assalammualaikum...dah nak masuk 2 bulan aku tak jenguk blog aku nih.Takde masa langsung.Maklumlah dah lepas raya nak kemas rumah lagi.Balik kampung lama katakan...Sian hubby kena tinggal lama sorang-sorang..Tapi sekarang semua dah kembali normal.Rutin arian masih diteruskan seperti biasa.Kerja-kerja kosong masih lagi dalam pemerhatian...tak penilaian..hihihi
oklah back to the main story, aku nak share kan muffin pandan yang aku wat semalam.Idea asal muffin pandan dari blog kak izzah ..aku copykan link tuk korang-korang semua yang nak try k..
muffin pandan berinti coklat cadbury
Bahan2nya
1 1/2 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 keping coklat masakan di potong kiub kecil2 – aku guna coklat cadbury
sedikit coklat rice ( hiasan – tak de pun tak pe… )
sedikit gula icing ( hiasan)

Cara Penyediaan
1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla, gula, vanilla, pandan emulco dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing…

** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin
akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…
inilah hasilnya...
nampak tak coklat kat tengah tuh..alhamdulilla masa entry nih ditulis semua dah selamat dalam perut aku ngan anak-anak..si kecik tu pun dah pandai nak makan kek..hihihi xper nanti ibu buat kek lagi..
No comments:
Post a Comment