Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu
segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala
iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya
Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang
dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke
muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah
mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa
maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu
Majah)
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua
Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah
membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang
membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10
kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah
hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu,
kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan
tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah
mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud,
Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan
solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah
dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat
itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w
bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba
Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya.
Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal
dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah
menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR
At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu,
Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus
dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim)
—
No comments:
Post a Comment