Wednesday, September 24, 2014

Genap 2 Bulan (8 minggu)


Alhamdulillah ari nih genap 8 minggu usia kandungan ke4 untuk anak ke3 aku..Yang no 2 x kira sebab gugur..

Loya da kurang cuma selera tido melampau-lampau pulak..Tak boleh duduk lama, makan banyak dan suka plak benda manis2..Kalau tak kontrol boleh kena kencing manis aku kang..huhuhu
Apapun semoga semuanya berjalan baik sehingga akhirnya..Takut nak bersalin sebenarnya tapi rezeki takkan nak tolak..syukur atas rezeki yang tak diberikan..Semoga dipermudahkan dan dipelihara sepanjang kehamilan..aminnnn

Tuesday, September 16, 2014

Masuk 7 Minggu

Dah lama tak bersiaran, lawat blog apatah lagi bukak komp.Badan terasa berat semacam padahal kandungan baru mencecah 7 minggu.Belom pun lagi sebulan.Loya so far alhamdulillah kecuali last 2 days memang teruk sampai lembik muntah.Mungkin sebab angin dah masuk perut dan semua makanan yang masuk keluar balik macam air paip..Ya Allah rasanya ni lah kandungan pertama aku rasa macam nih lemah dan sangat-sangat tidak bermaya.

Kalau dibandingkan kandungan terdahulu terdapat lahan je pada awal kehamilan..alahan terhadap makanan yang menyebabkan muntah tapi tak pula sampai satu hari suntuk muntah.Dan kali ini aku rasa nak baring, lelap je..pas wat satu keje rumah, sambung baring tido..pastu bangun wat lagi satu keje rumah....baring tido balik.Padan macam tu je.Nasib baik anak-anak tak meragam.

Pagi tadi sempena cuti Hari Malaysia hari nih somi ajak makan nasi lemak penjara.Memang dari aritu teringin nak makan.Tapi bila sampai kedai, ambik mihun 2 sudu, nasi lemak 2 sudu dengan sambal.somi siap offer suh bungkus..Tapi kalau bungkus tak makan sayang pulak sebab anak-anak dah makan beria.

Harap-harap lagi 2-3 minggu badan nih kembali kuat.Demi anak-anak, suami dan kandungan..apapun terpaksan buat dan hadap.Rezeki yang Allah bagi kena terima walaupun bukan mudah menjadi seorang ibu.Dan walau bukan kandungan yang pertama..

Wednesday, September 10, 2014

Satay Pulak


Dah masuk minggu yang ke6..alhamdulillah so far tak de sangat lagi tanda-tanda mornig sickness yang teruk,Yang paling ketara bila mood makan n masak memang ke laut..Sian anak-anak.Bukan ibu taknak masak tapi ibu tak boleh..xde mood sayang 2 ibu..

Hari nih buat cucur udang beriya sebab teringin nak makan.Sebenarnya udang tu dah lama dalam peti tapi sebab mood nak masak takde tu yang jadi terperap.Semalam dengan rajinnya aku wat cucur udang, tapi part paling best bila dah siap .....elok masuk mulut dan kunyah rasa loya pulak..adoiiii

Disebabkan itu seharian aku hanya makan cekodok pisang ..itupun balance anak bawa g sekolah..petang ingat nak ajak somi makan satay sebab dalam kepala teringin nak makan daging/ayam...tapi en somi plak sibuk ada wat keje sikit..xper lah fwd hari lain pun boleh..

Tpi en somi amat-amat memahami..balik keje dalam kol 9 dia bawak balik satay.Banyak giler beli..dalam 40 cucuk kot.Yang aku makan 5 cucuk je..perut dh xleh masuk.Pastu layan nescafe shake plak..memang nikmat tak terkata..dan lepas tu apa lagi..tido ler dengan si bucuk no 2 tu..Dah sah-sah nak cium ketiak ibu..manja sangat.Ada adik esok tak tahu lah tu macam mana...



Thursday, September 4, 2014

Menu Kedai (layan tekak mengidam)


Arini tekak nak makan nasi ayam plak.Mengada-ngada sikit.Mood nak masak memang ke laut betul.Tak de selera nak tengok lauk dalm peti ais.Nak masak lagi ler rasa malas yang amat.Da cakap somi arinih  tak masak sbb malas..nasib somi faham.



Arini plak yang sulung tak sekolah sebab mata merah..semalam adik kena nasib baik letak ubat cepat so xdelah merah sangat..so semua kena makan nasi ayam je k..ibu mls masak

Wednesday, September 3, 2014

I'm pregnant again


Alhamdulillah ..akhirnya persoalan terjawab.Period lambat setiap bulan memberi tanda pengakhiran untuk satu lagi fasa bertambahnya ahli keluarga.Syukur atas tiada perancangan rezeki datang dengan seribu makna..


Seperti biasa sejak 2-3 bulan nih piyed dah makin tak teratur sejak ambik shaklee.Mungkin disebabkan stress kerja rumah dengan anak-anak yang semakin membesar.Itu benda pertama yang aku pikir.Tapi bulan nih rasa lain sikit.Mulanya takut gak nak beli pregnancy test takut macam bulan lepas cek2 sekali lambat daaa...


Tengok line kat huruf 't' tu dh cukup wat badan aku menggigil.Mana tak nya benda tak dirancang.Tapi itu lah rezeki yang Allah nak bagi.terima dengan hati yang terbuka.Jantina kalau boleh biarlah lelaki pulak kan.Tapi sapa kita nak menentukan jantina.Allah sebaik-baik perancang...



Semakin jelas...so boleh kompomkan.Apapun aku nak surprise kan hubby.sebab dua tiga hari nih dah request dia makan macam-macam dan dia macam boleh baca.Siap tanya kenapa nak makan benda pelik-pelik.last week makan rojak hari-hari..Syukur sangat.Apapun rasa takut tu ada ok...masih ngilu lagi rasa sakit bersalin dulu.

Tapi betullah kan orang cakap..bila ada nyawa lain dalam raim kita automatik rasa berjuang  tu ada..rasa takut tu pun ada cuma sikit je.Lebih rasa xcited dan x sabar nak tengok muka baby...


Semoga semuanya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik..