Semoga kisah di bawah menjadi pengajaran yg paling berguna untuk diri tuan2 dan diri saya sendiri. Insya Allah..
Kisah ini dikatakan berlaku pada era selepas zaman para sahabat.. Wallah hu alam...
Pada ketika itu ada seorang hamba Allah yang sangat warak dan rajin beribadat siang mahupun malam. Tidak pernah dia sekali pun melanggar perintah yang di suruh dan melakukan perkara yg di larang Allah.
Pada suatu malam datang Syaitan cuba menguji hamba Allah ini tadi. Maka terpedayalah hamba Allah ini, lalu berjanji untuk bersahabat dengan syaitan itu. Pada malam itu syaitan dan hamba Allah itu berboraklah sehingga masuk waktu Subuh. Hamba Allah ini tidak menunaikan solat Subuh. Syaitan dah senyum sikit.
Sambung borak lagi, sehingga masuk waktu Zuhur. Hamba Allah ini tidak bersembahyang Zuhur juga. Syaitan tambah gembira lalu berkata dalam hati "dia ni lah sahabat aku dunia & akhirat." Terus berborak lagi sehingga masuk waktu Asar. Hamba Allah ini terus asik bercerita dan tidak menunaikan solat Asar. Syaitan dah mula pening kepala.
Sambung borak lagi, sehingga terlepas waktu Maghrib dan Hamba Allah ini tidak mengerjakannya. Syaitan langsung tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Hamba Allah dan syaitan terus berborak sehingga masuk waktu Isya'. Hamba Allah ini juga tidak menunaikan solat Isya. Terus syaitan berkata :
Syaitan : Aku tidak mahu lagi menjadi sahabat ko wahai Hamba Allah.
Hamba Allah : Mengapa begitu? Bukankan baru malam tadi kau berjanji mahu bersahabat dengan aku??
Syaitan : Sesungguhnya aku takut. Tahukah kau bahawa aku ni dulu waktu di suruh oleh Allah untuk sujud sekali sahaja pada Nabi Adam, aku tidak mahu lalu betapa murkanya Allah dan aku di usir keluar dari Syurga Allah untuk selama-lamanya. Inikan pula kau yang telah lima kali sehari semalam menginkarinya. Aku tidak tahu bagaimana murkanya Allah kepada kamu nanti.
Sekian.
Ujian bagi sesuatu kebenaran itu bukan berani mati, tetapi berani hidup.
No comments:
Post a Comment