Sunday, January 26, 2014
Dah Besar Dah Anak-Anak Ibu
Cepatnya masa berlalu..anak-anak pun semakin cepat tumbesaran nya.Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.Masih memikul tanggungjawab menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya.Setelah seminggu balik kampung...aku lebih menghargai setiap masa dan apa yang aku ada.Bukan bermaksud sebelum nih aku tak menghargai cuma lebih lagi menghargai..he3..(ada beza ke ek).
Saturday, January 25, 2014
Hydrangea Dah Mengembang
Gembira nya tengok bunga Hydrangea ku dah mula berkembang.Dalam masa seminggu je dah penuh kelopak.Nasib baik tak mati.Maklum je lah kena tinggal seminggu dengan hubby yang tak berapa nak kisah siram ke tak...pasnih boleh beli benih lagi..tanam dalam pasu besar pulak..mesti cantik je bunga je nanti kan...
Wednesday, January 15, 2014
Lauk Hari Sambutan Maulidur Rasul
Ingatkan hubby cuti hari nih.Banyak benda nak buat tapi satu pun tak boleh atau kata lain tak larat nak buat sorang dengan bawa anak-anak ke hulu ke hilir...memang penat..Pagi-pagi hubby dah keluar settlekan kerja dia kat rumah orang.Sebab hari nih owner nak pasang lampu untuk rumah yang dia wat wiyiring tu
Aku pulak siap-siapkan anak terus mecut ke giant.Konon nak carik botol susu anak memandangkan penutup botol susu yang sekarang hilang ms balik kuantan hari tuh.Sampai-sampai kat giant takde pulak botol susu yang besar OZ macam yang aku pernah beli dulu..beli size biasa tapi x cukup bagi anak aku..kompom-kompom nak 2x buat susu..huhu
Lepas tu aku singgah kat family store beli barang basah.Maklumlah esok nak berangkat ke kampung halaman...so kena siapkan keperluan suami dulu sebab dia tak ikut..keje kan..xper aku faham,Lagipun raya nak balik lagi..
Ini je yang mampu aku masak ari nih.Tapi disebabkan hari nih pasar malam kat area umah aku..Pendek cite hubby balik bawak makanan pulak..xde selera lak nak makan sbb kenyang meratah ayam..
sayur baby kailan
kuah percik
ayam percik..
Monday, January 13, 2014
Plastik Pos Laju
Hari ini pagi-pagi lagi aku dah pergi hantar anak ke tadika.Lepas tu terus ke Pos Besar Melaka..nak poskan barang untuk kakak aku kat Shah Alam.Kononnya pergi pos besar sebab nak plastik poslaju free dan aku tak cukup rajin nak membungkus.Kalau tak aku just pergi pos ofis dekat area rumah je..tak sampai 5 minit dr rumah..Tapi bila sampai pos besar kerani tu cakap plastik sekarang kena caj kecuali untuk sesiapa yang ada akaun kat pos besar..so untuk pos hari nih dia bagi aku free sebab dia ambik untuk yang dikhaskan untuk pemegang akaun sahaja..
Balance aku beli terus senang satu keje..takdelah nak ulang alik pergi sana lagi..Lepas nih for sure aku g pos ofis kat area umah aku tu je..senang pun senang, dekat pun dekat..kan3
Sunday, January 12, 2014
Hydrangea Dah keluar Kelopak
Hepi rasa pagi-pagi bila tengok bunga-bunga berkembang mekar..lebih-lebih lagi bunga Hydramgea nih.Boleh dikatakan setiap hari menunggu dia berbunga.Akhirnya berbunga jugak.Ambik masa jugak nak tunggu full blossom kan..yang nih pun dh dekat 2 minggu br banyak nih..harap-harap tak terencat lah hendaknya..Maklumlah makhluk perosak banyak ..
Nampak macam warna purple je kan.Aku suka warna hijau..mana nak carik warna hijau ek.takperlah...pasnih blh carik warna lain pulak..kan
Saturday, January 11, 2014
Donut
Thanks hubby sebab belikan donut tuk sayang.Walaupun belum lagi teringin nak makan.Apapun rezeki jangan ditolak.Tengah kepala ting tong mikir apa barang nak kena beli untuk ole-ole balik kampung..lega bila hubby balik buat keje luar belikan donut..ringan sikit beban nak masak bagai..siap beli sekali nasi ayam utk anak-anak..sayang abang ketat2..
Saturday, January 4, 2014
Modem Baru-TP link
Kebelakangan nih internet umah aku asyik semput je..kjap ada line kejap
takde..kena restart setiap kali xde line.Bila kol TM..technician check
bukan masalah line tapi modem aku yang dah 4 tahun lebih guna tuh.da
uzur lah katakan.Nak tak nak kena la tukar modem baru.Siap setting dalam
rm130++ x silap ...kalau tempat lain mungkin setting tu mahal sikit
kot..wallahualam.
Syukur lah lepas tukar modem baru nih, line pun ok..langsung takde semput-semput dah..nak upload blog pun senang dah.Bertukar tahun baru...semua nak baru..tapi takper lah sebab yang nih nak guna lama kan..mana yang penting didahulukan..
Friday, January 3, 2014
Lobak Putih Masak Lemak
For the 1st time aku masak sayur lobak putih nih.Bukan sebab tak makan..tapi jarang jumpa kat kedai2 orang jual (ke aku tak tahu)..hehee Tapi kali nih pun bukan dibeli tapi jiran bagi.Last week kenduri kawin adik bongsu dia buat kat umah dia (sebelah umah aku je pun),so balance-balance sayur-sayur, buah-buah dia bagi kat umah aku..bukan umah aku sorang, jiran-jiran lain pun dapat.
Antara lain sayur aku dapat lobak putih ni lah..yang lain-lain seperti kacang panjang, terung purple, bendi dan sayur kobis..banyak gak tu..boleh masak untuk seminggu
yang ni aku masak lemak biasa je..letak udang kering sikit , bawang merah dan bawang putih.Cili aku tak letak sebab takut anak aku tak makan pulak kang..
My Handrangea
dh mula menampakkan putik..
dah berputk..xlama lagi berbunga..mood suka
dah kuar satu kelopak.nampak tak yang warna purple kat dahan tuh..yeyeye suka nya..x sabar nak tunggu blooming..warna apa agaknya..
Thursday, January 2, 2014
Sesi Persekolahan 2014
Hari pertama persekolah dah bermula.Nak kata excited xde lah sangat kan..sebab tahun nih still kat kemas lagi.Alhamdulillah cikgu pun still cikgu yang sama.harap2 tahun nih dia makin rajin blaja..maklumlah tahun lepas banyak penat bila suh buat execise...apapun happy tengok dia bangun sendiri ..bermula kembali tugas sebagai seorang supir...hehehhe
Subscribe to:
Posts (Atom)

















