Friday, August 10, 2012

Daiso lagi

Selasa lepas pergi Jusco sebab adik ipar aku nih nak makan aiskrim baskin robin, kebetulan esoknya (rabu) baskin robin bagi aiskrim free dari kol 8-10 malam sempena menghargai Datuk Lee Chong wey yang dapat pingat pertama tuk Malaysia dalam sukan olympik.Aku pun ambik kesempatan pergi Daiso..banyak barang yang aku suka ada kat sini..tapi takleh nak beli banyak-banyak sekali even rega dia semua rm5... so aku ambik benda ni je..

sudu kayu ni tuk makan madu...sebab madu akan kurang khasiat bila kita guna sudu plastik or sudu besi..yang nih info aku dapat dari '5 rencah 5 rasa' heeee

Nasi Ayam

Semalam berbuka berjaya jugak aku wat nasi ayam dengan bahan-bahan yang lengkap.Selalu wat x lengkap, ade je yang xde or terlupa nak beli.eeheheheh yang bestnya habisss..anak-anak pun suka makan..yelah sup2 kan???



Puasa ke 21

sekejapan je pose dah masuk 21 hari.Hari nih pulak aku akan berbuka pose sorang-sorang.Sebabnya....hubby akan berbuka pose kat hotel, tempat keje dia sponser.Aku malas nak pegi sebab anak aku nih dah lah taknak kat orang, kang buat sakit ati je nak makan tak boleh.Lagipun malas nak tengok muka sorang hamba Allah sorang nih.Salah sorang isteri ofismate hubby..kompem nyer pegi sbb dia mmg suka benda free...Bila ingat buat sakit ati..biarlah tuhan je tau apa yang terbaik.lagipun kubur masing-masing..

Kesian hubby sebab tak leh nak temankan dia.Sori sangat-sangat abang, bukan sayang taknak teman cuma taknak menyakitkan hati sendiri dan memalukan abang.Terima kasih sebab memahami..

Pasu bunga ikea

Tercapai jugak hajat nak beli pasu bunga ikea nih.Pasni boleh lh nak mengubah bunga.Tapi yang pasti bukan aku yang nak menggubahnya.Aku suh akak tukang gubah bunga gubahkan.Tapi bunga aku beli sendiri.Save sikit kan..

Satu lagi aku belikan lampu bilik tuk anak aku, maklumlah nak pink semua benda..tapi x pasang-pasang pun lagi.




pasu nih kalau beli online mahal giler..bukan x mampu tapi macam tak berbaloi..dari rega rm11.90 ke rm29 tak termasuk pos..macam mana tuh???baik aku beli ikea je..boleh beli barang lain sekali ..kan

Monday, August 6, 2012

Bilik Nurfatehah

Actually  bilik nih tak siap lagi sebab tak bercat pun lagi.Tapi aku nak jugak ambik gamabar bilik dia.Since dia dah tido sendiri kan..hehehehe

 ini lah katil dia yang tak seberapa.Kaler pink lagi.Kalau leh semua nak warna pink
Ni pulak tv dia tuk tgk DVD dia.nak tengok tv pun boleh cuma x clear sebab guna arial je.yang kecik tu tak tahu nak letak mana so letak je lah kat atas almari dia..

Makan Doa Selamat

Lama tak jenguk blog nih.Dah bersawang-sawang.Mana tak nyer, bz ngan rumah lagi, anak lagi, mana nak buat tempahan raya lagi.Tapi alhamdulillah satu dah settle.Makan doa selamat rumah baru.Penat memang penat.Tapi dah selesai lega dah.Yang bestnyer dapat makan sedap-sedap.Antara lain lauk-lauk yang menjadi hidangan malam semalam:

rendang itik 
gulai telur itik
udang masak sambal petai
ayam goreng
ikan masin goreng
kupang masak masam manis
satay
kerang goreng
mee laksa kuah lemak
rojak buah
tauhu sumbat
koktail
kek sarang semut
kek coklat lembap
air guava
air milo
air teh o

meriah kan lauk-lauk..semuanya homemade xde yang diorder.heeee


 kek sarang semut aku

 inilah car porch rumah aku..kecik je..
 ini mee laksa kuah lemak ngan goreng pisang
 koktail
 yang nih meja satay ngan koktail
 antara lauk-lauk yang ada

 pernah makan tak mee nih??tabik spring kat maklong yang buat mee n mak mentua yang buat kuah..memang terangkat abisssssssss

Saturday, August 4, 2012

Biskut Raya

Dah 14 hari dah puasa..x rasa kan kejap je rasa.Aku lak kena siapkan beberapa tempahan biskut raya.So far yang dh siap tart nenas ngan biskut cadbury je.Biskut nenas aku nye rpun x wat lagi.Plan pas kenduri doa selamat ahad nih baru settlekan semua.Harap-harap semuanya sempat siap on time.Minggu satu lagi aku nak naik flight balik kampung lak...tak sabar rasanya..hehehehe




 yang ni biskut cadbury cheese aku..nih orang punyer..aku nyer x buat lagi.sekali buat hanya boleh satu adunan je.Nak wat 2 adunan takut x larat pulak dengan anak2 nak berkepit je..tapi akan diusahakan tuk rumah sendiri..



 ini lah hasil tart nenas ku..dah 31 tahun umur baru 1st time buat.alhamdulillah hubby cakap sedap..order pun ok..iihihii

Monday, July 30, 2012

6 perkara Allah sembunyikan

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sunday, July 29, 2012

Cat Rumah

Tiba masa tuk pilih cat tuk rumah lak.Kalau tanya aku mesti lah aku nak warna ikut my febret kan..HIJAU cuma sekarang hanya boleh satu warna je sebab budget tak cukup nak beli banyak-banyak tone warna.Apa yang mampu je dulu kan???

 ni contoh warna-warna yang ada dalam koleksi kedai, cuma nyer tak leh nak bawak balik tuk kita nk wat experimen...huhuhu


 nih lh antara warna-warna yang aku pilih, rambang mata tengok semua warna cantik-cantik.So aku fokus warna hijau je..no other colour k..



Thursday, July 26, 2012

Tukar tali jam tangan

Dah dekat sebulan aku nyer jam tangan habis bateri.Ini lah akibatnya bila kerja asyik bertangguh, kompem xjadi.Ari nih pas ambik tehah balik sekolah aku terus carik kedai jam yang terdekat kat Duyung..malas nak pergi bandar lagipun facilities dh ader yang dekat watper nak g jauh2 kan.Salah satu faktor bila nak beli rumah dulu pun sebab semua benda dekat...kedai makan, kedai runcit, pasar malam, pasar ramadhan, pos ofis, klinik..semua x sampai 1km dri rumah..tak dekat nama nya tuh..malas ngan rajin je.

Plan nak tukar bateri jam je.Tapi memandangkan tali jam pun dah longgar dan amoi tu bagitahu kalau nak buang caj mahal sikit..so aku decide tukar tali terus.Itu maknanya tangan aku dah kecut..yea2..hihihi sebelum nih kembang sikit..tapi perut still ader bekas menggeleber..tapi xde sampai melampau..

lama aku pakai jam nih..dari tahun 2005 x silap..memang berbaloi beli BUM nih..ada gak plan nak beli jam baru tapi macam membazir je.Kalau dah nazk yang nih baru aku beli baru..