Sunday, September 30, 2012

Bunga Topiari

Dari sehari ke sehari nak wat bunga nih..nak beli boleh je, cuma nak asah skill konon.Lagipun bunga banyak kat rumah..bunga lama ler, yang baru memang takkan kacau sebab baru gubah kan?Ari nih bangun tido je pas setel hal rumah terus terpikir nak wat..mulanya batang kayu tu aku ambik dari bunga kayu aku yang dah anak aku patahkan.Aku balut ngan tape hijau tuh pastu cucuk je..

 ni lah bunga lama yang aku maksudkan..

ni la batang kayu pasu tinggu aku yang anak aku patahkan.,Sayang nak buang aku balut je ngan tape hijau pastu cacakkan macam kat bawah nih
abaikan span yang dah nak robek tu yer..dah lunyai dah pun tapi still boleh guna lagi.nak cari rumput tuk tampal tuh kat sini tak jumpa lagi kedai.Tunggu raya haji kang aku belikan kat kuantan...ok ?
 taraaaaaaaaaa...inilah hasilnya
 serabut x??ok lah kan???cuma reben je tak letak lagi kat tenga tiang tu sbb tak beli lagi...ahaks

Saturday, September 29, 2012

Kuih seri Muka

Kenapa lah makin ari makin malas nak jenguk blog nih.Dah lah macam tu, sekarang dah mula rasa nak makan macam-macam...takkan mengandung..na mungkin heeee...tak kisahlah tuh, kalau mengandung alhamdulillah rezeki kan??

Dah beberapa menjak terasa nak makan kuih seri muka nih.Dari umah Mak Mok makan kenduri nak pegi haji sabtu lepas..nak beli boleh je tapi terasa nak buat sendiri sebab nyer...lain kali boleh la buat lagi.Sampai bila nak harap kedai dan beli je kan???sok2 dah tua boleh ler bagi anak rasa air tangan ibu dia nih...:)

Ari nih aku rajin kan jugak buat..

1.sebab anak aku boleh bawa pergi sekolah dan bagi orang rasa

2.aku nak bagi jiran aku..lama dah tak bagi sedekah kat jiran-jiran...raya pun tak sempat nak jemput datang rumah kan??

3.Saje nak asah skill resipi baru..

oklah, resipi nih aku ceduk dari myresipi, resipi asal dari nana... ..kebetulan bahan-bahan pun senang so decide tuk wat ari ni instead nak wat sok, so jumaat anak boleh bawa pergi sekolah..hehehe

tak kisah lah kan, janji ikhlas nak bagi orang makan..x harap apa-apa pun..

aku copy balik resipi kat sini tuk sapa-sapa yang rasa nak wat..tak nak wat leh je tempah ngan aku..hahahhahaa

KUIH SERI MUKA 

Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak     



Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) 

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. 
 sebelum di masukkan ke dalam kukus...
 ratakan dengan sudu yang dibalut plastik tuk mengelakkan ia melekat pada sudu bila ditekan
  1. Untuk lapisan atas:-
  2. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!! 
 gula + telur
 masukkan santan yang dicampur dengan garam
 air pandan..( 300ml +10 helai daun pandan) diblend
 adunan siap ditapis...dan dimasukkan tepung jagung dan tepung gandum

tuang atas atas adunan pulut

 kukus semula selama 1 jam

inilah hasilnya...sori aku dah terpotong ms belom sejuk sepenuhnya..tapi rasanya nyum2


Home Deco

Lama dah tak pergi ke Romantika  n KK Home Deco..bukan xde masa, maklumlah tempatnya susah nak parking..lagi satu aku tak suka sangat sebab diaorang nyer pekerja non friendly ..bagi aku lah, orang lain aku tak tahu..

Baru-baru nih aku jumpa satu lagi kedai Home Deco kat Melaka nih..nak kata jauh tak jauhpun ..dekat je ngan tesco n Jusco Bandaraya Melaka...Pekerja yang friendly dan kita rasa sangat selesa bila masuk kedai nih..

Malas nak cite banyak-banyak jom layan barang-barang yang sempat aku snap ngan kamera hp cap ayam aku..haaahahahah






















Saturday, September 22, 2012

Menu tengahari di hujung minggu



Rasa malas je nak bangun awal-awal pagi.Maklum lah dah hari-hari bangun awal dengan kera-kerja seharian yang tak habis-habis.tapi aku puas dapat melihat anak mmbesar depan mata aku sendiri.Ari nih pas subuh je terus jalankan mesin basuh.Kena basuh 2x sebab baju banyak..Makin ramai ahli keluarga makin banyak ler kain nak basuh kan??

Apapun aku bukan nak cite pasal kain baju sgala..aku nak cite menu yang aku masak ari ni.Kebetulan akak aku nak datang ngan family dia..jalan-jalan Melaka..



 Rendang perut hitam

 telur dadar
 kari kepala ikan siakap
 sayur campur
sup ikan siakap

sup ini tuk anak-anak aku dan anak-anak akak aku..budak-budak bukan makan pedas-pedas kan??so nak masak kena pikir diorang nyer menu dulu..

Friday, September 21, 2012

Bunga Hiasan



Nih bunga yang aku hantar kedai tuk gubah raya ari tuh..senang sikit sebab dah jumpa kedai yang boleh decorate kan bunga even bunga sendiri..so ambik upa gubah je lah..dekat rumah lak tuh..syukur2..





Muffin pandan berinti coklat cadbury

assalammualaikum...dah nak masuk 2 bulan aku tak jenguk blog aku nih.Takde masa langsung.Maklumlah dah lepas raya nak kemas rumah lagi.Balik kampung lama katakan...Sian hubby kena tinggal lama sorang-sorang..Tapi sekarang semua dah kembali normal.Rutin arian masih diteruskan seperti biasa.Kerja-kerja kosong masih lagi dalam pemerhatian...tak penilaian..hihihi

oklah back to the main story, aku nak share kan muffin pandan yang aku wat semalam.Idea asal muffin pandan dari blog kak izzah ..aku copykan link tuk korang-korang semua yang nak try k..

muffin pandan berinti coklat cadbury

Bahan2nya

1 1/2 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 keping  coklat masakan di potong kiub kecil2 – aku guna coklat cadbury
sedikit coklat rice ( hiasan – tak de pun tak pe… )
sedikit gula icing ( hiasan)

Cara Penyediaan
1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla,  gula, vanilla, pandan emulco  dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing…
** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…

inilah hasilnya...



 nampak tak coklat kat tengah tuh..alhamdulilla masa entry nih ditulis semua dah selamat dalam perut aku ngan anak-anak..si kecik tu pun dah pandai nak makan kek..hihihi xper nanti ibu buat kek lagi..