Wednesday, February 27, 2013

Alhamdulillah demam dah baik

Lama jugak tak update blog nih.Walau tak seberapa tapi itulah satu-satunya tempat meluahkan apa yang terbuku dihati.Berkongsi apa ilmu yang baru dan lain-lain lagi.Agak lama jugak demam kali nih.Mana taknya...lama dah tak demam.Itulah kuasa Nya kan???tanggungjawab bila jadi ibu nih..nak demem pun pikir banyak kali kalau nak baring-baring atau rehat.Kang sapa pulak nak cuci baju, kemas rumah, mandikan anak, masak untuk anak..dan bla  bla bla...sampai sudah tak habis pikir...

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)

Mungkin aku adalah yang terpilih untuk di uji.Walau bukan dengan kesenangan wang ringgit dan pangkat tapi aku redha.Banyak bahagian lain yang amat-amat berharga untuk aku syukuri selain duit dan kesenangan lain.

Kadang-kadang sedih bila tak mampu membantu suami dalam hal-hal kewangan,malah menyenangkan orang tua dengan kesenangan dunia.Tapi aku redha andai itu sudah tertulis untukku.Bukan tak nak kerja tapi waktu dan izin suami amat aku hormati.Hak anak-anak yang perlukan perhatian lebi aku utamakan.Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki..

Sunday, February 24, 2013

Pertandingan mewarna

Jangan terkejut lak tengok tajuk n3..bukan aku yang masuk pertandingan mewarna tapi anak sulung aku.Cikgu cakap dia ok dalam mewarna.sebab tu wakilkan sekolah dia.Tapi tak tahu lak gambar yang nak warna besar gedabak.bagi aku kalau untuk budak 5 tahun tak wajar sangat.tapi tak heran sangat sebab mostly yang masuk budak luar.Aku ingatkan tabika kemas je...rupanya sesiap saje termasuk orang luar pun boleh masuk.Macam mana tuh???

Takperlah..dah sampai pun kat tempat pertandingan takkan nak balik kan.?Dah lah susah nak parking, kena parking kat luar.jalan jauh lak tuh.Nak mengeluh je rasanya...







 tengok je yang bekang tu semua pakai baju biasa...agak2 itu budak kemas ke bukan ek??cakap untuk kemas je n hanya 3 orang wakil untuk setiap sekolah..


 ni pulak budak sekolah agama...ramai jugak.yang pakai baju kemas boleh kira ngan jari je.Area bukt katil  sahaja tau

 Bila dah kepenatan melanda..macam ni lah aksinya.Itupun nasib baik nak sambung lagi kaler..kalau tak memang dah benti dah.
 hasilnya...for the 1st time...good try my girl..

Nikmat yang amat berharga

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.

Friday, February 22, 2013

PMC , khasiat dan cara penyediaan


 Hari nih aku nak share ngan sesapa yang tak tahu lagi nak masak PMC nih..PMC tu apa???PMC tu untuk   Pure Marine Collage.Memang elok untuk kesihatan..Banyak khasiat.Makluman dalaman kita ni tak nampak dan diguna hari-hari..so makan benda nih sedikit sebanyak dapat melancarkan apa yang patut.Ada juga yang panggil benda nih rumpai laut..mana-mana lah janji kita faham dan tahu ia adalah benda yang sama.


                                        Kat sini aku copykan antara khasiat-khasiat collagen ni:

 Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
* Anti-bakteria, membuang TOKSIN
* Menghilangkan SEMBELIT
* Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
* MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
* Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
* MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
* Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT
* Membantu meningkatkan METABOLISME
* Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
* Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
* Melembutkan TUMIT KAKI merekah
* Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
*BMeningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
* Mencegah KANSER/TUMOR
* Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
* Mencegah ANEMIA
* Memberi Kekenyangan/DIET
* Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
* Memberi TENAGA

=======================
Siapa yang boleh makan kolagen ini
=======================

* Wanita dan lelaki
* Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj).
* Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
* Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
* Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.
  

kat bawah nih cara penyediaan nya ..sila lah jenguk..x faham leh email aku..hehee
yang nih mula-mula nak rendam k..


 selepas 5 jam direndam.Collagen kena selalu basuh k bagi bersih.macam basuh beras.

yang selepas semalaman direndam.Dari pagi hingga pagi esoknya.Kembang sebesen kan??

ok..time merebus pulak.air 3l..rebus sampai empuk.Yang nih aku masuk daun pandan bagi wangi.Takde lah segan je nak suap kang.lagipun aku ni tak makan agar-agar.
Siap selepas lebih kurang 1/2 jam direbus.Tunggu sejuk terus masuk bekas k.

Tapis dulu sebelum masuk bekas.Jangan tekan-tekan ok.Biar ia mengalir sendiri sebab kita nak airnya sahaja..yang tinggal atas tu boleh simpan untuk buat masker..Kalau taknak boleh je tekan sampai semua turun dalam bekas tu .Tapi aku simpan ..nak buat masker.
Dapat 2 bekas nih..cukup tuk sebulan..pagi 3 sudu sebelum makan/minum apa..3 sudu besar malam sebelum tido.alhamdulillah..memang mula-mula sakit jugak sendi-sendi efek dari kolagen nih.Sekarang semua dah ok.Liang roma pun semakin kecik..

Thursday, February 21, 2013

Menu Hari nih


Selepas 2 hari takde masak yang heavy-heavy..makan spagethi je..Ari nih kerajinan di tahap maksima..Alhamdulillah lepas masak dan tengok anak-anak n suami makan..hilang penat.Lagipun lama dah tak masak lemak cili api nih..




Ini lah menu makan tengahari kami ari nih.Tapi en hubby makan once dia balik keje malam..dalam kol 8-10..skrg makin rajin lak makan..kalau dulu pernah jugak sekali sekala makan kat luar.balik je mesti cakap kenyang.Sekarang dikatakan hari-hari balik keje, mandi pastu makan.Dia cakap makan kat umah lagi bagus..Ada-ada je kan???

Wednesday, February 20, 2013

Tak Sihat

Dah lam tak demam...penat nyer rasa badan ...mana tak nya hari2 buat kerja rumah 24hours..huhuu .Bukan nak mengeluh ok..aku hepi cuma meluah perasaan..Ari nih dah masuk 3 hari tak sedap badan..tekak sakit, ari tu sakit mata..apapun aku redha.Itu tandanya Dia sedang menguji aku ..alhamdulillah..

Semalam dah pergi klinik ngan hubby..doktor cakap mungkin resdung..sebab biasanya resdung akan nampak tanda-tanda kahak n tekak sakit..tak kisahlah doktor..saya nak ubat je..ubat kat rumah semua dah ketandusan..huhuhu

Lega lepas makan ubat walaupun kesannya hanya sementara..betul2 rasa penat dan lesu demam kali nih.Hubby dah sound jgn bukak komp..nanti lagi pening..aku jugak yang ingkar..huhu sori abang, sayang x boleh x bukak komp..nanti bisnes x jalan..:)

Tuesday, February 19, 2013

Terung purple masak berlada

Assalammualaikum...

Syukur masih lagi bernafas di bumi Allah nih.Semalam sakit mata, alhamdulillah dh ok sikit.Kena kerap basuh mata ngan air paip..Ari ni sakit tekak pulak.ermmmm balasan tuhan kan?Tapi sakit macam mana pun kena kuatkan badan untuk siapkan keperluan anak.Masak, mandikan diorang dan lain-lain lagi.

 Selalunya aku yang akan beli barang-barang dapur without hubby ok..alone dengan anak-anak.Hubby keje, so kalau boleh aku takkan menyusahkan dia dengan hal-hal rumah tangga yang aku boleh uruskan.Bukan nak cakap dia tak ambik kisah.Tapi aku rasa aku cukup dan boleh uruskan segalanya selagi tak melibatkan hal besar-besar.I'm independent ok...
Ari nih aku buat sup, sayur terung nih dan ikan goreng tuk anak-anak.Sambal nih actually warna merah...selalunya yang aku buat la..entah macam mana semalam hubby pergi beli barang basah + sayur terlupa nak beli cili kering..so aku bedal je lah cili padi..tapi ok jugak..selalu masak sambal ayam je macam nih..tak terpikir lak buat sayur macam nih..apapun thanks to my fb fren yang bagi suggestion..heehe


nak resipi::

cili padi, bwg merah, bawang putih, sedikit belacan, udang kering..tumis hingga naik bau..pastu masukkan terung yang sudah digoreng sebelumnya...siap .jangan lupa letakkan perasa tau..selamat mencuba

Monday, February 18, 2013

Ikan Bakar


Ari ni makan lauk ni je..inilah akibatnya bila malas nak keluar rumah..Tambahan pulak mata nih sakit dari malam tadi.So duduk dalam rumah je lah jawabnya.Anak pun cuti lah gamaknya..hehehe
Ikan nih bukan panggang atas api tau..just guna pemanggang ajaib yang tengah glamer satu masa dulu.senang dan mudah



cukuplah untuk hari nih yer..sok2 sambung manu lain la pulak..good nite..mata pun dah sakit..so better go to sleesp je lah

Sunday, February 17, 2013

Strawberi Cheese Tart lagi


Alhamdulillah siap dah projek hari nih.Plan asal nak buat kek snowy cheese tapi rasa malas pulak nak buat..takut tak termakan..So buat apa yang anak suka iaitu cheese tart.Memandangkan minggu nih kerajinan terhadap membaking membuak-buak pulak untuk semua resipi berunsurkan cheese..layan lah pic-pic terbaru nih k..resipi leh cek kat n3 sebelum ni..


 bahan-bahan untuk buat shell tart: mentega/butter, gula aising, telur, tepung dan sedikit esen vanilla.
TART SHELL
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
420 g tepung gandum


 
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sebati.
3. Ambil sedikit doh tekankan ke dlm acuan tart hgga siap dan bakar  pd suhu 180c-200c selama 20-25 minit mengikut oven masing2..

 
 adunan dh siap..boleh lah start mengetart
 jangan lupa cucuk dengan garpu sebelum masukkan dalam oven tau..
lepas tu bole lah siapkan cream cheese pulak :

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 
 proses melorek





 dh siap...kaler merah
 yang ni sebetulnya kaler purple tapi macam mana terletak warna coklat.haaa xperlah janji leh makan kan..hehehe


 siap tuk anak n ayah..takyah rebut-rebut..

Saturday, February 16, 2013

Hai anak-anakku...dah xde keje

Bila dah takde keje...baik lah sangat ngan adiknya sorang nih.Paling best bila si adik nih diajak melocat atas katil spring bilik tido aku..memang kompen ngikut je cakap akak.Lagipun itu je cara nak ikut ibu dia yang asyik duduk dalam bilik mengadap komputer..

 si akak tengah menyikat rambut si adik.nak ikat tapi x reti..lucu lak bila nak pusing getah rambut..nampak sangat x reti tapi berlagak nak buat.Si adik pun senyap je dibuat apa pun.

 Ini lah hasilnyer..sikat kedepan jugak akhirnya
Dah penat main..apa lagi..senyap tido