Sunday, October 27, 2013

Pokok Lidah Jin

Ari nih jiran aku bagi anak benih bunga lidah jin nih.Ada yang panggil lidah ibu mentuaku..mana2 lah janji cantik dan pokok nih senang nak jaga...


Tengoklah nih..tiba2 kuar rumah plan nya nak kuar g kedai..tapi bila tengok hujan lebat lagi...dan tiba2 tuppp terpandang bunga atas para pemisah nih..suker nyer...

Dah siap masuk dalam pasu ok..even pasu kecik je lagi tinggal..oklah sementara waktu..esok2 aku pergi beli pasu lagi..an of course angkut bunga sekali..heheh

Saturday, October 26, 2013

Pokok Ros JepunKU

Hari nih bangun lambat sikit ..lepas subuh tido balik.Maklumlah weekend kan.Even hubby tak tido balik pas subuh, tapi agak terganggu jugak tido aku sebab asyik dengar dia suh bangun siapkan bfast...suh kuar g beli malas katanya..nak makan mee goreng aku buat..huhuhu nak marah pun yer..tapi buatkan jugak even aku bangun kol 10..

Biasalah bila bangun kena terus bukak peti ais, keluarkan apa-apa yang perlu..masak air sambil tu mandikan anak..pas siapkan anak sambung buat air utk bfast n start goreng mee..tapi yang excited bila bukak pintu dapur nampak bunga ros jepun ku keluar 2 kuntum bunga..pink n putih..hehehe

 pukul 10 pagi

 pukul 11 pagi

pukul 12 tghari




kembang penuh pukul 12 tghari sampai petang

Gigi susu dah tanggal


dah tanggal satu gg..menjerit kemain , ingatkan apa..rupanya gigi dah hujung tanduk..so ibu nyer lah tarik sampai putus sipi-sipi lagi tuh..yang satu lagi pun dah goyang..aku pun tak ingat macam mana gigi susu aku tanggal dulu..hehhee apapun inilah pengalaman menjadi seorang ibu..semuanya akan jadi kenangan dan pengalaman yang paling berharga..



Thursday, October 10, 2013

Pokok Bunga ku

Dek kerana seronok nengok geng2 fb post pasal bunga2 kat taman masing, aku pun excited nak menanam bunga.Dah lama dah nak tanam cuma takut-takut.Takut tak terjaga.Tapi sekarang dh confident 100%...tambahan hubby bagi sokongan moral support tuk tanam bunga.Dia pun faham isteri dia nih dah makin boring duduk rumah.Lebih-lebih lagi pagi-pagi bila yang sorang pergi sekolah, yang sorang lagi sibuk main tab tak pun nengok tv..

1st trial aku beli bunga kertas, bunga daun merah macam dalam pic tu..dan bunga ros jepun..murah je..semua2 termasuk tanah dalam 50 je uncle tu bagi..nursery pun dekat umah je...suker sangat..pasnih nak beli para untuk letak bunga lak..hubby dah cakap bunga-bunga yang tahan panas letak belakang sbb belaknag tu dia nak pasang kayu je instead of atap..nak buat ruang santai lah konon..sebelah lagi pasang atap.tapi nak kena settlekan akar pokok lama yang br kena tebang ms masuk umah ari tuh...tuan rumah dah sembur matikan akar sebab takut akar dia masuk tapak rumah.

Tapi still nak cek betul2 takut anai2..nak duduk sampai mati katakan..

semalam for the 1st time semain ke dalam pasu kecik dah berbunga..pasu asal takberbunga lagi..mungkin dalam sehari dua lagi sebab putik pun dh nampak..sukeee

 ini lah hasil cantasan pucuk bunga ros jepun aku..yang asal dah meriah cuma x berbunga lagi..plan nak bagi mentua balik raya haji nih.lagipun sng je nak jaga..


Inikah Ujian untukku

Semalam hari yang betul-betul mencabar kesabaran ku..

1.baru masuk topp dh habis sebab budak2 d/load apa, subcribe macam2 kat hp..
2.langsir bilik aku putus sebab jadi tempat bergayut
3.gunting tuk aku berkraf hilang anak pakai....

itu tak masuk lagi rumah yang berselerak dengan mainan, makanan tumpah, cicir sana sini..argggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh tension nya.Terasa ringan je tangan nk hinggap ke badan-badan penghuni syurga nih..ya Allah, terlalu hebat dugaan terhadap aku ini ya Allah..aku sayangkan mereka dan aku hanya mampu menangis untuk itu..apa yang mereka tahu dalam dunia mereka yang masih kedil..

Aku rapuh ya Allah..dengan suami yang tiada masa untuk memahami situasi ku, demi mencari nafkah untuk kami di rumah...Ingin ku jadikan bahu ku tempat dia melabuhkan segala kepenatan dia..tapi aku hanya wanita, isteri dan ibu yang serba daif..Daif untuk menidakkan yang aku perlukan duit lebih dari yang dia mampu beri untukku bahagiakan anak-anak ku..

Ya Allah, kau berikan lah ruang untukku membantu suamiku, kekuatan untuk aku terus gagah berdiri dan cekal dalam mendidik anak-anak ku..jadikan lah mereka anak-anak yang mendengra kata..aku lemah ya Allah..


Sunday, October 6, 2013

Bosan



saje nak share muka masam si adik bila tab kena rampas ngan ayah..hehehee marah lah konon..nih nak pergi kenduri last week..d besar dah anak2 ibu.sekejapan je masa berlalu,Appaun syukur atas pinjaman sementara.Hargai semampu yang boleh dan menjaga amanah dengan sebaik-baiknya..bak kata suami,'amanah ini untuk dijaga, supaya menjadi khalifah dimuka bumi dan jgn sekali2 memberikan tugasan itu kepada orang lain'apatah lagi mak ayah kta..



Tapi zaman sekarang berapa ramai je yang menjadi suri rumah untuk menjaga kebajikan anak.nasib-nasib lah kan kalau yang betul-betul struggle dan aku eprcaya tak semua mampu berhenti kerja untuk menjaga anak-anak full time kat rumah.Atas alasan, nak bantu suami...rezeki itu Allah yang bagi..sebanyak mana pun duit yang kita ada, masa untuk anak-anak itu lebih penting.Lain orang lain penilaian dan lain pemahaman.Apapun anak masing-masing dan didiklah dengan cara masing-masing kan...senang je pun..
Ini aku yang dah semakin montel..suri rumah merangkap driver, cikgu, chef, mentor, maid, doktor , dan banyak lagi post lain..doakan cuma satu, semoga amanah ini akan membesar dengan sempurna dengan kasih sayang dariku dan suami walau bukan dengan wang ringgit.Dan saat-saat indah bersama mereka akan aku hargai sebaik mungkin sebelum aku, suamiku atau mereka dijemput dulu.Aku harus kuat untuk semua kemungkinan kerana Janji Allah itu pasti..yang hidup akan mati...dan cepat atau lambat hanya Dia yang tahu..


assalammualaikum...

Friday, October 4, 2013

Bukan Rezeki Aku Lagi

Dalam masa aku dah tak lagi memikirkan kerja..banyak pulak panggilan suh datang interview..the latest semalam call dari firm kat melaka raya.Aku pun dah lupa bila aku apply dan jawatan account executive.Cuma masa dia kol aku terus terang cakap 'actually i do not have any experience in acoountacy but i do have degree in business'..konon nak cancel kan interview..sekali dia lak jawab' we already view your resume as per-email and we would like to give your opportunity to try this job'..alamak, macam mana tuh.

Last sekali aku just cakap nnti aku get back balik for the job interview session due to my situation which is to get my temporary nursery to placed my kid..nasib baik akak tu ok..pompuan melayu harap2 dia ok..aku dah serik sebenarnya keje firm cina...tapi yang ni melayu..teringin gak nak try tapi pagi tadi bagitahu hubby dia dah cakap 'xpayah'...x perlah, aku x gusar pun sebab , mungkin ini yang terbaik untuk aku, kuargaku , hidup dan matiku..semoga aku dirahmati dengan pahala mendengar kata suami..rezeki masing-masing kan..bukan apa, kalau firm cina, nak sembahyang satu hal...hubby cakap better duduk rumah dan buat apa yang patut..baik boss..

syurga isteri tempatnya pada suami..so x salah aku korbankan masa depan bukan untuk suami je tapi demi anak-anak..

Wednesday, October 2, 2013

Diet oh Diet


Badan dah naik so kena lah jaga makan ..atau erti kata lain kena diet lah wey...bukan gemuk sangat pun sebenarnya tapi takkan nak tunggu dah menggeleber sana sini baru nak diet kan?Masalah satu lagi aku nih dah lah suka buat kek, masak ...kalau dh diet mula lah malas nak masak dan akhirnya anak-anak pun diet gak..tak nak lah macam tu kan..suami pun dah start diet ..awal dari aku ok..tapi bukan sebab nak kurus je sebab dia dah mula rasa penat bila wat keje..itu maksudnya dia dah ada tanda-tanda darah tinggi..

 So far yang tu aku tak takut sangat sebab mak ayah aku memang bukan pewaris penyakit keturunan tuh..even sekarang pun mak ayah aku sihat dan terhindar dari penyakit 3 serangkai tuh.Orang kampung katakan, tengoklah pemakanan macam mana..semua yang fresh -fresh..tu yang buat aku rindu kat kampung nih..huhuhuh
apapun, terima kasih hubby yang tersayang sebab menunaikan dan menyokong hasrat ku nak diet..dia jugak lah yang beli semua nih tuk isteri tersayang katakan..siap remind lagi jgn buat air ais dah kat dalam peti..kang gatal2 minum lak..diet ke laut jadinya..baik boss...

Actually aku baru plan nak beli figure up...tapi dah dia belikan jamu nih so kena habiskan dulu baru leh beli figure up...aku pun tak tahu dah banyak sangat jamu dia belikan..maklumlah sekarang dia rajin beli teh herba kat kedai jamu..so mesti beli tuk aku sekali..jamu seri bonda aku pun tak habis lagi..beli lak pati delima..yang nih orang kampung lak..apapun terima kasih banyak-banyak..untuk dia jugak kan..hehehe

Tuesday, October 1, 2013

Potato Salad {salad kentang}


Lama jugak aku senyap dari jenguk blog nih..bukan apa leceh nyer lah nak upload pic ..asyik fail.Menyampah pun ada.Hari nih atas desakan hubby yang sibuk suh buat potato salad macam makan kat windmill, so aku gagahkan jugak buat..mungkin dia nak suh aku belajar buat resepi baru kot..xper....untuk hubby tercinta air tangan aku jugak yang sedap yer..hahahaha masuk bakul sendiri jap.

sesapa yang nak wat tu sila lah try..sedap..

bahan: 
1.kentang (direbus 3/4 masak) jangan masak sangat takut lembik lak..dan dipotong dadu
2.Lobak merah yang dihiris halus dan dipotong dadu (kecik2 je jadinyer)
3.sedikit daun sup
4, mayonis
5.telur rebus (dilecek hancur)

cara2:
1.masukkan bahan 1, 2, 3 dan 4, last sekalo masukkan telur dan tamba sedikit gula/susu pekat..siap ..sedap dimakan sejuk..selamat mencuba yer..