Sunday, January 8, 2012

Rasa tak percaya

Ari nih dah masuk 3 hari arwah akak ipar aku meninggal...rasa x percaya ada jugak..tapi e2lah kehidupan.Hidup dan mati itu pasti dan takkan lambat atau cepat walau sesaat..Kena redha dengan pemergian  orang yang kita sayang even seberat mana kesedihan...Allah maha mengetahui apa yang berlaku..

Walaupun aku taklah rapat sangat ngan akak ipar aku nih..tapi dia yang aku kenal baik, sangat kuat bekerja, berdikari dan rajin.Kalau boleh semua keje yang dia boleh buat sendiri semua dia nak wat sendiri.Even diwaktu2 terakhir hayat dia, dia still nak bangun pegi toilet tuk mandi or kencing even berpapah.

Pernah sekali malam jumaat lepas (sminggu sebelum dia meninggal) dia jatuh dalam bilik air sebab try jugak nak pegi bilik air dengan berjalan sendiri..Dengan suara xde, dia memanggil orang tuk tolong dia bangun sbb dia memamg xleh nak bangung langsung.Kebetulan aku bangun kencing pagi tuh..tengok bilik dia kosong...so aku try tengok..n sayup2 sore dia dlm bilik air.

Sedih nya tuhan yang tahu...x sanggup nak tengok dia saikit tapi dia memang seorang yang kuat..sepanjang dia mengharungi saat2 terakhir hayatnya..dia xde mengeluh atau menangis.senyuman sentiasa terukir walaupun dalam hati dia memang sedih nak meninggalkan anak2 dia....

Aku doakan dia akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Meninggal pada malam jumaat..memang sesuatu yang sangat baik dan mungkin e2 kebaikan yang tuhan janjikan tuk kesakitan dia di dunia...Mungkin ini juga trajedi yang dalam masa sama tuk tuhan bagi aku sedikit hidayah...berpada2 dan sentiasa beringat dalam kehidupan dunia

Walau sebanyak mana harta yang kita ada, sebesar mana rumah yang kita ada, seberat mana barang kemas yang kita miliki, mahal mana barangan yang kita punya...e2 sikitpun xkan di bawa mengadapNya...so dari situ , aku ingatkan diri aku.kalau ada duit banyak..bahagiakan ibu bapa..cukupkan keperluan yang peru di dunia..dan beringat untuk orang yang akan kita tinggalkan...xperlu lah rasanya memiliki sesuatu yang mahal sekadar untuk kepuasan tetapi tidak mendatangkan apa2 faedah selain menjadikan kita bongkak dan suka menunjuk2...bersederhana dan bersyukur atas rezeki tuhan yang maha Esa...

No comments:

Post a Comment