Monday, July 30, 2012

6 perkara Allah sembunyikan

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sunday, July 29, 2012

Cat Rumah

Tiba masa tuk pilih cat tuk rumah lak.Kalau tanya aku mesti lah aku nak warna ikut my febret kan..HIJAU cuma sekarang hanya boleh satu warna je sebab budget tak cukup nak beli banyak-banyak tone warna.Apa yang mampu je dulu kan???

 ni contoh warna-warna yang ada dalam koleksi kedai, cuma nyer tak leh nak bawak balik tuk kita nk wat experimen...huhuhu


 nih lh antara warna-warna yang aku pilih, rambang mata tengok semua warna cantik-cantik.So aku fokus warna hijau je..no other colour k..



Thursday, July 26, 2012

Tukar tali jam tangan

Dah dekat sebulan aku nyer jam tangan habis bateri.Ini lah akibatnya bila kerja asyik bertangguh, kompem xjadi.Ari nih pas ambik tehah balik sekolah aku terus carik kedai jam yang terdekat kat Duyung..malas nak pergi bandar lagipun facilities dh ader yang dekat watper nak g jauh2 kan.Salah satu faktor bila nak beli rumah dulu pun sebab semua benda dekat...kedai makan, kedai runcit, pasar malam, pasar ramadhan, pos ofis, klinik..semua x sampai 1km dri rumah..tak dekat nama nya tuh..malas ngan rajin je.

Plan nak tukar bateri jam je.Tapi memandangkan tali jam pun dah longgar dan amoi tu bagitahu kalau nak buang caj mahal sikit..so aku decide tukar tali terus.Itu maknanya tangan aku dah kecut..yea2..hihihi sebelum nih kembang sikit..tapi perut still ader bekas menggeleber..tapi xde sampai melampau..

lama aku pakai jam nih..dari tahun 2005 x silap..memang berbaloi beli BUM nih..ada gak plan nak beli jam baru tapi macam membazir je.Kalau dah nazk yang nih baru aku beli baru..

Wednesday, July 25, 2012

Puasa ke5

Tak terasa dh 5 hari dh kita berpuasa even aku baru sempat pose 3 hari..kikikikiki 

Ari nih aku beli tikar tuk ruang tamu ke2.Hubby cakap tak nak guna kapet.So kebetulan bekas pengasuh anak sulung aku datang rumah hantar baju raya dh siap..yeaaaa excited nak balik kampung....aku bagi je lah satu kapet tuk dia.Yang satu lagi sayang lak nak bagi, tapi kalau tak bagi nak wat per menyemak kan???Dah lah baru ambik dari dobi..rm50 kena tu satu kaper..bapak besar x besar??

Ari nih jugak dapat tempahan biskut lagi plus kek lapis sekali.Alhamdulillah.I'Allah hujung minggu nih start buat biskut, so next week aku nak wat kek lapis tuk tempahan dan tuk aku bawak balik kampung...

mata pun layu je nih, ngantuk dan penat menguruskan rumah..x habis-habis mengemas...sok2 aku sambung lagi..

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4

Baru masuk pose ke 4, aku lak isytiharkan cuti umum tuk diri sendiri.Apa tak nya bila bendera merah melanda...yang perempuan mesti faham kan..yang lelaki lak xyah nak faham kalau x faham..Tapi still bangun sahur teman hubby.Yang bestnya bangun subuh baru tahu aku xleh pose lak..

Ari nih banyak sangat benda yang tak disangka.First pasal cuti aku tuh, second pasal kete aku.Bangun pagi-pagi seperti biasa lah rutin aku, nak hantar anak pegi sekolah.Alih-alih bila nak start kete bateri kong lak.Terpaksa kol hubby dan cikgu sekolah bagitahu anak tak sekolah ari nih.Rehat tengahari hubby balik pergi bawa bateri kedei kete tuk beli bateri lain.Yelah dah guna setaun lebih, 3 bulan lagi genap 2 tahun.Patut lah semalam masa hantar anak alarm on off je bila aku nak start kete.Nasib baik ok lagi masa tuh.Buat hal kat umah xper lah kan...

Ari nih aku beli barang dapur sikit, pastu vacuum satu rumah, lap dinding dan undercoat dinding yang tak siap-siap lagi.Penat dengan puasa dan menyusu anak.tapi dah cuti2 macam nih..semua keje rela ku buat sebab bila haus je aku leh minum..hihihi

Puasa ke 3

Selamat menghabiskan puasa ke 3 ari ni even tekak asyik kering je.Tapi kesabaran itu penting.Ada ganjaran kan...alhamdulillah...ari nih aku masak ayam masak merah ngan sayur terung je.Cukupla tuk berbuka..banyak makanan x termakan membazir lak kan.

Malam pulak kitorang kuar pergi klinik bawa budak-budak nih cek doktor tentang gatal-gatal yang melanda kitorang.Doktor cakap akibat hama kucing.Ubat dah bagi so try tengok dalam seminggu, tapi apapun barang-barang yang berbentuk span seperti tilam or kerusi span semua kena buang or bakar...

Sunday, July 22, 2012

2 ramadhan

Alhamdulillah dah 2 hari berpuasa ari nih.Syukur sebab masih lagi bernyawa.Terasa nikmat puasa tahun nih..Hubby pun dah makin rajin pergi jemaah kat surau...alhamdulillah syukur...

Ari nih aku berbuka dengan mee laksa sarawak je.Dari ari tu teringin nak makan.Ari nih baru rasa nak buat.Tak tahu kenapa kebelakangan nih suka sangat dengan makanan bersantan.Bukan ader 'isi' k...tekak buat hal nak makanan benda lain pulak.Balik kampung lain pulak cerita nya kan..lagi macam-macam benda nak makan dan nak wat stok balik sini..kikikik


tak sbar nak balik kampung beraya n x sabar nak puaskan tekak aku nih dengan makanan kampung ku..apapun sabar....

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Datang Lagi

Sedar tak sedar menjelma lagi ramadhan al-mubarak.Syukur atas pinjaman nyawa lagi tuk mengharungi ibadah puasa tahun ni.Dan bersyukur sebab tahun nih tahun ke 5 aku sambut ramadhan bersama suami.The best thing is, tahun nih aku beraya di rumah baru, rumah sendiri..alhamdulillah ..hanya pada Dia aku panjatkan kesyukuran.Dan hanya pada Dia juga aku berserah atas ujian dan dugaan dunia..

Buat semua kengkawan, kuarga dan sahabat yang masih mengenali dan menghargai ikatan persahabatan ini..selamat menunaikan ibadah puasa dan sama-samalah kita rebut untuk mengisi setiap ruang masa dengan ibadah tahun nih..aminnnnnnnnnnnn

Wednesday, July 18, 2012

Jam dinding

Ari nih banyak sangat benda nak settle, bukan kat luar tapi kat umah je.Nak undercoatkan dinding, nak basuh cadar n sarung-sarung bantal, vacuum kapet....masak n sapu pantau kegatalan anak-anak.Nak kena sapu ubat memanjang.Sampai sekarang tak tahu kenapa asyik gatal-gatal.Nak tido malam makin menjadi-jadi gatal..Nak tido pun pikir anak dulu.Nak kejutkan hubby pun kesian gak sebab esok dia nak bangun awal pergi keje.

Tapi dalam sibuk-sibuk pun sempat lagi aku nak ber decoupage..ari nih aku deco kan jam dinding umah aku.Actually aku dh deco kan satu jam nih tapi rosak lak..hampeh buang masa aku je..so aku deco kan satu lagi..hihii

gambar ni kabur sikit sebab ambik tergesa-gesa takut anak bangun..

Tuesday, July 17, 2012

Periuk Nasi

Apa lagi nak buat bila masuk rumah baru...mengemas, mengems dan mengemas..hari-hari kena mop lantai, cuci apa yang patut, lap apa yang kotor..penat tapi berbaloi sebab rumah sendiri..Alhamdulillah ...akhirnya rezeki itu sampai even lambat dari kengkawan yang lain.Aku benar-benar bersyukur...

Semalam, ni hasil keje aku..tak tau nak wat per lagi.Nampak macam tak seragam je bila barang-barang elektrik tak sama warna..so aku wat kelainan...



Just tampal tisu je pun..n varnish..hehehee ok lah ..nampak lain sikit dr yang lain..

Sunday, July 15, 2012

Kapet dan toto dh siap cuci

Pagi-pagi lagi kedai dobi dah kol bagitahu kapet dh siap..itupun setelah 2 minggu lagi nak raya, mestilah ramai yang nak hantar kapet tuk cuci kan..actually kapet nih ada 2..aku hantar satu je dulu sebab mmg x pernah guna sebab malas nak bukak..so satu lagi on the way..tak tahu nak letak mana pun kalau pas cuci..paling takpun masuk plastik je.Kecuali kalau aku rajin nak letak dalam bilik tido aku..wahhhhhhhhhhh dah macam apa tah bilik tido pun nak berkapet..kikikikiik


Terima kasih tuk makcik n pakcik dobi yang sudi hantar kapet n toto aku.Dah alang-alang sampai umah, aku forward lagi satu toto aku..sebab anak aku muntah semalam...harap2 pasnih semua dalam plastik sebab memang tak guna pun kecuali kalau kuarga mentua atau adik beradik aku datang je..

Friday, July 13, 2012

Bosan tapi Malas

Ari nih terlajak lak subuh..selalu hubby bangun kol 6 aku akan sedar even dia tak kejut pun.Tapi ari nih aku le tak sedar.Bangun-bangun (itupun sebab jam loceng bunyi) dah kol 7 dan mestilah masa tuk siapkan anak tuk pergi sekolah.Hujan pulak tuh...leceh nyer aiii...kete lak kat luar..huhuu tapi nasib baik tehah senang lak bangun ari ni..aku suh dia mandi sendiri dan aku lak solat subuh.Lepas tu baru jenguk dia dalam bilik air.

Dah besar dah anak dara aku nih..tak lama lagi boleh ler tolong aku masak-masak..kikikikiki cepatnya masa berlalu, umur pun dah makin meningkat, kedut pun dh banyak timbul..takperlah, mati tak kak kira muda atau tua kan..jaga seadanya je..yang penting hepi...

Taman aku buat kenduri arwah petang ni.Masa aku tenga taip nih diorang dah masing-masing kuar pergi menolong apa yang patut.Aku memang dah cakap awal-awal takleh nak membantu sebab ada budak kecik.Diorang pun faham, cuma kalau leh nak lah jugak jenguk muka je kan...apapun duit dah diorang nak aku dah bagi..menunaikan tanggungjawab sebagai kejiranan yang bermuafakat..kahkahkakah..

oklah, malas nak membebel panjang lebar.Tengah pikir macam mana nak kemas uma lagi ni.Hubby punyer barang melambak lagi tak kemas.Kemas barang-barang dia dan para tuk simpan barang dh siap pasang annti baru leh tarik nafas lega sikit.Frame ayat 4qul aku pun tak gantung-gantung lagi ...balik pun dah malam takkan nak drill malam-malam kan, kang ganggu jiran pulak..ermmmmmmm sabar je lah

Thursday, July 12, 2012

Renew lesen

Dah masuk bulan 7 ada 2 benda nak kena ingat.1at renew rotax  motor hubby n 2nd renew lesen...eh2 ada satu lagi..renew jcard member...tapi e2 hujung bulan.Apapun dh settle dh yang mana nak diperbaharui..tapi yang bestnyer skrg nih lesen memandu tamat tempoh ikut harijadi kita lak..that mean sepatutnya tahun depan bulan 7 aku nyer lesen tamat tempoh dianjak ke bulan januari 2014..

Saturday, July 7, 2012

Berkenalan dengan jiran

Da genap seminggu aku duduk umah baru nih..bukan rumah baru siap k..umah lama tapi baru kitorang duduk..heheheheh Kebetulan ari nih jiran ada buat makan-makan sambut harijadi cucu dia, jemput kitorang sekali.Dah nama jiran kan, kena lah pergi...kalau dulu boleh je kalau orang jemput buat tak tahu je, sekarang xbole h dah ler..huhu makan free ..hihi

sabtu depan lak taman nih nak wat sambutan awal ramadhan lak..so kena tong2 sikit2 sorang duit..masak ramai-ramai pastu bagi ruma ke rumah makanan tu sikit sorang.Bukan apa, nak mengeratkan silaturrahim je.Kalau nak pikir duit tu boleh je beli lagi banyak makanan dr bayar diorang tapi dpt sikit kan..tapi janji ikhlas..best sebenarnya bila duduk dalam taman macam nih..kadang-kadang ada ler yang x selesa..nama pun manusia, buat baik mengata, buat jahat apatah lagi..janji kita ikut yang mana betul je..lain-lain buat dont know je lah k...hehee

Friday, July 6, 2012

Hanging Rack

Baru sempat siapkan decoupage hanging rack nih setelah penat berpindah rumah..



Fatehah O Fatehah

Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita kan?Tak terasa aku dah 5 tahun mengharungi alam rumahtangga dengan kehadiran 2 putri yang melengkapkan kehidupan ku sebagai seorang isteri dan ibu.Dan ari nih aku tergelak dan tersenyum sendiri melihat gambar anak sulung aku memakai baju doktor.Nothing much actully tapi naluri keibuan ku tersentuh...

 yang ni gambar siap frame mati..so boleh lap dgn sng..hihi

 yang nih pic passport.

yang nih gambar kelas dia..yang mana satu dia???barisan kedua dari depan belah kanan sekali...gambar kurang memuaskan sebab guna hp je

Thursday, July 5, 2012

Demam

Ari nih adalah ari yang aku rasa tahap kemalasann aku ditahap yang maksima.Mana taknya, dah lah anak tak pergi sekolah sebab hujan, hubby lak x pegi keje sebab demam.Aku lak boleh sambung tido ingat kan hujan panjang ler sampai kol 9 ke..alih2 aku bangun kol 7.45 hujan dh benti...sian pulak tengok anak tak sekolah.Siap masuk bilik kejut aku bagitahu suh mandikan dia.sori sayang...

Bangun tido kol 10 terus siap2 nak pegi klinik.Hubby nak ambik MC n at the same time aku nak pegi mintak ubat gatal.Badan aku habis gatal-gatal takde sebab..garu sikit pun terus naik bintik2..sakit pulak tuh..yang paling tak leh tahan, balik umah terus makan ubat terus tertido sampai kol 5..memang tak boleh nak bukak langsung mata.Mengantuk giler ubat doktor tu bagi.Sampai aku terlajak solat zohor...bangun-bangun terus solat asar dan qada solat zohor...huhuhu apalah nasib aku ari nih kemalasan melampau


Wednesday, July 4, 2012

Peyangkut Dinding

Pagi-pagi dh hujan..sejuk je nak menaip kat sini.Tido lagi bagus kan?tapi apakan daya mata ku ini takleh nak lelah selagi rumah tak siap kemas.Nak menukang drill takder..kalau ada memang aku pakukan semua  kat dinding..kikikikiki

Semalam aku masak sikit je cukup-cukup tuk aku ngan anak aku makan.Ingatkan hubby balik lambat sebab dia kol bagitahu maybe balik lambat.Tapi dia balik awal lak.Awal tak awal dalam kol 7 jugak..Awal lah bagi aku kan.Sebab biasa dia balik kol 11 malam ..:)

Pastu dia cakap nak ajak g pasar malam beli barang makan, akupun ikut jelah..aku drive sebab dia x larat.Sian..huhuh pada masa sama nak beli barang-barang tuk rumah sekali.Aku sempat beli penyangkut nih je..







cantik tak???tengok terus beli tapi tak tahu nak gantung apa.sebab kalau leh aku memang tak nak gantung apa-apa kat dinding dapur especially barang-barang yang guna hari-hari.lainlah tuk gantung hiasan kan???tapi xper..nanti aku beli hiasan dapur tuk gantung guna penyangkut nih..

Tuesday, July 3, 2012

Rasa Nak Demam

Ari nih dah masuk 3 ari duduk umah sendiri..dah beli kan even x habis bayar lagi dh kira umah sendiri kan???penat nya nak mengemas rumah..Rasa macam sebulan pun tak abis kemas...Hubby lak keje, terpaksa wat sorang-sorang slow-slow.Mana dengan anak lagi, kemas umah lagi, basuh baju, masak...huhuhuhu sakit-sakit badan dibuatnya.Semalam hubby balik dekat kol 2 pagi, so kitorang tido dulu la jawabnya.Yang sulung dah ok tido bilik sendiri even kadang-kadang risau nak tinggalkan dia sorang-sorang, tapi takper, kita serahkan Yang Esa atas keselamatannya..ok x macam tuh???

Bangun pagi tadi sakit tekak yang amat sangat, nasib baik ada ubat batuk ibu dan anak, minum jelah..tak leh nak demam dalam situasi macam nih.Kejap lagi nak pegi ambik anak balik sekolah lak.Nak masak lagi, mandikan dia n pastu boleh tido.Relex sikit bila dah diorang dah kenyang dan tdo.

Kalau sakit tekak x baik jugak kena pegi jumpa doktor lah jawabnya, sore dah 2 hari xde nih..sakit tekak lagi, plus batuk..sian anak-anak nanti kalau ibu demam..huhuhu

Monday, July 2, 2012

Pindah Rumah


Lama nyer tak update blog..langsung takde masa nak bukak komp lama.Nak packing barang-barang melambak jugak rupanya.nampak macam tak banyak barang tapi bila dh siap-siap packing 4 kali juak lori angkut.Tapi alhamdulillah syukur sebab semuanya dah selamat.So sekarang keje mengemas pulak...yang nih memang makan masa jugak ler ..barang bukan sikit.Tapi nasib baik barang-barang dapur semua dh selamat masuk dalam kabinet.So balance barang-barang keje my hubby je lagi.yang tu nanti dia settlekan sebab nak masuk dalam kabinet tools dia..

Ari nih plan nak menggantung hiasan-hiasan dinding kat umah..ada 3 kotak..so tinggal sikit je lah lagi nak kemas..bilik aku ngan anak sulung aku dah kemas...semalam dah start tido sendiri even banyak kali jugak nangis nak tido ngan ibu.Kena pandai pujuk, kalau tak memang x makan saman..Alhamdulillah sampai pagi jugak tido sendiri...

 yang nih 2nd living hall menghala ke dapur, semak lagi..meja makan pun x alih ke belakang lagi.
yang nih bilik anak sulung aku..fatehah...
 yang nih plak bilik tetamu tetapi dijadikan markas sementara
 yang nih kabinet dapur..semua barang-barang d siap masuk cuma ada sikit je lagi
yang ni 2nd living hall..barang-barang nih akan dipunggah ke luar..take time lagi sebab penat weyyy