Monday, July 30, 2012

6 perkara Allah sembunyikan

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sunday, July 29, 2012

Cat Rumah

Tiba masa tuk pilih cat tuk rumah lak.Kalau tanya aku mesti lah aku nak warna ikut my febret kan..HIJAU cuma sekarang hanya boleh satu warna je sebab budget tak cukup nak beli banyak-banyak tone warna.Apa yang mampu je dulu kan???

 ni contoh warna-warna yang ada dalam koleksi kedai, cuma nyer tak leh nak bawak balik tuk kita nk wat experimen...huhuhu


 nih lh antara warna-warna yang aku pilih, rambang mata tengok semua warna cantik-cantik.So aku fokus warna hijau je..no other colour k..



Thursday, July 26, 2012

Tukar tali jam tangan

Dah dekat sebulan aku nyer jam tangan habis bateri.Ini lah akibatnya bila kerja asyik bertangguh, kompem xjadi.Ari nih pas ambik tehah balik sekolah aku terus carik kedai jam yang terdekat kat Duyung..malas nak pergi bandar lagipun facilities dh ader yang dekat watper nak g jauh2 kan.Salah satu faktor bila nak beli rumah dulu pun sebab semua benda dekat...kedai makan, kedai runcit, pasar malam, pasar ramadhan, pos ofis, klinik..semua x sampai 1km dri rumah..tak dekat nama nya tuh..malas ngan rajin je.

Plan nak tukar bateri jam je.Tapi memandangkan tali jam pun dah longgar dan amoi tu bagitahu kalau nak buang caj mahal sikit..so aku decide tukar tali terus.Itu maknanya tangan aku dah kecut..yea2..hihihi sebelum nih kembang sikit..tapi perut still ader bekas menggeleber..tapi xde sampai melampau..

lama aku pakai jam nih..dari tahun 2005 x silap..memang berbaloi beli BUM nih..ada gak plan nak beli jam baru tapi macam membazir je.Kalau dah nazk yang nih baru aku beli baru..

Wednesday, July 25, 2012

Puasa ke5

Tak terasa dh 5 hari dh kita berpuasa even aku baru sempat pose 3 hari..kikikikiki 

Ari nih aku beli tikar tuk ruang tamu ke2.Hubby cakap tak nak guna kapet.So kebetulan bekas pengasuh anak sulung aku datang rumah hantar baju raya dh siap..yeaaaa excited nak balik kampung....aku bagi je lah satu kapet tuk dia.Yang satu lagi sayang lak nak bagi, tapi kalau tak bagi nak wat per menyemak kan???Dah lah baru ambik dari dobi..rm50 kena tu satu kaper..bapak besar x besar??

Ari nih jugak dapat tempahan biskut lagi plus kek lapis sekali.Alhamdulillah.I'Allah hujung minggu nih start buat biskut, so next week aku nak wat kek lapis tuk tempahan dan tuk aku bawak balik kampung...

mata pun layu je nih, ngantuk dan penat menguruskan rumah..x habis-habis mengemas...sok2 aku sambung lagi..

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4

Baru masuk pose ke 4, aku lak isytiharkan cuti umum tuk diri sendiri.Apa tak nya bila bendera merah melanda...yang perempuan mesti faham kan..yang lelaki lak xyah nak faham kalau x faham..Tapi still bangun sahur teman hubby.Yang bestnya bangun subuh baru tahu aku xleh pose lak..

Ari nih banyak sangat benda yang tak disangka.First pasal cuti aku tuh, second pasal kete aku.Bangun pagi-pagi seperti biasa lah rutin aku, nak hantar anak pegi sekolah.Alih-alih bila nak start kete bateri kong lak.Terpaksa kol hubby dan cikgu sekolah bagitahu anak tak sekolah ari nih.Rehat tengahari hubby balik pergi bawa bateri kedei kete tuk beli bateri lain.Yelah dah guna setaun lebih, 3 bulan lagi genap 2 tahun.Patut lah semalam masa hantar anak alarm on off je bila aku nak start kete.Nasib baik ok lagi masa tuh.Buat hal kat umah xper lah kan...

Ari nih aku beli barang dapur sikit, pastu vacuum satu rumah, lap dinding dan undercoat dinding yang tak siap-siap lagi.Penat dengan puasa dan menyusu anak.tapi dah cuti2 macam nih..semua keje rela ku buat sebab bila haus je aku leh minum..hihihi

Puasa ke 3

Selamat menghabiskan puasa ke 3 ari ni even tekak asyik kering je.Tapi kesabaran itu penting.Ada ganjaran kan...alhamdulillah...ari nih aku masak ayam masak merah ngan sayur terung je.Cukupla tuk berbuka..banyak makanan x termakan membazir lak kan.

Malam pulak kitorang kuar pergi klinik bawa budak-budak nih cek doktor tentang gatal-gatal yang melanda kitorang.Doktor cakap akibat hama kucing.Ubat dah bagi so try tengok dalam seminggu, tapi apapun barang-barang yang berbentuk span seperti tilam or kerusi span semua kena buang or bakar...

Sunday, July 22, 2012

2 ramadhan

Alhamdulillah dah 2 hari berpuasa ari nih.Syukur sebab masih lagi bernyawa.Terasa nikmat puasa tahun nih..Hubby pun dah makin rajin pergi jemaah kat surau...alhamdulillah syukur...

Ari nih aku berbuka dengan mee laksa sarawak je.Dari ari tu teringin nak makan.Ari nih baru rasa nak buat.Tak tahu kenapa kebelakangan nih suka sangat dengan makanan bersantan.Bukan ader 'isi' k...tekak buat hal nak makanan benda lain pulak.Balik kampung lain pulak cerita nya kan..lagi macam-macam benda nak makan dan nak wat stok balik sini..kikikik


tak sbar nak balik kampung beraya n x sabar nak puaskan tekak aku nih dengan makanan kampung ku..apapun sabar....

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Datang Lagi

Sedar tak sedar menjelma lagi ramadhan al-mubarak.Syukur atas pinjaman nyawa lagi tuk mengharungi ibadah puasa tahun ni.Dan bersyukur sebab tahun nih tahun ke 5 aku sambut ramadhan bersama suami.The best thing is, tahun nih aku beraya di rumah baru, rumah sendiri..alhamdulillah ..hanya pada Dia aku panjatkan kesyukuran.Dan hanya pada Dia juga aku berserah atas ujian dan dugaan dunia..

Buat semua kengkawan, kuarga dan sahabat yang masih mengenali dan menghargai ikatan persahabatan ini..selamat menunaikan ibadah puasa dan sama-samalah kita rebut untuk mengisi setiap ruang masa dengan ibadah tahun nih..aminnnnnnnnnnnn

Wednesday, July 18, 2012

Jam dinding

Ari nih banyak sangat benda nak settle, bukan kat luar tapi kat umah je.Nak undercoatkan dinding, nak basuh cadar n sarung-sarung bantal, vacuum kapet....masak n sapu pantau kegatalan anak-anak.Nak kena sapu ubat memanjang.Sampai sekarang tak tahu kenapa asyik gatal-gatal.Nak tido malam makin menjadi-jadi gatal..Nak tido pun pikir anak dulu.Nak kejutkan hubby pun kesian gak sebab esok dia nak bangun awal pergi keje.

Tapi dalam sibuk-sibuk pun sempat lagi aku nak ber decoupage..ari nih aku deco kan jam dinding umah aku.Actually aku dh deco kan satu jam nih tapi rosak lak..hampeh buang masa aku je..so aku deco kan satu lagi..hihii

gambar ni kabur sikit sebab ambik tergesa-gesa takut anak bangun..

Tuesday, July 17, 2012

Periuk Nasi

Apa lagi nak buat bila masuk rumah baru...mengemas, mengems dan mengemas..hari-hari kena mop lantai, cuci apa yang patut, lap apa yang kotor..penat tapi berbaloi sebab rumah sendiri..Alhamdulillah ...akhirnya rezeki itu sampai even lambat dari kengkawan yang lain.Aku benar-benar bersyukur...

Semalam, ni hasil keje aku..tak tau nak wat per lagi.Nampak macam tak seragam je bila barang-barang elektrik tak sama warna..so aku wat kelainan...



Just tampal tisu je pun..n varnish..hehehee ok lah ..nampak lain sikit dr yang lain..