Wednesday, August 31, 2011

Merdeka Raya

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !...genap 54 tahun dah negara kita merdeka.Bagi mereka yang hidup sebelum merdeka mungkin ianya mmg sesuatu yang amat2 bermakna.Dan bagi generasi lepas merdeka macam aku nih, merdeka mungkin x terasa sangat seperti generasi sebelumnya.Apapun aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi yang aman dan damai even dalam keadaan pelbagai kaum.Saling menghormati hak, kepercayaan dan sensitiviti sesuatu kaum..itu yang menjadikan Malaysia unik berbanding negara2 luar yang lain..

Aku bangga Menjadi Anak Malaysia...selamat menyambut Merdeka raya..(raya kedua+ merdeka)

Tuesday, August 30, 2011

Kek Lapis Masam Manis

Ini satu lagi kek yang aku buat...kek Masam Manis.Bahan utamanya Haw Flake.Manisam merah berbentuk sebesar duit syling seposen warna merah.Lupa plak nak ambik gambar sebelum buat kek tadi.Even sampah pun dh buang.Just share pic je lah yea..next time aku masukkan resipi.



Selamat Hari Raya 2011

Selamat sudah menjalankan ibadah puasa tahun nih.Alhamdulillah, berjaya jugak aku puasa penuh even tahun nih mencabar jugak.Dalam keadaan menyusukan anak dengan kerapnya rasa lapar..tuhan dan orang2 yang pernah melaluinya saje yang tahu.Tapi aku syukur..1st quarter aku berjaya menyusukan anak tanpa susu formula n air masak.

Tahun depan tak tahu berjumpa lagi dengan ramadhan macam tahun nih.Apapun aku bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa dan masih mampu bernafas dengan izinNya.Tahun nih turn beraya belah suami.Rindu kat kampung, ibu dan ayah ,nak jenguk pusara arwah adik perempuan aku yang meninggal 8 tahun yang lalu.Rindu sangat ngan arwah.Seorang yang manja dan kuat semangat.Kental dan tak mudah melatah dengan sesuatu yang berunsur marah, atau kecik ati.Mungkin itu yang menjadikan dia kesayangan Mu ya Allah.Terlalu mensyukuri setiap pemberian dan dugaan yang Engkau berikan.

Bulan depan genap setahun aku tak jumpa mak ayah aku..Hanya sekadar bertanya kabar melalui telefon.Cukuplah untuk masa sekarang.Doa ku untuk mereka tak kan ku lupa selagi nyawa ni dipinjamkan.Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui, Apa yang dibelakangku dan yang tersurat mahupun tersurat.Andai hidupku lebih baik dari matiku, kau redhakanlah segalanya..berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan hidup.Dan andai matiku lebih baik dari hidupku...kau permudahkan aku menemuiMu...dan matikanlah aku dalam Hushun Qatimah..

Sunday, August 28, 2011

Kek Lapis Tembikai


Ari nih aku just nak share kek lapis yang aku wat tuk raya.Even tahun nih turn raya umah suami.tapi disebabkan suami kena keje, so kena lah tunggu dia cuti baru balik kampung kat kuantan.Selalunya tiap2 tahun kalau turn umah suami raya kat Melaka je sebab adik-beradik belah mak mentua akan berkumpul umah atok kat air Pa'bas Alor Gajah.Tahun nih beralih angin lak...so raya lah kat kuantan for the 1st time..(untuk aku n suami).

Awal2 lagi mak adik ipar aku bagitahu yang mak mentua aku suh aku buat kek lapis sarawak.Bukan tak pernah buat cuma yelah, time raya mesti nak suh buat baru ada feel raya.Alhamdulillah aku dh pun siapkan dua kek...satu Kek Lapis Tembikai dan Satu lagi Kek Masam Manis.Satu kek kena bahagi 3..sebab aku nak bagi untuk pengasuh anak aku, keluarga mentua dan of course lah umah aku.

Ini lah kek lapis tembikai yang aku wat.Even xde lah tersusun macam orang expert buat.Tapi at least aku berjaya siapkan even anak2 kejap2 mengacau ...


 Ini resipi bagi sesiapa yang nak try buat.Just ikut sukatan kompem akan jadi..Tapi kena patient lah k..

KEK LAPIS TEMBIKAI

10 biji telur
16 oz mentega( 350gm)
200gm gula halus
300gm tepung Hong Kong (xde guna tepung gandum je)
1 tin srikaya kecil
1 tin kecil susu manis( anggaran 495g)
1 paket serbuk santan (50g)
1 botol coklat chip dijadikan biji tembikai
1 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanlla
pewarna hijau, kuning dan merah


cara membuatnya:
1.Pukul butter dan susu sehingga putih...ketepikan
2.Pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanilla
3.Satukan adunan butter dan telur.Pukul hingga sebati
4.Masukkan srikaya, serbuk santan dan pukul hingga kembang.
5.Masukkan tepung sedikt demi sedikit.Gaul sebati
6.bahagikan adunan kepada 3 bahagian.3 lapisan hijau, 2 lapisan kuning dan selebihnya lapisan merah.
7.Setiap satu lapisan 2 senduk.bakar berlapis2 200Fh selama 8 minit.

Thursday, August 25, 2011

Raya 2011

pejam celik pejam celik dh masuk 25 hari berpuasa ari nih.Dan waktu dh nak dekat-dekat nak raya ni lah mmg macam2 benda nak buat..tukar langsir, baju baru, kasut baru, tudung baru.Apatah lagi kalau ader anak.Semestinya keperluan anak didahulukan (kita xde pun xper).

Semalam jenuh jugak mencari baju anak.Konon nak sepasanga adik- beradik.senang sikit.Maklumlah kang balik umah mentua terbasuh baju ramai2 x jumpa lak baju anak kita.E2 contohn je..so far xde lagi benda macam tu jadi.Memandangkan anak sulung aku nih pun dh masuk 3 tahun setengah,so rasanya better dh xyah nak pakai gaun sangat sebab mcm x sedap lak mata aku nengok(mata orang lain aku x tahu lah).Aku nak suh dia pakai suar n t-shirt or kemeja je pasnih.Lagipun sopan sikit.Biar turn adik dia lak pakai dress.

Sekarang si kakak pun x pakai pampers since 2 tahun 1/2...genap 3 tahun bulan 3 lepas dh x pakai pampers siang n malam.Save sikit duit pampers.Sekarang plak dh x menyusu...tapi sumber kalsium still kena bagi hari2..under other meals...

Tahun nih kena beraya sendiri sebab hubby keje raya pertama dan kedua.Xperlah...janji ada di sisi dia.Xkan nak tinggal dia raya sorang2 lak kan?Apapun semoga hari2 mendatang memberikan sinar kebahgiaan tuk kami berdua..bukan je hari raya.Kadang waktu raya nih kita xsedar kita nih berbelanja terover, tukar perabot beria..tujuan nya satu..untuk orang tengok...x pasal2 jadi riak lak...

Aku harap anak-anak akan gembira beraya tahun nih, even lambat balik kampung...yang paling penting berkumpul adik-beradik.Buat mak ayah di kampung, tahun nih turn umah mentua plak.Xleh nak beraya sesama.Nak mintak maaf x semetinya tunggu hari raya kan???Semoga Allah permudahkan segala urusan ku, dunia mahupun akhirat.

Sunday, August 14, 2011

Cara Menghilangkan Marah

"Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang"

Wednesday, August 10, 2011

6 Kelebihan penyusuan air susu ibu

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.

Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.


p/s: ikhsan dari

http://malay.uptomu.ne

Sunday, August 7, 2011

KENAPA AIR MASAK TIDAK SESUAI UNTUK BAYI ?CUKUPKAH DENGAN SUSU IBU SAHAJA?

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

=========================================================

Bayi tidak perlu makanan, minuman selain susu ibu

APABILA memperkatakan khasiat dan kebaikan penyusuan susu ibu, ramai yang sudah mengetahui dan mengakui kebaikannya. Malah, beberapa kajian yang dibuat di seluruh dunia mendapati, kandungan khasiat susu ibu tidak setanding dengan mana-mana susu yang ada di pasaran.

Walaupun syarikat pengeluar susu formula dari semasa ke semasa cuba menambahkan pelbagai rumusan dalam susu yang dihasilkan, khasiatnya masih tidak dapat mengatasi susu ibu. Kandungan semula jadi antibodi dalam susu ibu yang boleh mencegah penyakit seperti selesema, batuk, lelah dan cirit- birit pada bayi ternyata, tidak mampu dicipta hingga ke hari ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Wan Hamilton Wan Hasan, berkata wanita yang baru bersalin jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Jika seseorang wanita itu berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini sudah pasti ibu berkenaan mampu memberikannya susu terbaik, iaitu susu badan sendiri yang dianugerahkan semula jadi kepada ibu baru bersalin.

Dr Wan Hamilton berkata, sebaik-baiknya jangan berikan bayi susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu hingga berusia di antara empat hingga enam bulan.

Katanya, selain mengandungi antibodi, susu ibu juga banyak kelebihan lain. Antaranya ialah mengurangkan risiko barah payudara dan ovari, membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Di samping, mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

Kata Dr Wan Hamilton, amalan penyusuan susu pada bayi juga satu kaedah terbaik untuk merancang keluarga. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam tempoh empat hingga enam bulan pertama akan melewatkan kedatangan haid dan sekali gus boleh menjarakkan kehamilan.

"Malah, penyusuan susu ibu paling baik bagi membantu wanita melangsingkan badan semula selepas bersalin. Kebanyakan wanita sukar mengembalikan potongan badan bentuk asal selepas bersalin kerana ketika mengandung, berat badan akan naik sedikit. Tetapi, selepas bersalin kandungan lemak yang tertinggal di antara 200 gram hingga 300 gram akan dibakar dengan cara menyusukan anak," katanya ketika berceramah pada forum awam sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum awam itu anjuran Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia dengan kerjasama Puspanita HKL dan Persatuan Wanita Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras.

Dr Wan Hamilton yang membincangkan mengenai Faedah Susu Ibu dan Kehidupan Kanak-Kanak, berkata selain itu penyusuan susu ibu adalah mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, pada bila-bila masa dan tidak memerlukan penyediaan. Di samping, menjimatkan kerana keluarga tidak perlu membeli susu formula dan peralatan penyusuan.

Katanya, dakapan hari pertama menyusukan anak adalah waktu yang amat penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu tetapi susu awal ibu yang pekat dan berwarna kekuningan ini sangat elok diberikan kepada bayi. Walaupun tidak banyak, kandungan zat yang tinggi dalam susu awal ibu sudah cukup untuk bayi yang kali pertama menikmati hisapan payudara ibunya.

"Susu ini dinamakan kolestrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi daripada penyakit. Kolestrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi," terang beliau.

Jelasnya lagi, proses pembentukan dan pengeluaran susu ibu adalah hasil tindak balas otak yang mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin apabila hisapan dikenakan pada puting dan tampuk susu (areola).

Kata Dr Wan Hamilton, pengeluaran susu dikawal secara semula jadi oleh hormon itu dan ia bergantung kepada keperluan bayi. Semakin galak bayi menghisap, makin banyak hormon dibebaskan dan lebih hormon bermakna lebih banyak susu terhasil.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, bagi memastikan penyusuan susu ibu berkesan beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya:

* Memastikan kesihatan baik.
* Membuka minda dan sentiasa meningkatkan pengetahuan.
* Pemeriksaan kesihatan ditingkatkan ketika kehamilan.
* Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga yang lain.

Katanya, kurang sokongan ahli keluarga menyebabkan ibu muda terutamanya, kurang yakin akan kebolehannya untuk terus menyusukan bayi. Ini antaranya membabitkan kes suami kurang bersetuju kerana berasa seolah-olah terabai apabila isteri memberi tumpuan kepada si kecil. Malah ada juga yang bergantung kepada isteri untuk melakukan tugas rumah.

* Kurang sokongan keluarga akan melunturkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayi dan ia berpanjangan kepada anak seterusnya," kata Dr Wan Hamilton.

Selain itu, katanya, bagi pasangan yang kurang mendapat sokongan mentua, penjelasan mengenai kebaikan susu ibu perlu bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham.

"Keadaan tegang seumpama itu boleh mempengaruhi kadar pengeluaran susu ibu kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan aspek emosi. Jika emosi ibu terganggu, kadar pengeluaran susu dan keinginan anak untuk menyusu juga terjejas dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan," katanya.

Dr Wan Hamilton berkata, dalam keadaan tertentu ada wanita yang tidak boleh menyusukan anaknya, iaitu ibu menghidap HIV dan juga yang menghidapi penyakit barah serta sedang menjalani rawatan. Bagi ibu yang disahkan menghidapi HIV jika menyusukan anak, risikonya adalah tinggi. Bayi berisiko 50 peratus dijangkiti penyakit bahaya itu jika ibu menyusukannya.

Sementara itu, wanita yang menghidapi barah tidak boleh menyusukan anak ketika dalam rawatan kerana dibimbangi bayi akan turut mengalami kesan ubat dan rawatan bagi menyembuhkan penyakit itu. Ini membahayakan kesihatan bayi itu.

Turut berceramah, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang membicarakan topik Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Islam, berkata, kemajuan gaya hidup yang dicapai hari ini menyebabkan ada segelintir ibu bapa menafikan hak penyusuan anak mereka.

"Ada ibu bapa beranggapan, amalan penyusuan susu ibu kononnya, tidak moden dan tidak glamour. Justeru, untuk menyesuaikan dengan kemajuan hari ini, mereka memilih susu formula menjadi pengganti susu ibu. Apabila ibu bapa bermain dengan perasaan seumpama itu, ia sekali gus menafikan hak anak itu," tegas Mohd Zainuddin.

Katanya, amalan penyusuan ibu dilihat sesuatu yang penting dalam kehidupan bayi dan ini dibuktikan sejarah zaman Rasulullah. Sebaik saja seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, keluarga atau waris akan mencari ibu susuan untuk bayi berkenaan.

"Keluarga atau waris akan memilih wanita keturunan baik-baik untuk menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan, betapa penting susu semula jadi yang dihasilkan oleh manusia lebih baik daripada haiwan untuk diberikan kepada anak," ujarnya.

Kata Mohd Zainuddin, dalam Islam persoalan memberi susu kepada anak ialah tugas ibu tetapi ia tidak bermakna bapa harus melepaskan semua bebanan itu kepada isteri. Sebaliknya, bapa juga turut bertanggungjawab memberikan makanan yang baik kepada anak baru dilahirkan itu.

"Dalam Islam adalah hak ibu untuk menuntut bayaran daripada ayah (suami) jika diminta menyusukan anak. Bagaimanapun, arahan itu bukan sesuatu yang mutlak dan sebaik-baiknya dipenuhi mengikut kemampuan suami. Dalam hal ini, amat baik jika bapa bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup dan memastikan isteri mendapat makanan berkhasiat supaya amalan penyusuan secara semula jadi dapat dilakukan tanpa halangan dan masalah," jelas beliau

Katanya, jika bapa (suami) meninggal, hilang atau tidak dapat dikesan ketika bayi itu dilahirkan, adalah menjadi tanggungjawab waris memberikan nafkah kepada wanita itu bagi memastikan hak penyusuan anak dapat dilaksanakan.

Mohd Zainuddin menambah, sekiranya suami atau isteri hendak memutuskan susu ibu, kedua-duanya mesti berbincang sehingga mencapai persetujuan yang sama.

"Si isteri atau si suami tidak boleh membuat keputusan melulu jika hendak memutuskan susu ibu pada bayi. Sebaliknya, mereka perlu berbincang dan membuat keputusan bersama kerana ia membabitkan masa depan dan kesihatan bayi itu," katanya.

Sumber: Berita Harian - Wed, Aug 28, 2002

By Nor Affizar Ibrahim

Tuesday, August 2, 2011

Puasa ke 2

Hari nih dh masuk ari ke 2 berpose..sebelum tu aku nak share semalam nyer juadah berbuka.Maklumlah berbuka sorang2 ngan anak yang x pose pun lagi sebab suami keje petang so berbuka kat tempat keje je.Aku just panaskan lauk rendang aku n wat mee goreng.Bukan mee kuning biasa tu tau, tapi mee lidi..n3 sebelum nih aku dh tunjuk mee lidi tu mcm mn.Cuma semalam aku goreng ikut version betul nyer..letak udang kering, br rasa caw sikit..




inilah mee goreng lauk berbuka aku semalam..tapi kena tinggal sikit tuk my hubby sbb dia nyer febret...selain tu aku wat sagu mata ikan tuk bagi kat jiran2.Sedekah bulan pose katakan..



Ari nih lak aku x tahu nak masak pe tuk berbuka.Ikut aku mmg wat smple2 je sekali lauk tuk sahur malam kang.1st kena pikir lauk tuk anak baru masak lauk tuk diri n suami.Plan nak masak kek lapis pun x tahu lagi sbb anak x sihat plak.Baru je balik klinik n doktor tuh siap suggest suh beli air "florida water" kat kedai ubat cina...Nak tahu rupa dia mcm mn...???


Ini lah air tuh..boleh sejukkan badan budak kalau panas.Dah try tadi, so far alhamdulillah mmg sejuk badan.Harap2 ari nh dia xlah panas badan lagi...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Alahamdulillah hari nih dah bermula puasa tuk tahun 2011 bersamaan 1432M.Syukur sangat sebab dapat bertemu kembali bulan yang mulia ini..maksudnya x lama lagi nak raya.E2 yang bertambah seronok.Tapi yang menyedihkan aku pulak dua-dua anak dara aku nih tetiba demam lak start malam tadi.Demam x delah merengek-rengek macam sesetengah budak.Tapi badan panas.Yang si adik dah letak cool fever n lap badan ngan towel basah ok je..tetiba si akak pulak yang sibuk nak makan ubat.Ingatkan dia main2 sbb dia memamg suka makan ubat.Bila pegang kepala mmg betul panas.Bagilah panadol syrup kat dia.Lepas je makan ubat terus tido.Nasib baik malam x de nak merengek-rengek dua-dua nih.

Lama jugaklah si akak nih x demam..last demam ms umur setahun.e2pun sbb nak demam nak pandai org ckp.Harap2 hari nih ramadhan n badah pose ku berjalan dengan lancar walaupun hat tetap x keruan mengenangkan anak.Lagi-lagi anak kedua yang menyusu badan.