Plan asalnya nak bawak anak jalan-jalan sementara tunggu hubby main badminton..maklumla dekat sebelah shopping complex je pun..cuma aku xde la jalan kaki, pas hantar dia, aku drive bawa anak-anak pegi Jusco.Ingat nak bawak yang sulung tu main kat tempat bayar...senang sikit nak kontrol, tapi bila pikir kang liat pulak nak balik malas lak aku nak bawak.So kitorang jalan-jalan survey barang.Mana tau ada yang boleh di gunapakai tuk rumah baru nanti.
Nanti kalau rasa benda tu berguna just beli je sebab dah tahu mana nak carik kan???Dalam masa sama nak jugak ler survey barang-barang tuk craft yang diorang jual online tu.Rasa macam tak berbaloi lak beli benda yang boleh beli sendiri kan???so apalagi, aku g lah kat Popular tuk carik 'paint marker'.Dapat dah carik tapi x sempat nak ambik sebab anak nak kencing pulak.Tension kan,bila nak membeli ada je hal....so kira hangus ler tuh...huhuh
Tapi yang bestnya aku jumpa lak kedai nih....D.I.Y...rasa berbunga-bunga lah ati aku nih.Rasa nak melompat sampai dinding pun ye jugak..selalu aku dok search kat google je barang-barang yang diorang jual..alih-alih jumpa..mau tak gumbire....hahahahhaaaaaaaaaaaaaa gelak panjang sikit
ini lah kedai D.I.Y tu betul-betul sebelah Popular..dulu kat sini kosong tak silap..lama tak pegi sebab sini pun just kedai buku je lah yang ada pun,Kalau x pegi kedai buku memang tak pegi sudut nih...tuhan menemukan aku dengan D.I.Y meh tengok dalam lak......
yang nih mini pails..kalau online rega dalam 4.00-5.00 lah jugak...nak tahu rega nya????
rm 1.80 je haaaaaaaa brp manyak untung.Cuma kat sini hanya satu warna sebab stok x banyak lagi diorang cakap..xper dik, akak akan datang selalu..hihihi
yang nih pun sama pattern cuma besar sikit n ada bunga timbul..dalam rm3.80 je kalau tak silap.Leh wat hiasan bunga kecik-kecik..
yang nih pulak topi cina ..e2 panggilan kat kg aku ler..orang gun atuk pegi berkebun je..siap tali..yang nih tuk wat decoupage k..cat dulu warna apa nak.pastu tampal tisu..nak wat tulisan pun ok..xpayah nak beli2..sendiri boleh buat kan???aku x beli pun , sebab malas nak memunggah bila pindah nanti.Dah pindah baru aku beli..
Yang bestnya bila aku balik, bagitahu hubby kat situ ada kedai D.I.Y dia boleh kata dia tahu.Geramnyer..kenapa tak bagitahu aku kedai-kedai yang banyak barang macam tuh...takut aku membeli dan memborong kot..lelaki kan???
Ada a few things jugak aku berkenan kat kedai nih..tunggu masa je aku datang n beli.Tapi tak boleh nak ambik gambar semua sebab bateri dh kong...kang nak tunggu hubby kol pulak.oklah pas jalan-jalan tu bawak anak pegi makan-makan pulak.Big Apple.sebela hotel Straits Meridian je..tapi macam x puas lak makan chicken chop dia yang sedap tapi kuah kedekut..huhuhuhuh
yang pasti aku akan datang lagi sebab sedap..