Monday, January 30, 2012

Duit Syiling Baru 2012

Walau pun dh nak masuk sebulan lebih dilancarkan, baru ari nih aku dapat duit syiling edisi ke3 yang dilancarkan pada 21 Disember 2012 lepas.Dapat jugak tengok duit 20sen, berwarna keemasan dan bentuk lebih kurang duit 10sen lama.Kecik n ringan.


ihsan google


Duit syiling 50 sen
Ikon Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen baru ini amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.

Duit syiling 20 sen
Ikon Bunga Melur
Bunga melur yang mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia dipaparkan pada duit syiling 20 sen baharu.

Duit syiling 10 sen
Ikon Motif Orang Asli
Warisan orang asli di Malaysia diabadikan dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Mari pada duit syiling 10 sen baru.

Duit syiling 5 sen
Ikon Destar Siga
Destar siga yang merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, menjadi corak pada bahagian hadapan duit syiling 5 sen baru.

Sumber: www.hmetro.com.my dan BNM

Kenapa Subuh tanda kekuatan


Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.

Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.

Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.

Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.

Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.

Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Artikel Dikarang Oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sunday, January 29, 2012

Kaedah Perancangan Keluarga

1. Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

3. Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4. Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

* Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
* Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.

Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

5. Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta

Hari2 yang menyenangkan

Ari nih dh masuk 4 hari hubby aku nyer motosikal kat bengkel.Nak tukar apa, aku pun x tahu.Maklumlah moto lama.Dah sejak khamis lepas jugak aku jadi pemandu untuk ayah dan anak..Kebetulan hubby keje pagi.Awal-awal pagi dah bangun, mandikan anak sulung sebab nak hantar ayah dia keje dulu n pastu direct hantar dia pegi tadika.Kalau x mandi sebelum hantar ayah dia memang x sempat la nak pegi sekolah ontime.Nasib baik dia x meragam nak bangun n nak mandi air sejuk pagi2...okla tu kan???

Petang nya pulak kena pegi ambik ayah dia balik keje.Dua hari jugak aku penat kejar sana sini.Tapi xperlah, bukan orang lain pun kan???Kalau x disebabkan motor tu rosak, xde lah jugak nak jalan2 otw balik umah tuh..heeeeheh

Semalam, kitorang duduk umah dari pagi sampai petang..aktiviti???main game n layan anak2 menyepahkan rumah.Pastu wat taik mata..petang baru g jalan2..saje nak kenal jalan2 baru yang tembus-menembus kat Melaka ni.Pendek kata short-cut lah.Dalam pada tuh sempat jugak singgah kedai beli periuk.Bukan sebab kat umah xde periuk, cuma nak menambah koleksi periuk2 yang besar2.Senang kalau family datang-datang umah.Kalau nak beli sekali harung cukur kepala la jawabnya...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Lagipun bila dah berfamili kenalah ada semua keperluan..kalau leh nak kena penuhkan umah macam kat kedai.nak apa?sebut je semua dah ada...tapi kena kumpul lah kan.Tak kumpul mana nak dapek...tak kisahlah barang jenama ke x...janji boleh pakai.Kalau beli jenama sangat kang orang segan nak guna plak.Bagi yang suka jenama mahal2 tang periuk n barang2 lain terpulang masing2 nyer citarasa..cuma bagi aku, mahal ke x...yang penting boleh guna.Mahal kalau mampu x per..


Saturday, January 28, 2012

semuanya dah ok

Ari nih rasa pakai laptop baru je..khamis lepas komputer tiba2 jam n heng...file corruption..habislah gambar2 anak aku dalam komp nih..dah xde rezeki nak simpan gambar dia..nak wat macam mana..bukan kita nak pun.Tapi alhamdulillah ari nih dah ok.Kawan hubby dah format kan balik..terima kasih en.hafis sebab bagi service percuma..moga murah rezeki k...

Yang best nya jugak..mesin jahit aku pun dh leh guna balik.Siap dh sepasang baju kurung anak sulung aku.Maklumlah bila dah masuk sekolah nih, terpaksa lah nak guna baju kurung memanjang..hehehe apapun semua terjadi ada hikmahnya..dan belajar dari kesilapan sendiri...adios

Wednesday, January 25, 2012

Rasa nak tido je

 ihsan google

Macam mana leh sakit tekak tiba2 dan selsema..berjangkit dengan anak2 agaknya..baru balik bawa anak pegi klinik isnin lepas..sekarang turn aku lak..ooo tidak...mula lah kepala rasa nak tido je..tapi umah kena kemas jugak, baju kena basuh, umah kena sapu,masak...banyak pulak keje time2 gini yang mana mood aku memang malas melampau...

Tunggu hubby balik petang kang, nak kena g klinik gak...x tahan  rasa nak menahan selsema nih..uhuhuhuhuh kebetulan pulak hubby bawa kete pegi keje ari nih sebab motosikal masuk bengkel...kalau x aku dah pecut klinik yang dekat2...


Tuesday, January 24, 2012

selamat Harijadi....bertambah satu lagi tahun

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan hambamu ini..Allah selamatkan kamu.." versi anak nyanyi....x sangka menjengah jugak tahun 2012 dengan sihat dan walafiatnya.Syukur2 tak terhingga kerana dipinjamkan lagi nyama untuk tahun nih..Apapun bertambah lagi amanah dan bertambah lagi dugaan dan ujian akan Dia berikan...

Tahun ni tahun ke5 aku sambut harijadi dengan suami,x pernah celebrate pun...kalau ada pun just potong kek n kuar makan.Sekadar mensyukuri umur yang bertambah...tapi semalam, xde kek, sebab x nk membazir...akupun xde rasa nk mkn kek sgt...tapi aku wat cheese tart 4 myself...pastu kuar mkn pizza sebab anak yang lebih...asyik sebut nk mkn pizza,aku lagi lh x masuk sgt pizza2 ni.Tapi sekali-sekala xperlah kan?layan kan ajer...

Lagipun dengan aku x keje lagi, so kena berjimat apa yang patut.dahulukan benda yang penting-penting.Anak dah masuk sekolah, keperluan dia kena dahulukan. Apapun, syukur kerana rezeki yang Dia bagi...walau x semewah orang lain, aku tetap bersyukur...Dia tahu yang terbaik untuk hambaNya seperti aku ini.Aku harap, satu hari nanti aku sempat 'menyenangkan'kedua orang tua ku, mentua ku dan menjenguk mereka sekerap yang mungkin.

Umur dah bertambah..bertambah pada angka..semoga aku akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.Menjadikan semalam sebagai kenangan dan esok sebagai harapan.Aku hanya manusia biasa yang x lari dari kesilapan.Dan aku harap aku x kan jadi sombong, ego dan ujub pada kesenangan dunia yang sememangnya x layak untuk dibanggakan langsung...sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...terlalu banyak benda yang berlaku dalam hidup aku...tapi e2 semua ujian yang mana datangnya untuk menguji dan bukan lah masalah besar.Selagi ingat Allah itu ada, ujian dunia hanyalah sikit kalau dibandingkan balasan akhirat...

Harapan aku pada harijadi aku tahun nih...semoga kebahagiaan aku, suamiku, anak2ku, kaum keluarga ku dan adik-beradikku sentiasa berpanjangan ke akhir hayat kami...
























Friday, January 20, 2012

Mukjizat Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan…

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Penat...tapi lega

Sekejapnya masa berlalu..tinggal seminggu lebih lagi dah habis bulan januari...2012..Ari ni hubby aku rela ati lak offer nak hantar anak sulung aku pegi tadika.Biasa aku hantar sebab dia bz keje..x kisahlah tu kan, nama pun keje tuk kuarga jugak.Tapi ari nih nak hantar lak..sebabnya, lepas tu dia nak g memancing...dah agak dah, kalau baik hati sangat mesti ada benda dia nak buat.yela takut aku bising..(malas nak bising dah pun).Yang kesian nya, time dia hantar lak hujan...g hantar naik motor, apa lagi kena la redah gak kalau nak balik kan???

Balik tengahari, aku ambik pulak sebab hujan x benti lagi.Kesian anak takut kena hujan, demam satu kerja lak aku..heheheh balik tuh aku dengar pengumuman kat masjid besar Alai, area kawasan aku nih berita kematian...ibu yang meninggal masa melahirkan...kesian plak dengar tapi Dia lebih mengetahui..mati syahid lah dia kan???untung nya...kita nih x tahu lah macam mana pulak.

Lepas solat zohor, ingat nak g cari acuan tuk tart...alih2 kedai kek tutup lak.Nak raya kot..orang nak buat preparation tuk makan malam lagi, baju2 raya lagi kan..xdpt lah nak buat cheese tart sok.huhu xperlah, mak mentua datang sok boleh lah aku ajak jalan2 cari kedai kek jauh sikit...hihi

Balik rumah lak, abang posmen kol, cakap dh sampai depan rumah nak hantar delivery...mak aku kirim cencaluk dan udang kering.Maklumlah tekak orang kampung macam aku nih, x makan makanan asal usul memang x sah.Even makanan kat Melaka nih x kurang best...apapun terima kasih mak...dan kakak yang mengepos tuk adik mu ini...:)

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah..ini lah rezeki namanya

Semalam dh dapat surat actually voucher tuk BR1M..tuk sapa-sapa isirumah yang berpendapatan <3k yang diwar-warkan oleh kerajaan hujung tahun lepas.Alhamdululilla lepas jugak tapisan dan hari nih hubby aku dh pun pegi ambik kat Japerun Telok Mas.Dekat dengan Sekolah Menengah Telok Mas..Hari nih jugak aku dapat surat dari SPA tuk ujian bertulis Jawatan Penguasa Kastam w-41...aku sendiri pun x ingat bila aku mintak pos nih..apapun alhamdulillah, syukur walau blom dapat pun keje nyer lagi.Kalau ada rezeki x ke mana..kalau xde redha je lah...rezeki, jodoh, ajal, maut...e2 semua keje tuhan..jangan jadi munafik lak menidakkan keje tuhan..caw cin caw...thank buat hubby sebab duit rm500 tuk hadiah tuk aku...ahahhahaa

Tuesday, January 17, 2012

Wanita Perhiasan Dunia

1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber rujukan dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya

2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria

3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya

4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah

5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti


6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya

7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu ekonomi keluarga minima untuk berinfaq,bersedekah dan berzakat

8.Sentiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan makan rasuah

9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya

10. Ia pandai menguruskan kewangan keluarga

Bangun Pagi lagi..

Ari nih hari ke2 anak aku ke tadika..So far, alhamdulillah, kuar2 kete je terus salam n berlari masuk dalam kelas.Excited jumpa kawan-kawan kot.Belum sempat aku jalan lagi dah nampak kawan-kawan dia kuar buku termasuk lah dia.Semalam ader kerja rumah cikgu bagi...menyambungkan titik dot dot..Tak sangka lak dia pandai even x lurus.At least dia dh pandai nak pegang pensel..

Ari nih lak tanya "akak belajar apa ari nih"?..cikgu ajar baca doa makan dan nyanyi ABC...cepatnya masa berlalu..pasal doa aku x heran sangat sbb dia memang dh hafal doa makan tapi ABC tu fail sikit sbb kalau ajar banyak main dari dengar kita ajar.Tengok tv xyah cakap lah...memang kusyuk..tapi sekurang-kurangnya ajar yang termampu je..dalam usia yang masih agak muda dan banyak karenah,terpaksa guna banyak pendekatan...kena banyak bersabar dan kena buat banyak pengorbanan.

Aku cuma harap satu, siapa pun anak ku, macam mana perangai dia, e2 amanah Allah yang telah tertulis tuk aku jaga, pelihara dan didik dengan sebaik2nya.Apapun berlaku dalam waktu-waktu pembesaran nya, e2lah ujian untuk aku..dan aku harap aku mampu mengadapi segala ujian dari Nya...hanya dia yang berhak atas segala kehidupan...:)

Sunday, January 15, 2012

Balik Kampung..kuantan

lama dah x update blog aku yang x seberapa nih.Macam-macam berlaku tanpa disedari,cepatnya masa meninggalkan aku dan juga kita.Nama pun manusia kan??sentiasa lalai dengan urusan duniawi..harap2 kita tak terleka sampai melupakan urusan yang lebi penting yakni akirat...kehidupan abadi kita..panjang lak cerama..saje nak cite last 2 week nyr citer..seari b4 arwa akak ipar aku meninggal..hari pertama persekolahan lak tuh.Tapi disebabkan rasa x sedap ati aku ngan hubby yang baru je balik Melaka isnin tu..rabu kena patah balik Kuantan..sempat pegi sekolah anak bagitau yang akan bercuti sampai hujung bulan 1..tapi disebabkan benda yang mengejut, so x sampai ujung bulan lah cuti nyer..Ni la gelagat dia masa nak pegi...sekolah...- Kuantan..
 Yang kat atas nih pic aku ambik masa otw dari kl- kuantan...masa tu g jenguk arwah akak ipar kat kl...x sangka lak doktor suh bawa dia balik kuantan je sbb ubat2 memang xleh masuk dah.Terkejut dan debar kat hati nih mungkin tuhan je yang tahu even dia bukan akak kandung aku...tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuk arwah..
 Ni lak kitorang balik Melaka lalu Muadzam - Segamat - Tangkak -  Melaka.Balik pun dh petang..so sampai malam ler...
 Sempat lagi singgah makan durian area Jementah x silap..memang kawasan gerai buah2an..Nak makan durian nyer pasal..anak lak nak buah rambutan...tengoklah buah2 yang ada kat gerai nih..Ini pun tokey kedai dh nak tutup kedai..sampai sini pun dh dekat kol 8..
 Sedap la tu kan????
 Siap jilat jari...memang kepanasan lah tido nanti..
 Yang nih Hari pertama persekolahan..Dah daftar kat Jaim..tapi sebab hati x berapa sedap..nak puaskan ati dia ni, bawak jugak pegi sekola pagi2 lagi..pastu terus pecut ke Kuantan...
 Yang nih plak pulut durian tuk kenduri 3 hari arwah..