Friday, July 25, 2014

Dugaan Raya

Kita hanya merancang, tuhan penentu segalanya.Hari plan awal nak settle kan pasal kete sebab esok nak jalan jauh.Balik Kuantan untuk raya katakan..Tapi tak sangka  plak otw balik pas wat keje liar, somi terlibat dengan kemalangan pulak.Syukur tak apa-apa even kete kemek jugak kat depan.Dia melanggar buntut kete orang.So wat to expect???

Apapun terima dengan hati terbuka, redha dan tawakal.Semua nya dah tertulis dan benda bukan dalam kawalan kita.Dia sebaik-baik perancang.pasnih terpaksa claim insurans tuk both party nyer covered default.Dan akan start bayar insurans seperti asal balik.Takper lah ada la rezeki tu nanti kan...sentiasa berprasangka baik..insha Allah..



Friday, July 11, 2014

Sosej Roll


Arini nak share resepi sosej roll plak.Mungkin ramai dah tahu macam mana nak buat.Sebenarnya dah lama rumah nih tak beli roti, maklumlah sejak dah reti wat roti sendiri kan.Kalau beli pun, beli roti yang ada inti je.


Oklah share 1st step..kita gilingkan roti hingga nipis..pastu buangkan tepi-tepi tu sebab nak bagi nampak cantik je.Padahal yang tepi tu la yang banyak khasiat..he3

pastu gulungkan sosej dan gamkan dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.Kira jadi gam la.Pastu potong dua..salut telur dan bread crumbs baru goreng..senang kan..



telur


bread crumb- yang ni aku beli kat bakery.nak buat sendiri boleh je..bakar sekejap roti pastu blend kering...



Sunday, July 6, 2014

Gigi Atas Pulak Tanggal



Dah nak masuk 2 minggu gigi depan goyang.Tanggal tak jugak.Ingatkan lambat lagi.Rupanya sama kes macam gigi bawah.Gigi dah keluar dan menolak gigi asal.So kita tengok je lah macam mana rupa gigi baru tu nanti.Terkejut jugak tiba-tiba tengah masak anak menjerit dari dalam bilik air cakap darah, darah..Dah boleh agak gigi tu tanggal tapi yang konfius gigi x tahu ke mana..masa meludah  nampa darah katanya..ermmm yang pasti dia tak telan sebab dia cakap dia kumur2 je.Itupun sebb nak kuarkan darah.Berus gigi pun tak sebab bulan pose dah cakap siang2 x boleh masukkan apa2 dalam mulut and alhamdulillah dia faham..semakin membesar anak ibu..dan itulah harta dan perkembangan mereka di depan mata aku..


p/s: jangan gelak or tenug dia lama2..nanti merajuk.ha3 lucu pulak muka minah nih rongak..

Siakap Masak Stim


Alhamdulillah berbuka dengan ikan siakap stim semalam.Nak update n3 semalam tapi dah kepenatan dengan rumah dan layan anak-anak.Plus kena pergi bakery untuk beli bahan untuk buat kek lapis tempahan orang.Rezeki jangan ditolak.


oklah nak share resipi untuk ingatan dan panduan aku sendiri dikemudian hari.Maklumlah bila dah meningkat umur hormon pelupa tu terlebih-lebih.Nak tak nak kena refer something sebelum buat sesuatu.Nak ingat semua resepi memang tak boleh lah kot.Kalau orang lain tu aku tak tahu ler..otak lain-lain, memori besar sikit boleh simpan banyak kan..he3


Resepi Siakap Masak Stim

sekor ikan siakap dibelah tengah
1 inci halia -dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris
1/2 batang lobak merah -dihiris
sebiji tomato -dihiris bulat
1 sb sos tiram +1 sb sos ikan(gaul sekali)
cili merah/hijau -dihiris
sebatang serai -diketuk
2 biji asamboi putih
sedikit garam

gaul semua bahan pada ikan dan tabur kan sayur2 atas ikan dan sekeliling..kukus lebih kurang 15 minit.Pastikan kukusan cukup-cukup panas sebelum ikan dimasukkan yer..selamat mencuba.Alhamdulillah anak suka dan hari ni insha Allah buat lagi sekali sebab anak nak lagi..

Tuesday, July 1, 2014

My Sushi

Nak gelak pun ada, mana tak nya xpernah-pernah buat nak buat plak.Ini semua gara-gara somi nak sangat suh try buat.Sebabnya anak suka makan, so tak salah nak try buat sendiri kan.Yang penting halal.Nak makan kat sushi king memang tak lah sebab kompom-kompom tak halal.Tak cayer?sila cek kat jakim untuk status halalnya.Nak buat sushi nih bukan senang yer.Maksud x senang tu dari segi nak cari bahan-bahan yang halal, bukan takde jual tapi susah nak cari.Kalau main beli je memang senang, sebab memang banyak jual bahan-bahan untuk buat sushi ni even seaweed pun mostly x halal tau...kena check betul2 sebelum beli..


cukup lah untuk permulaan kan..untuk anak satu..mak ayah satu yang ada sambal ikan bilis..he3