkan terutama bagi penduduk Yogyakarta yang seramai 400,000 orang. Yogyakarta hanya terletak 30km dari kawah Gunung Merapi dan Code River yang mengalir dari Gunung Merapi boleh membawa jutaan liter padu limpahan lava ke pertengahan bandar pelancongan itu.

Partikel debu gunung berapi pula tidak sama dengan debu biasa. Di bawah mikroskop, debu biasa berbentuk bulat, tetapi debu volkanik terpecah-pecah ibarat kaca pecah. Sebab itulah, sesiapa yang dimasuki debu volkanik akan mudah mendapat masalah pernafasan kerana sel dalam paru-paru mudah cedera dan rosak.

Kini Yogya semakin sepi. Semua orang takut akan ancaman Gunung Merapi. Takut dimasak hidup-hidup oleh udara panas dan lava Merapi. Terlalu panas. Terlalu mengerikan.

Ni'matnya Maksiat

Maksiat sememangnya terasa begitu ni'mat. Keseronokan melakukan maksiat memang tidak ada tolok tandingnya. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam konsert-konsert artis popular. Lihatlah di tepi pantai di malam hari, di dataran dan pusat membeli belah, di pub dan disko, dalam politik, di tempat kerja, di stadium bola... dan tak kurang juga maksiat yang dilakukan dalam lingkungan rumah sendiri: tv, radio, internet, sms & mms, sumbang mahram dll...

Di satu penjuru alam, masjid sepi, majlis ilmu sunyi, perkuburan dijauhi...

Panas Gunung Merapi tidak sama dengan api neraka. Baru disergah dengan debu dan gas, bercempiaran lari penduduk sekitarnya kerana takut apinya meletup sama.

Panas api neraka menyamai 70 kali api di dunia. Tetapi tidak pula Allah percikkan biar setitis pun api neraka di saat kita melakukan maksiat dan kemungkaran kepada-Nya. Betapa Allah s.w.t. Maha Pengasih memberi ruang untuk kita analisis diri dan bertaubat.

Apakah kita mahu menunggu Allah s.w.t. tunjukkan ancaman kedahsyatan api neraka maka pada saat itu baru mahu bertaubat? Pada hari tidak ada perlindungan melainkan perlindungan-Nya, hanya orang yang semasa di dunia memilih untuk berdamping dan berkasih-kasihan dengan-Nya sahaja yang layak untuk memohon perlindungan.

Ya Tawwab, Ya Tawwab... terimalah taubat kami.