Friday, November 30, 2012

Cencaru Bakar

As normal keje suri rumah macam aku nih kan???apa lagi yang rutin selain mencuci baju, kemas rumah dan masak.Suker sangat masak..even kadang2 pening pikir apa nak masak.Menu tuk anak dah tentu-tentu yang tak pedas..

So ari nih aku rajin kan masak guna 'pemanggang ajaib' aku yang baru tu, tuk bakar ikan cencaru sumbat.Selalu orang goreng kan.Dah muak makan ikan goreng so buat bakar-bakar lak.Healthy sikit kan???

1st aku blend semua bahan-bahan seperti 

bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
cili merah

dan beberapa ramuan dedaun seperti daun kesum, daun kari dan daun kunyit yang dihiris halus.Pastu sumbat je dalam ikan..Jadilah macam nih


 ni menu sampingan yang lain..sambal belacan kacang botol ngan sayur campur.Cukuplah tuk kami anak-beranak..

Tuesday, November 27, 2012

Jahit Manik


Makin ari makin banyak keje...dan makin malas ler mood aku nak update blog tak seberapa aku nih.Bukan apa pun just for future reminder n memori kan???Apapun aku still epi dengan apa yang aku wat sekarang even kadang-kadang stress melampau bila anak-anak buat hal...nama pun budak kan?


 Yang nih manik kristal terbaru nyer projek.Maklong ngan mak usu hubby nyer sebenarnya.Memang memerlukan kesabaran dan masa yang banyak.Bukan le buat sesuka kan.Manik pun banyak jenis.Barang pun takleh la nak sepah-sepah ngan budak-budak rajin memanjang nak membantu.

 baru siap 2nd layer.Pasni nak buh manik peral lak.tunggu sambungan bila aku ada masa lagi k.Ari nih mood kemalasan amat-amat tidak mengizinkan .huhuhuh

Monday, November 26, 2012

Kitchen Wall Homemade

Dah lama da buat benda alah nih cuma tak de masa nak upload kat blog nih.Masa macam ada xde je.Baru je nak duduk depan komputer ader je asisstant tolong..tu yang jadi malas nak mengadap komputer.Apatah lagi nak upload apa-apa.Bukak fb pun dah malas...huhuhu

perubahan hormon ke aku nih..hahahhaa



Sunday, November 25, 2012

Sunyi Lak Bila Mak dah Balik

Rabu lepas mak datang rumah ngan akak sefamily.Mak nak berubah angin...Nak balik kampung awal pun ada jugak katanya.Maklumlah bila berjauhan dengan suami tercinta, mesti la rindu.Tak yang kat sini yang kat sana rindu yang kat sini...jangan ingat orang muda je rindu2 k.

Ari nih genap 5 hari mak stay umah aku.Sempat jugak bawak mak g Mydin Melaka, Tesco dan pergi Darussyifa kat Ayer Molek nih.Macam-macam gak penyakit orang yang datang nak berubat kat sini.Nak jugak ambik gambar cuma segan..kwang3

xperlah, xtahu bila lak boleh jumpa mak lagi.harap-harap umur panjang ler ..semoga mak sihat sentiasa dan di bawah lindunganNya

Kolam Ayer Panas Jasin

Penatnya rasa badan, lately memang busy sesangat...nak kata banyak keje takde la sangat..tapi..entah ler apa yang memenatkan..hehee

ni la aktiviti bila dh badan rasa lenguh-lenguh..kebetulan my mother ada kat umah, so ajak ler pergi ayer panas berendam kaki.Sebetulnya memang nak bawa mak pun..saje je menyibuk gak kikikiki


 yang ni tempat untuk rendam kaki je..tempat lain ada gak yang tuk mandi dan berenang pun boleh..cuma xle nak ambik gambar sebab badan dah basah..kamera cap ayam aku pun kang turut basah ler jawab nyer..eeehe


yang nih kolam mandi..tapi tak berapa panas ler..ada lagi yang panas..cuma mak aku tak tahan..anak-anak?...semua main kat kolam budak-budak..dah kesejukan pun sebab bukan kolam air panas..eehee


Saturday, November 24, 2012

Hari Perpisahan Sekolah Tadika Kemas

Dah sampai kita ke penghujung persekolahan, yang sekolah rendah, menengah semua suka ler bila akhir-akhir tahun ni kan, maklumlah cuti sapa tak suka kan???Apapun aku lak yang rasa sedih sebab tahun depan anak aku akan masuk sekolah lain dari sekolah dia belajar tahun nih.Sebabnya...............sekolah lama jauh dari rumah yang kitorang duduk sekarang.Dulu duduk umah sewa hantar dekat umah je,Sekarang dh pindah umah sendiri kena la sekolah kat sekolah yang dekat rumah je kan.Apapun aku berterima kasih sangat kat cikgu dan ppm sekolah dia..dari kosong tak tahu menulis dh pandai menulis, mengeja even satu dua perkataan je, dan tahu huruf dan nombor...alhamdulillah.Nak expect lebih-lebih tuk 4 years nyer budak x leh lah kan..tapi kalau yang lebih pandai tu, advantage..












Ikan Terubuk Masak Lemak dengan Nanas

Ari nih tetiba rajin lak nak memasak.Maklumlah dh seminggu makan luar..mana kenduri kawin lagi, jalan-jalan lagi, open house sedara cuti2 sekolah lagi...so ari nih aku merajinkan diri memasak even takde lah masak beria ..apa yang biasa je.

Semalam pas buat gambar passport anak aku sulung tu..terus singgah kedai beli barang dapur sikit.Barang basah je pun...


ni lah gambar passport dak tehah nih..dah lama nak wat tapi tak terbuat-buat.Bizi nyer pasal.Berbalik lauk kita lak..bahan-bahan nyer..ceh macam nak wat kelas masakan la pulak..
 santan cair, santan pekat, ikan terubuk..yang fresh k bukan masin..tapi kalau yang masin kena rendam dalam air dulu bagi hilang masin baru leh masak.., dan nanas masak.
 mula-mula tumbuk cili api ngan kunyit hidup + serai
 ikan terubuk..
Nanas masak
 masukkan bahan tumbuk kedalam santan cair
 masukkan ikan
 masukkan nanas,,pastu tenggek atas dapur .Agak-agak dah menggelegak, masukkan santan pekat dan perasa..

Monday, November 19, 2012

Tempahan Apam Polkadot

Penatnyer badan minggu lepas..dari isnin sampai ujung minggu..plan nyer cuma ader order apam polkadot tapi tiba-tiba datang 3 order sekaligus.Kek Marble cheese brownies ngan kek lapis 5 loaf.Itulah namanya rezeki kan?Terima dengan hati yang terbuka...isnin buat kek lapis 5 loaf, rabu cust amik,,,khamis lak buat marble cheese brownies dan jumaat start wat apam lak tuk majlis kawin ..





ni yang dh siap order 500 tapi aku lebihkan 50

Friday, November 9, 2012

Kek Marble Lembut

Ari ni sekali lagi aku wat kek marble nih...sebab mudah dan simple..layan je la pic yer..penat sangat minggu ni..





Friday, November 2, 2012

Aqiqah anak lelaki dengan perempuan

Tiba jugak jumaat tuk bulan november nih.tetiba lak aku terpikir pasal aqiqah.Maklumlah, aku baru je qiqahkan anak aku yang no2 tuh masa ari raya Haji ari tuh.Just ambik satu bahagian lembu je.Kalau kambing kena sekor ler kan...maklumlah anak perempuan.

yang memusykilkan aku ialah bila salah sorang kazen hubby yang dijangka bersalin disember nih , yang dikatakan i'Allah akan menimang anak lelaki pertama...nak qiqahkan kambing 2 ekor.Bukan pelik pun sebenarnya, cuma aku tetiba teringat sorang hamba Allah nih, yang merupakan kenalan jauh....yang mana pernah wat qiqah tuk anak lelaki dia tapi just sekor kambing.Sedangkan sepatutnya 2 ekor...so aku google kan lah kat tenet untuk info aku jugak satu hari nanti..mana tahu kan Dia nak bagi aku rezeki anak lelaki.

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)
 
Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila  ia telah berkemampuan, maka  bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya.

Untuk peringati diri juga, kalau tak mampu...boleh diqiqahkan seekor demi seekor mencukupi 2 ekor..Itu pun aku tau akak ipar aku nyer adik ayah dia qiqahkan seekor je kambing, so kena qiqahkan sekor kambing lagi kebetulan masa dia (akak ipar) qiqah anak dia.So qat sekali lah.Benda macam nih jangan main2 suka...kalau dah orang cakap 2 mesti dua..xkan jadi sekor ..atas sebab2 yang x pernah dibuat orang..just nak share dan kongsi..

Thursday, November 1, 2012

Majlis Penutupan sekolah tadika Kemas

Tak sangka dah nak habis dah tempoh blaja anak sulung aku kat tadika kemas.Rasa baru je semalam hantar dia kat situ.Dengan zero knowledge, tanpa kenal abjad, nombor dan menulis.Alhamdulillah semua tu dia dah pandai..bukan terer k, sekadar pandai je...better dari dulu kan?

Majlis start kol 10 pagi, so, semua mak2 kena bawa sumbangan sedikit kuih-muih or makanan tuk makan sendiri jugak.eehehehhehehe Aku sempta buat kek coklat je.Ingat nak wat mee goreng or rendang daging ngan nasi impit tapi memandangkan semalam si adik demam panas...terpaksalah buat apa yang cepat dan mudah je.

Itu pun aku tak tahu ari nih boleh pergi ke tak.dengan demam panas anak yang tak surut-surut.tapi semuanya dengan izin Dia kan...alhamdulillah rezeki aku jugak nak lihat anak aku buat persembahan..gambar nya aku upload kemudian k..penat badan sebab semalam tak tido langsung jaga anak demam..

caw dulu k