Friday, February 15, 2013

Japanese Souffle Cheese Cake

Bila dah kemaruk ngan cheese, kalau leh semua yang berkaitan dengan cheese aku nak try wat.Tambahan pulak anak-anak aku suka sangat ngan cheese.Ari tu oreo cheese cake aku wat sempat makan 1 slice je.Selebihnya anak-anak makan.So ari nih nak try kek lain pulak.tak pernah lagi try buat..br 1st time..resipi aku ambik sini dan aku copykan tuk sesapa yang sedang mencari resipi kek cheese yang sedap..




JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina
Bahan2nya
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar ( aku guna susu full cream je)
130 gm gula castor
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue. Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam.


Masakkan cream cheese ngan susu segar sampai cair
yang nih bahan2 tuk masuk sekali dalam cream cheese tuh..tapi aku asingkan ..memandai lak ubah resipi..aku pukul tempat lain telur kuning, gula separuh dr 120gm tuh n tepung jagung serta cream of tatar
yang nih putih telur untuk pukul sampai meringue..
 pukul telur dulu sampai berbuih macam nih..
pastu masukkan gula sedikit demi sedikit..nak pukul sekali arung pun boleh jugak tapi lambat ler nak meringue nyer..
 yang nih dh siap meringue ..nak tahu meringue tu apa..bila korang terbalikkan besen tu adunan x jatuh..kira ok dah tuh..tapi make sure besen kering n telur putih sahaja k..xnak ader sikitpun telur kuning..kang x jadi lak meringue

 yang kanan nih adunan cream cheese yang dh siap masuk telur, gula dan tepung..sebelah lagi meringue..so boleh kaup balik je
masuk sikit-sikit pastu gaul
dah siap..
 ok ..sekarang boleh masuk oven ..kena guna kaedah waterbath k..masukkan dulang dalam dulang yang lebi besar yang berisi air panas..bukan air sejuk k..air panas.Tak pun guna kaedah 'bain marie'..letak dulang berisi air panas kat rak bawah sekali..pastu loyang just letak macam biasa kat atas...aku guna tu je sng kan3/


 jemput makan..
 nampak tak tekstur kek yang gebu tuh..memang sedap..hehee

tengoklah budak yang kuat makan kek cheese nih..kalau oreo cheese cake boleh habis macam tu je..tapi cheese je lah, makan cheese tart pun sama..shell buang..makan cheese saje..Tapi bahagia dan suka tengok bila anak-anak makan apa yang ibu dia nih masak..

Bilik Anak Pulak

Hari ni sesi mengemas bilik anak pulak.Kalau tak kemas alamatnya berhabuk ler bilik anak dara nih..Baru tukar cadar...sekarang taknak langsung orang lain tido dalam bilik dia nih...termasuklah ayah dia..dia cakap 'ayah tido selerak-selerak' aaahahahah memang pun.Kalau tido sampai tercabut cadar...

 Ruang menonton tv n dvd kartun dia..
 Cadar tersilap beli pulak..ingatkan princess sekali snow wite darrr
 bantal busuk dari umur 6 bulan ..dah lunyai tapi still guna n cium bila tido
Almari baju dia ngan adiknyer..kongsi lah yer..malas nak semak2 kan bilik ngan almari besar.Almari kayu dh tercabut  n dh kena makan anai2 masa kat umah dulu..so alihkan kat bilik belakang buat letak barang lain..

Thursday, February 14, 2013

Hari nih ber 'DECAL' la pulak

Semalam upload pic dapur dan dinding tak berdeco apa2..ari nih nak tunjuk kerajinan semalam..hehehe

 sebelum tampal sticker decal
selepas
 close up sikit
bekas beras pun aku buat..abaikan beras yang dh x nampak ...dh habis..hihi

Wednesday, February 13, 2013

Kemas Rumah lagi

Tak habis-habis mengemas..aritu kat sana alih sini pulak..layan lah pic ni..





 dah siap tampal sticker..ok x???

yang ni dalam proses penambahan dan penyemakkan deko..hehee

Kraf oh kraf

Makin bizi lak kebelakangan nih..mana dengan anak-anak, rumah ngan kraf lagi..apapun itu rezeki..alhamdulillah syukur pada yang memberi..amin


Monday, February 11, 2013

Chilled oreo cheese cake


Setelah lama kepingin nak buat kek cheese yang xyah bakar.kebetulan lak jumpa gelatin dalam bekas barang-barang untuk buat kek aku.so apa lagi mesti try terus.Kebetulan semalam cuti bawak anak-anak jenjalan terus beli cream cheese.Yang ni aku try wat pandai-pandai sendiri.Tapi kalau tekak aku, sedap lagi bakar dari chilled nih.Apapun terpulang tekak masing-masing..resipi aku ambik dar banyak sumber..kakzu semanis gula pun ada..myresipi pun ada..mana-mana le guna..

 kabur lak pic nih
 whipping cream aku gantikan ngan yogurt..
 based
 gelatin
adunan cheese
siap untuk disejukkan



 nyum2..dah siap..


Friday, February 8, 2013

PMC kolagen


Sekarang makin takde masa nak update blog..Apapun inilah tinggalan tulisan untuk suami dan anak-anak ku bila aku takde nanti.Aku cuba buat yang terbaik untuk mereka selagi aku masih lagi bernafas dan tanggungjawab isteri dan ibu akan aku pikul sekalipun aku harus merangkak.

Sentiasa memastikan mereka selamat, sihat dan mendapatkan yang terbaik dari aku.Melalut lak aku nih..Ni aku nak share Collagen yang tengah hot sekarang.Yang ni aku terbeli purple kaler..Memang banyak beza ngan yang kuning aku beli.Dari segi rasa of koz lah, dari segai kuantiti pun sama.Pelik lak aku, padahal sama je 100gm tapi yang ni aku dapat sikit je hasilnya..seminggu dah habis wat minum..yang kuning banyak kot dapat dua bekas...takperlah benda dah beli kan..


Dah siap rendam semalaman..masa tuk merebus lak.Aku letak daun pandan nak bagi wangi..hehehe