Friday, August 10, 2012

Daiso lagi

Selasa lepas pergi Jusco sebab adik ipar aku nih nak makan aiskrim baskin robin, kebetulan esoknya (rabu) baskin robin bagi aiskrim free dari kol 8-10 malam sempena menghargai Datuk Lee Chong wey yang dapat pingat pertama tuk Malaysia dalam sukan olympik.Aku pun ambik kesempatan pergi Daiso..banyak barang yang aku suka ada kat sini..tapi takleh nak beli banyak-banyak sekali even rega dia semua rm5... so aku ambik benda ni je..

sudu kayu ni tuk makan madu...sebab madu akan kurang khasiat bila kita guna sudu plastik or sudu besi..yang nih info aku dapat dari '5 rencah 5 rasa' heeee

Nasi Ayam

Semalam berbuka berjaya jugak aku wat nasi ayam dengan bahan-bahan yang lengkap.Selalu wat x lengkap, ade je yang xde or terlupa nak beli.eeheheheh yang bestnya habisss..anak-anak pun suka makan..yelah sup2 kan???



Puasa ke 21

sekejapan je pose dah masuk 21 hari.Hari nih pulak aku akan berbuka pose sorang-sorang.Sebabnya....hubby akan berbuka pose kat hotel, tempat keje dia sponser.Aku malas nak pegi sebab anak aku nih dah lah taknak kat orang, kang buat sakit ati je nak makan tak boleh.Lagipun malas nak tengok muka sorang hamba Allah sorang nih.Salah sorang isteri ofismate hubby..kompem nyer pegi sbb dia mmg suka benda free...Bila ingat buat sakit ati..biarlah tuhan je tau apa yang terbaik.lagipun kubur masing-masing..

Kesian hubby sebab tak leh nak temankan dia.Sori sangat-sangat abang, bukan sayang taknak teman cuma taknak menyakitkan hati sendiri dan memalukan abang.Terima kasih sebab memahami..

Pasu bunga ikea

Tercapai jugak hajat nak beli pasu bunga ikea nih.Pasni boleh lh nak mengubah bunga.Tapi yang pasti bukan aku yang nak menggubahnya.Aku suh akak tukang gubah bunga gubahkan.Tapi bunga aku beli sendiri.Save sikit kan..

Satu lagi aku belikan lampu bilik tuk anak aku, maklumlah nak pink semua benda..tapi x pasang-pasang pun lagi.




pasu nih kalau beli online mahal giler..bukan x mampu tapi macam tak berbaloi..dari rega rm11.90 ke rm29 tak termasuk pos..macam mana tuh???baik aku beli ikea je..boleh beli barang lain sekali ..kan

Monday, August 6, 2012

Bilik Nurfatehah

Actually  bilik nih tak siap lagi sebab tak bercat pun lagi.Tapi aku nak jugak ambik gamabar bilik dia.Since dia dah tido sendiri kan..hehehehe

 ini lah katil dia yang tak seberapa.Kaler pink lagi.Kalau leh semua nak warna pink
Ni pulak tv dia tuk tgk DVD dia.nak tengok tv pun boleh cuma x clear sebab guna arial je.yang kecik tu tak tahu nak letak mana so letak je lah kat atas almari dia..

Makan Doa Selamat

Lama tak jenguk blog nih.Dah bersawang-sawang.Mana tak nyer, bz ngan rumah lagi, anak lagi, mana nak buat tempahan raya lagi.Tapi alhamdulillah satu dah settle.Makan doa selamat rumah baru.Penat memang penat.Tapi dah selesai lega dah.Yang bestnyer dapat makan sedap-sedap.Antara lain lauk-lauk yang menjadi hidangan malam semalam:

rendang itik 
gulai telur itik
udang masak sambal petai
ayam goreng
ikan masin goreng
kupang masak masam manis
satay
kerang goreng
mee laksa kuah lemak
rojak buah
tauhu sumbat
koktail
kek sarang semut
kek coklat lembap
air guava
air milo
air teh o

meriah kan lauk-lauk..semuanya homemade xde yang diorder.heeee


 kek sarang semut aku

 inilah car porch rumah aku..kecik je..
 ini mee laksa kuah lemak ngan goreng pisang
 koktail
 yang nih meja satay ngan koktail
 antara lauk-lauk yang ada

 pernah makan tak mee nih??tabik spring kat maklong yang buat mee n mak mentua yang buat kuah..memang terangkat abisssssssss

Saturday, August 4, 2012

Biskut Raya

Dah 14 hari dah puasa..x rasa kan kejap je rasa.Aku lak kena siapkan beberapa tempahan biskut raya.So far yang dh siap tart nenas ngan biskut cadbury je.Biskut nenas aku nye rpun x wat lagi.Plan pas kenduri doa selamat ahad nih baru settlekan semua.Harap-harap semuanya sempat siap on time.Minggu satu lagi aku nak naik flight balik kampung lak...tak sabar rasanya..hehehehe




 yang ni biskut cadbury cheese aku..nih orang punyer..aku nyer x buat lagi.sekali buat hanya boleh satu adunan je.Nak wat 2 adunan takut x larat pulak dengan anak2 nak berkepit je..tapi akan diusahakan tuk rumah sendiri..



 ini lah hasil tart nenas ku..dah 31 tahun umur baru 1st time buat.alhamdulillah hubby cakap sedap..order pun ok..iihihii