Sunday, July 31, 2011

Putrajaya

Lama dah x update blog aku nih..maklumlah berjalan xde lah nak bw lappy jenjalan gak.Lagipun leceh.hihih Nak share cite last week kitorang sekeluarga g KL...jenguk akak ipar (akak husband) aku.Saje jenjalan disamping nak jenguk dia sbb dia duduk sorang n x sihat.Kebetulan masa yang sama akak aku pulak bersalin anak ke2 kat seks 6 S.Alam.So boleh lah satu tujuan kan???Mula2 dari Melaka ke s.alam n terus ke KL...umah akak ipar aku tuh.Pastu pulak g umah adik ipar (adik husband) kat Putrajaya.Sempat gak ambik gambar kenangan..tuk anak jelah...Yang jadi seriau nak jalan2 ngan anak nh sbb kaki dia nih mcm lipas kudung...silap2 leh hilang sekelip mata..Bila dh hilang tahu2 je lah, rasa mcm darah benti je kat kepala n seluruh badan...serik2...

Tengok lah pic yang aku ambik sepanjang cuti2 ku..











Friday, July 22, 2011

KEK LAPIS HOLIDAY INN

assalammualaikum...lama dah tak update story kat blog nih.Malas yea jugak xde apa nak cite pun yea jugak.Ari ni  tak tahu tiba-tiba lak terasa nak buat kek.Bukan kek harijadi or kek span...tapi kek lapis sarawak.Mungkin dah biasa orang dengar kek lapis sarawak tapi tak semua kek sarawak ada jual kat pasaran.Ada yang hanya orang buat tuk makan bila raya aje.Sebabnya???kos yang mahal n kek yang banyak menggunakan benda-benda mahal seperti horlick, milo, srikaya dan nestle cream, browning sugar.E2 contoh-contoh bahan yang mungkin  tak familiar bagi orang yang tak mengetahui cara membuat kek lapis nih..


Aku pun bukan lah pandai sangat dalam bab-bab buat kek nih.Setakat kek lapis kukus n lapis simple2 tu tahu lah sikit-sikit.Tapi yang banyak kali lapis, potong n lapis balik tuk, aku rasa baik aku beli je kot.Leceh n perlukan banyak masa.Makannya sekejapan je..kan3??

Berbalik cite aktiviti aku ari nih..1st ak buat popia gulung n popia simpul dengan serunding ikan bilik mak sedara hubby bagi.Lama jugak nak buat tapi asyik terlupa je nak beli kulit popia tuh.Hari nih mmg keluar rumah just tuk beli bahan tuk wat kek n kulit popia tuh.So xde lah lupa lagi.

Ini lah kek lapis holiday inn aku...





Friday, July 15, 2011

Suke-Suke

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4   ) soalan dan satu soalan bonus.  Anda perlu menjawab dengan pantas.   Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
 



Ready? GO!!!  (lihat bawah)
  
Soalan Pertama:  

A
nda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?  

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan:
  Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.  Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan  ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK  ?
  
Soalan Kedua:
J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)  

Jawapan:
 Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi...  Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..haha… anda masih kurang bijak…

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga:

S
oalan kira-kira bermuslihat!  Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja  . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira.  Cuba lah...


Ambil 1000  dan campur 40 .  Sekarang campur lagi 1000
.   Campur lagi 30  .... Campur lagi 1000  . Campur lagi   20 ... Campur lagi 1000  . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?  

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..
  
Adakah jawapan anda 5000  ?


Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!  Mungkin ini bukan hari anda kan?  Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:
 

Bapa Mary ada  seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya  yang terakhir?


Adakah jawapan anda  Nunu? Salah!  sudah tentu Salah.
Namanya
Mary.   Baca semula soalan!  

Okay, cuba jawab soalan bonus:
 

S
orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
  


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.
 

Selamat bergembira...!! 

Bosan

Hari ni aku bangun awal sebab suami nak g bertolak ke Termeloh.Ada pertandingan memancing Company buat.Siap bawa segala joran-joran dia.Takpe lah dh minat dia kan.Lagipun dah lama juga tak tengok dia kuar rumah bawa pancing.Kalau off pun bawa anak jalan-jalan je.Kalau dulu balik keje memancing, off day xyah cakap lah kan...sesudah subuh dh kuar.E2 lah orang cakap kalau dh minat.So, sebagai isteri aku just biarkan je.Lagipun dia pun x kisah aku nak buat apa tuk diri aku..hehehe

Anak dara aku yang dua orang tu tak bangun tdo lagi.Yang sulung tuh memang bangun lambat hari2.Tambahan semalam kenyang sangat makan sate, nyenyak pun lain macam lah.Aku jugak yang x boleh nak tdo balik pas bangun.Dah siap pun cuci baju, n kemas dapur.Just tunggu anak ke2 bangun, mandikan n boleh lah layan dia plak...heheeee

Wednesday, July 13, 2011

Mengantuk Teramat

Lucu pulak bila tengok muka anak kedua ku ni...Ngantuk sangat sebab dibangunkan awal sebab nak ajak pegi Jaya Jusco.Nak bawa berjalan pagi-pagi,Dah tengahari panas pulak, jam satu hal.Kuar awal senang, nak parking senang, jalan tak sesak dan nak beli barang pun x yah nak que panjang...

 dah macam mak nenek je tdo...hihi



 ngantuk2 pun masih lagi nak tengok akak dia menyusu...akak dia pun  dh pandai duduk belakan tolong tengokkan adik dia while mak dia tgh drive..Senan sikit keje..Sekarang dah boleh nak bawa g mana2 pun even husband xde..

Friday, July 8, 2011

Baju Kurung Pertama Anakku

Ni cite lama x lama...sejak beli mesin jahit.try jahit baju kurung raya anak..nak tengok reslut???? tarrrrrrrrrrrrrrrraaaaaa anak aku suka sgt pakai even bukan raya lagi..lagipun smepat jahit je..x sempat nak siapkan manik2 lagi.Nak tengok manik2..tnggu upload dekat2 nak raya nnti...hehhe


TINDIK TELINGA

Ari nih genap dh 4 bulan 6 hari usia anak ke2 ku.Masa 2 bulan ari tuh aku dh sempurnakan bersunat untuk dia.Dan hari nih lak aku siap dan berjaya menindikkan tellinga nya.Bukan aku tindik k..doktor yang tindikkan.So pasnih sng sikit keje aku.Tak yah nak pikir bila nak tindik2 lagi.Si kakak pun umur 6 bulan tindik.Tapi buas ms kecik ngan dh pandai merangkak banyak bezanya.Lagipun sementara belum makan apa2 lagi makanan, so elok sikit lah tindik supaya cepat baik.Kulit masih muda katakan...ko rang tengoklah muka dia kepenatan lepas menangis ditindik..heheheh

Thursday, July 7, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Nama : laila binti Tonie
Alamat: 9013A Jalan Alai, Kampung Alai, 75460 Melaka
No HP : 013-6477305 /06-2696164
Kategori: Bersalin normal
Tarikh Lahir Anak : 2/3/2011

Assalamualaikum...1st of all nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab berani mencuba masuk peraduan nih even ilmu and pengalaman baru setahun jagung..Bak kata orang masih merangkak2 lagi dalam dunia penyusuan dan masih banyak lagi ilmu nak dicarik dan dituntut.Apapun e2lah namanya usaha dan 'practice make perfect'.

Berdasarkan pengalaman dari kelahiran anak pertama..even anak pertama membesar seperti kanak-kanak lain.Naluri keibuan ku masih merasa bersalah kerana mensia-siakan rezeki yang Allah dah tentukan untuknya dulu "susu ibu".Bertuahkan setiap anak yang lahir dengan siap pakej 'susu ibu'.Betapa besarNya kudrat Allah untuk setiap manusia.Dari lahir je rezeki dah ada apatah lagi dah besar..betul x???

Anak pertama sempat disusukan hanya 4 bulan.Dengan kerja shift (dulu keje hotel),so nak menyusukan dan memerah susu jadi satu isu dan masalah jugak.Tambahan ilmu penyusuan pun sangat-sangat cetek.Ditambah lagi dengan pengasuh yang mengasuh lagi.Nak jadikan cite, ms lahir anak memamg x cukup susu.Lahir dengan berat 4.1kg secara normal.....mungkin sesuatu yang amat mengejutkan bukan?Tapi alhamdulillah dua kali teran bayi keluar dengan sempurna dan sihat.Malah pandai hisap susu ibunya..hehehehe that my 1st experience ever after.

Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)

Susu yang terlalu sedikit tuk bayi yang boleh dikatakan agak besar, of coz ia amat2 merunsingkan hati.Perubahan jadual tido sebelum ada anak n bila ada anak juga turut menimbulkan masalah besar masa tuh.Maklumlah aku nih mmg kuat tdo.Kalau bagi duit suh berjalan pun aku lebih rela tdo...hihih melampau kan.Tapi bila dh ada anak, ambik ms gak semua tu nak kena adapt.Aku berjaya jugak.

Aapa yang melucukan aku ms tengah berpantang tu, dengan kurangnya ilmu penyusuan.Maksud aku cara2 nak menambahkan susu n menyimpan susu.mak mentua siap suh aku buat gabus jadi rantai.Konon e2 petua nak banyakkan air susu.Mungkin Agak berjaya jugak sbb ms tu anak aku tuh kenyang je pas hisap susu, tapi selang sejam aku kena nyusu balik...(kenyang ke mcm tu)Apapun alhamdulillah habis tempoh berpantang 2 bulan aku bagi full breastfeeding ngan anak aku.Tapi bila hantar umah pengasuh, pengasuh lak suh aku bagi susu fm, sbb dia x reti nak panaskan susu dan takut salah lah, akupun fikir singakt gak, so bagilah susu enfalac...tapi malam aku still bagi susu badan ok...

Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah Sokongan yang diperolehi

2/3/11 anak aku kedua lahir..dan kali nih aku dh nekad ngan suami aku akan bagi susu badan sepenuhnya.Xnak jadi jahil macam yang 1st dulu..dengan gabus jadi rantai lagi.Kalau cite ngan kawan2 aku ...mmg wat gelak diorang je.Alhamdulillah skrg dh 4 bulan anak ke2 aku.Dengan berkat ilmu dr Fb kawan2 yang menyusukan anak dan gambar2 penyusuan, susu perahan yang berlamak2 diorang upload menambahkan lagi semangat aku.Dan skrg aku rasa aku sangat2 berbangga sbb menyusukan anak dengan susu ibu...supaya dia akan menjadi anak yang solehah..amin

Sekarang menyusu kat public pun aku x rasa ralat sangat sbb nyer aku dh siapkan nursing cover ala2 apron g2.Hasil tangan aku sendiri.Siap beli mesin jahit lagi konon nak sng nak menyiapkan apa2 keperluan anak...seperti nursing cover, barut gantung..e2 konon je..yang selebihnya...heheheheh nak luangkan masa yang banyak kat umah...:)

Setiap kali menyusu anak..aku akan ambik gambar.Sebab??? nak dijadikan kenangan yang xkan boleh beli kat mana2.Lagi2 bila dah tua.Anak2 boleh tengok betapa kita sayangkan 'rezeki' tuhan bagi tuk dia.Tak nak sia2 kan macam tu je.Bagi ibu-ibu yang belum ader rezeki melahirkan anak, menyusukan anak...aku doakan korang semua akan dapat mengalami pengalaman bermakna x ternilai ini suatu hari nanti..

Gambar berkaitan penyusuan


ni pic NIP


antara lain barangan untuk penyusuan yang aku beli...excited nak mulakan penyusuan ..

Wednesday, July 6, 2011

Step 3: Menelentang

2hari lepas dh genap 4 bulan anak perempuan aku.Alhamdulillah dia dh pandai menelentang...umur 3 bulan lagi dh pandai meniarap.Cepat plak rasa masa berlalu.Apapun asalkan anak sihat dan tak banyak masalah...syukur alhamdulillah.