Friday, September 30, 2011

Siapakah wanita cantik itu ?

♥ Dia melukis kekuatan melalui masalah.
♥ Dia tersenyum saat tertekan.
♥ Dia tertawa saat hati sedang menangis.
... ... ♥ Dia tabah saat dihina.
♥ Dia mempersona kerana memaafkan.
♥ Dia mengasihi tanpa balasan.
♥ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.

Jadilah wanita cantik itu . .

Biarlah Kesudahan Kita dan Dia di Syurga

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.

Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.

Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.

Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.

Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.

Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.

Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.

Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.

Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.

Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.

Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.

Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.

Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.

Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.

Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.

Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.

Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.

Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.

Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.

Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.

Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.

Mempunyai peranan.

Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.

Banyak versi dan variasi.

Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.

Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.

Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.

Dia hamba, kita juga hamba.

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

Thursday, September 15, 2011

Dugaan Hidup

Kehidupan mematangkan kita. Ranjau dunia yang perit serta memori indah yang tersulam merupakan suatu momentum dari Ilahi bagi membersihkan insan daripada segala kelemahan diri.

Setiap perkara yang terjadi, bersamanya ada hikmah yang tersembunyi. Hukamak ada berkata, semakin lambat seseorang insan itu redha atas takdir yang terjadi, maka semakin lambatlah mata hati dapat menyingkap hikmah yang tersirat.

Ahli sufi ada berbicara, semakin tinggi maqam (darjat) seseorang insan menurut Tuhannya, justeru semakin tinggilah dugaan hidup yang ditempuhnya.

Tatkala kita diuji dengan berbagai-bagai onak cabaran yang memeritkan, ingatlah bahawa Allah itu ada. Dia menguji kita supaya dapat memastikan adakah kita seorang hamba yang penyabar serta redha, atau sebaliknya.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..." [Surah al-Baqarah, 2:186]

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun." [Surah al-Mulk, 67:2]

Kadangkala rencah musibah yang menggoncangkan jiwa bagai dirasa sekadar sia-sia. Namun begitu, ingatlah teman bahawa seorang Muslim tidak akan merasa rugi lantaran janji-janji yang telah terpateri.

"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]

Persis seorang pelajar cemerlang yang gigih menahan segala dugaan demi manggapai segulung kejayaan, begitu juga kehidupan sebagai pertempuran antara nafsu dan Iman. Kesukaran yang melanda memerlukan dominasi Iman yang optimum lantas ligat merencana formasi kesabaran demi manggapai kemuliaan khalifah di muka bumi Allah.

Allah yang Maha Bijaksana sengaja menyembunyikan khazanah kemuliaan amalan Iman dari mata kasar insan agar hanya barisan yang menyemat komitmen yang jitu layak diuji bagi melayakkan pengurniaan darjat yang lebih tinggi diberi.

Solusi kerungsingan yang dirasai sebenarnya bermula dari dalam diri. Ibarat dalam huru-hara kancah peperangan, laskar yang tidak berfikiran tenang akan sukar merangka strategi serangan balas malah tindak-tanduknya akan terburu-buru lalu kemungkinan maut baginya adalah hampir. Redha dan sabar merupakan aset seorang Muslim tatkala mengharungi pancaroba duniawi.

"Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya." [HR Tarmizi]

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [Surah Ali Imran:139]

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah:152-153]

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghapuskan kesusahan." [Surah al-Naml :62]

"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjik hidayat-Nya." [Surah al-Baqarah: 156-157]

Dugaan adalah peringatan. Saat mentaliti leka dek hempasan halusinasi duniawi, dugaan adalah ayat-ayat Tuhan yang mengingatkan hakikat kehidupan duniawi adalah demi ukhrawi. Musibah selaku pengikis dosa menyucikan insan daripada khilaf agar ia termaaf.

Usah risau andai tandusnya nikmat, tetapi risaulah jika hidup seakan-akan istidraj. Semoga perkongsian yang sedikit ini adalah saham Akhiratku yang kekal.

Wednesday, September 14, 2011

walker pertama

nothing special pun ari nih..rutin macam ari2 biasa.Bangun pagi kemas rumah, cek mail n siapkan anak.X lupa masak tuk si kecik n si kakak.Ari nih aku g beli walker tuk anak ke2 aku.Si kakak x pernah guna pun dulu sbb xde masalah bila letak dlm playpen.Si adik plak yang kuat merangkak n sangat pantas bergerak.Pendek kata xleh nak tinggal macam tu je, mesti nak ikut belakang.Masuk dalam playpen menangis plak.So belikan je lah walker, senang sikit keje aku.

Lain anak lain perangai dan kerenah.Yang kedua nih manja n dah pandai kenal orang even br 6 bulan.Kalau pakai tudung lagi ler...terus menangis nak ngikut.macam2 ragam budak kan???

Tuesday, September 13, 2011

Diet untuk Golongan Darah 'O'

n3 kali nih aku just nak share info diet tuk sapa2 yang berdarah 'O' macam aku n suami aku...makanan apa yang boleh, banyak n perlu dikurangkan n x perlu makan langsung.Bagi sesiapa yang kebetulan darah sama jenis ngan kitorang leh lah tengok info ni...

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
* Mudah mengadaptasi berbagai makanan
* Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
* Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
* Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Monday, September 12, 2011

injection 6 bulan

ari nih 6 bulan 10 hari dah anak ke2 aku.Baru nak g injection tuk 6 bulan nyer.Lambat sebab baru balik dr kuantan.Nak inject kat sana buku pulak tertinggal..yang bestnya nurse2 pelatih yang membantu aku di wad ms melahirkan anak aku tu bulan 3 lepas tengah buat training kat Pusat Perbidanan aku cek-up anak aku nih.Tak sangka pulak diorang kenal lagi kat aku...Yang paling aku x leh lupa nurse baba sorang nih..punyer lah baik ms aku kat wad...kejap2 datang tanya aku nak apa...yang melayu pun baik jugak..cuma yang nih care sangat even habis shift pun siap lagi bagitahu aku...thanks yea misi2...

anak aku lak baru masuk 6 bulan ...dah pandai duduk tanpa sokongan sendiri dan berdiri sendiri...Cepat sikit dari akak dia.Akak dia duduk masa 7 bulan..berdiri sendiri ms 8 bulan..harap2 kesihatan dan perkembangan nya sempurna,...amin

Sunday, September 11, 2011

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

- Artikel iluvislam.com

6 bulan dah theya

sekejap je masa berlalu, raya pun dh masuk hari ke 12, anak kedua aku lak dh masuk 6 bulan 2/9 ari tuh.Gembira sangat sebab dalam usia yang masih baru beberapa bulan dia dh boleh duduk dengan sendiri even berdiri sendiri..benjol x yah cakap lah kat dahi.Memang hilang tumbuh berganti.Mana tak nya...baru je hilang..berdiri n lepaskan tangan.Tak sedar diri betol..Sekarang tengah jinakkan dia ngan makanan pertama..Semoga dia terus membesar dengan cepat dan sihat..Alahamdulillah.Terima kasih Ya Allah