Thursday, January 31, 2013

Air Pandan Homemade

Ni bukan air pandan tuk wat kek ke apa ok..ni air pandan ala-ala sirap gitu..So sesapa yang malas nak wat air sirap bancuh gula ngan ais tu..boleh la try resipi ni..senang n mudah..kalau orang datang rumah just tambah air n letak ais je lagi...

bahan2nya:
 2 liter air, tanakkan pastu masukkan gula 2 kg..
 perisa nih tuk masuk dalam air gula nanti..tapi make sure sebelum tu buka penutup siap2 tuk keluarkan gas ..perasa pandan(hijau), perisa pisang dan pewarna oren..
 pas masukkan gula boleh lah masukkan ketiga-tiga paste tadi..tapi jangan kacau k..tutup api terus tutup tudung periuk.Biarkan sampai sejuk baru kacau..

Dah siap...boleh lah simpan dlm botol k..nak guna just tuang je ..

Tuesday, January 29, 2013

selimut baru


Saje nak share selimut yang mentua aku bagi tuk aku n anak-anak..ole2 masa diorang pergi Kelantan krismas lepas...thank mak..tahu je aku suke hijau..


Tempahan cheese tart

Dalam kesibukan nak menyiapkan tempahan kraft, ada pulak hamba Allah nih nak order Cheese tart, rezeki jangan ditolak.Tak tahu pulak yang nih rupanya ibu mengandung..alahaiii sweetnyer..ngidam rupanya...apapun dah selamat dah semuanya dia makan...(dia msg malam tadi..)layanlah pic aku ambik sepanjang pembuatan..penat weyyy







Sunday, January 27, 2013

Pizza Hut





Plan asal nak ajak mak mentua dan bapak mentua makan kat Johny's, sekali kazen hubby anak Mak Teh yang duduk kat masjid tanah tu nak belanja ikan bakar pengkalan balak lak..Kebetulan mentua g masjid tana sebab nak ambik barang tertinggal ari tuh.Datang untuk ambik kete je..so kena rush mana yang nak ambik..

Hubby balik keje dah pukul 8, kalau nak gerak g pengkalan balak memang dah lewat kebetulan aku nak singgah beli barang tuk wat tempahan cheese tart lagi..Alih-alih makan kat Pizza Hut je..Hubby tanya nak makan apa, kalau aku taknak memang dia pun ikut taknak makan.Sian lak..Dah tahu sangat perangai dia..so aku ikutkan je..lagipun boleh bagi anak aku makan spagethi..febret kan.Yang sulung tak ikut lak sebab dia dah ke masjid tanah ngan nenek dia..Itulah orang cakap 'kita merancang, tuhan yang menentukan'..


mushroom soup..serius cair giler

 garlic bread
 nak makan pun berkerut ke cik abang????
 si tak pandai duduk diam..
 jemput makan..spagethi meatball
 Air tuk 3 orang..kalau 4 tu mean si kakak pun adee..
pizza size kecik..cukuplah tuk 2 orang makan..itupun x habis..

Saturday, January 26, 2013

Minggu yang memenatkan

Betul orang cakap dari hobi boleh menjana pendapatan..tengoklah apa yang aku wat nih..tuk korang yang banyak duit takyah ikut apa aku buat nih..aku nih sebab dah xde keje nak buat bila duduk umah..pendek kata WAHM..heheheh layan je lah apa order aku dapat minggu ni..ahad nih nak kena wat cheese tart lagi..raya cina dah ader yang booking nak blaja buat kek..hubby aku tak suh ambik yuran sebab kongsi ilmu i'Allah rezeki makin murah..amin..ok babe..

 yang ni bantal kwn aku nyer anak..isnin br pos sbb nak bagi gift kat dia yang x sempat nak disiapkan

 yang baru sempat disiapkan
banyak lagi yang x masuk fiber..harap2 sempat sebelum rabu depan

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 32

Tepat Jam 12.00tgh malam tadi aku dh menjangkau umur 32 tahun.Syukur alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah dimuka bumi Allah nih..Thanks for my hubby siap nyanyi lagu hepi birthday ngan anak tuk aku..ingatkan dia lupa..rupanya ada plan lain..itu sudah cukup tuk aku..tak perlu hadiah mahal-mahal.Tapi kalau nak bagi aku nak tiket tuk pergi umrah..boleh???hahahahha i'Allah jika dimudahkan kan???amin

Hari ini jugak aku berkesempatan untuk berpuasa sunat pada hari ulangtahun kelahiran.Setiap tahun nak wat tapi asyik terlupa..Tuhan permudahkan aku tuk buat tahun nih.semoga apa yang aku inginkan dalam hidup akan tercapai dengan keizinanNya..amin2 yarabbal a'lamin

Tuesday, January 22, 2013

Buah Mangga Depan rumah


Rezeki masuk rumah baru..buah mangga melaka delight betul2 depan rumah..memang redup n kebetulan masa pindah rumah tak berbunga lagi.Jiran cakap kalau nak rumah nampak terang tebang je, lagipun x pernah berbuah since owner tanam dulu...betul ke ek.???tapi hubby sayang nak tebang..alasannya, kalau aku ngandung sok-sok senang takyah nak carik mangga umah orang..kikikiki ngandung ke??hahaha

 yang ni yang dh masak..aku peram kan bungkus dalam kertas suratkhabar je..simpan dalam besen besar..
yang ni aku petik sebab takut jatuh atas cermin kete..kang tak pasal-pasal kena tukar cermin kete baru kan???alhamdulillah rezeki..pokok jambu dh tebang depan umah seberang jalan, so bole buat parkin luar lak..satu lagi pokjok mangga epal baru nak berputik..hahah rzeki lagi...sebelum nih memamg tak pernah mengeluarkan buah (based on neighbour)..amin2..

Monday, January 21, 2013

Puteri ayu Pandan


Hari nih aku rajinkan diri wat puteri ayu nih tapi setengah adunan je sebabnya..sayang ngan kelapa putih yang balance buat semalam..ni lah hasilnyer..




Sunday, January 20, 2013

Putri Ayu versi gula melaka

Semalam nyer occasion sebenarnya, aku siapkan 200 biji apam polkadot n 100 pcs putri ayu tapi putri ayu tuh xnak warna hijau pandan lak.Request nak coklat air gula melaka.Sempat jugak siapkan 100pcs putri ayu even buat pagi.Masa tu jugak nak g beli kelapa parut tak cukuplah, tepung ubi habis lah..pening..alhamdulillah siap jugak..



Resipinya aku ambik dar Myresipi..memang tak rugi try.senang dan sedap...

PUTRI AYU

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Friday, January 18, 2013

telefon baru

Ari nih TM tukar telefon umah aku dengan yang baru nyer.Alkisahnya tyipon aku xde ringtone.Hubby aku kol hp aku instead of tipon rumah...mean something wrong lah tuh..cek2 tepon xde bunyi..aku kol Tm n bagitahu tipon aku rosak..lagipun dh guna almost 5 years x pernah tukar-tukar lagi.Actua lly aku ada 2 lagi tipon lain tapi saje nak ambik tipon baru..hahhahahah (bila lgi kan)?

ini lh tipon baru tuh..yang lama warna oren dia dh ambik balik.Tipon spare aku xleh sangkut kat dinding..tapi yang ni boleh.Dan tipon wireless aku lak aku dh sedekahkan kat akak aku..memandangkan aku memang x boleh letak tepon kat atas almari or meja..kena gantung sbb anak-anak aku tu terer memanjat..lagipun nak simpan wat per..baik bagi orang yang memerlukan..hehehhe

Thursday, January 17, 2013

Bila mood rajin datang

macam-macam benda dalam kepala otak nih.Macam-macam nak buat ..kat uma je ok..nak kemas n nak buang apa yang tak perlu.makin hari makin banyak lak barang.Pelik pun ada..ermmmm nak buang sayang..nak bagi orang, ada ke yang nak???

Hari nih aku alihkan almari buku aku masuk bilik belakang.Pastu meja makan aku angkut g depan tv dan meja satu lagi standby kat dapur tuk simpan lauk2 n tuk makan 2 kuarga..senang sikit..sampah-sampah yang tak diperlukan aku longgok kat belakang rumah..tunggu apek angkut..heheheh

tunggu mood rajin datang balik baru hias dinding uma lak..nak tido jap penat wey punggah almari buku n majalah aku

Tuesday, January 15, 2013

Bantal Felt


Alhamdulillah..dah berbulan jugak aku ambik masa buat bantal ni.Asyik tertangguh je.Akhirnya hari nih aku gagahkan jugak menggunting, menjahit dan memasukkan fiber.Fiber tu aku beli kat Daiso jer..RM5 cukup tuk satu bantal kecik nih.Tapi tak tahu lak fiber tu lain-lain.Aku pun tak perasan..Ingatkan fiber je..Rupanya ader gak kekabu..


 Yang ni guna fiber..pejal sikit
Yang nih lak guna kekabu..lembut sikit..harap-harap sok dia bangun tido suka la tengok bantal dia dah siap..si adik dh siap peluk bawak tido..

p/s:maaflah gambar kurang memuaskan..tak tahu ler pencahayaan atau kamera ni bermasalah.

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!



Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, January 14, 2013

Kemaman



Sabtu lepas sempat lagi g jenjalan ngan mentua ke Kemaman..plan nak makan sata n otak-otak kat kedai Satar pinggan besar..tapi macam dah selalu sangat makan kat situ..so kitorang ubah menu lak.makan nasi je, bukan kedai Satar tu tapi kedai lain..aku lupalah kedainyer..bukan nasi ayam je ada, mee rojak pun ada..memamg mabeles..



 yang ni pemandangan dari pantai Mok Nik
 Pais ikan

Dah Habis Cuti-Cuti

Dah seminggu lebih stay kat Kuantan..so semalam selamat sampai di Melaka.Rindu nyer ngan tilam n bantal busuk aku..hahahah (dah tua-tua pun ada bantal busuk ek)...memang ada ok..

Sampai je rumah semua penat..1st anak-anak mandi dulu..pastu ayah dia n last ibu dia.Pastu kemas barang-barang makan yang dibawa dari Kuantan..n lepas solat maghrib boleh lak landing sampai kol 10.Hubby kejut sbb anak-anak pun senyap sekali depan tv..ala..sian anak2 ibu...tertido sampai ibu tak sedar..

Bangun angkat anak masuk bilik dan sambung kemas beg baju lak sampai kol 12..pastu mandikan si ekcik sbb badan panas lagi..pastu baru tido..penatttttttttttttttt

Wednesday, January 9, 2013

Sian Anak Ibu Demam

Ingatkan si adik je demam , sekali si kakak pun dalam tak sedar badan panas..sian nyer anak ibu.Nampak sangat ibu x ambik berat hal kakak kan???Si adik lak tengok kakak asyik tido je mula lah sibuk...nak kejut ajak main..time-time macam nih plak demam nak datang.Dugaan betul time nak bercuti macam ni kan??

Takper lah cuti bila-bila leh ganti, anak ibu tiada pengganti.Si adik dh ok demam cuma batuk n selsema je lagi..ubat tinggal kat Melaka.Si kakak dh makan ubat demam panadol syrup je.Harap-harap malam nih tak meragam lah yer.Lama dh tak demam..tapi ibu tahu kakak kuat....takkan menyusahkan hati ibu kan3..cepat baik nanti ibu bawak adik n akak jalan-jalan..heheheh

Monday, January 7, 2013

Tak Sedap Badan

Ari nih ari ke 2 duduk Kuantan.Biasalah bila duduk umah MIL tak sah kalau tak masak banyak.Ari nih menu bfast, cekodok goreng +sambal ikan tongkol, mee kari dan sandwich sardin.Semua tu homemade tau.Tengahari pulak of kos masak nasi..lauknya??? ikan cencaru bakar, sotong bakar, ayam goreng berempah dan sayur sawi..aku makan sikit je sebabnya perut aku tak berapa sedap..tak tahu kenapa..Esok pagi-pagi lak hubby kena balik Melaka sebab nak kena ambik IC dia yang kena buat baru atas alasan takleh baca...

Balik naik bas lak tuh..xperlah aku tinggal ngan anak-anak..sebab pas ambik IC terus balik Kuantan balik.Cuti sampai Jumaat..Sabtu dia ader keje lak.Sayang pulak nak tolak keje..maklumlah sekarang kena keje lebih sikit..kan2..okl

Friday, January 4, 2013

Cuti-Cuti

Petang nih plan nak balik Kuantan..Lama gak tak balik.Mula lah tekak ni dah aim nak makan pe nanti..Hubby ambik cuti panjang sampai rabu..yezzzzer...bukan apa lama tak bawak anak-anak berjalan, mandi-manda.arituh masa raya haji nak balik lama tak jadi sebab adik ipar ada.huhu

takperla..kali ni cuti makan-makan, jalan-jalan..hehehe

Thursday, January 3, 2013

Di duga Lagi

Betapa sayangNya Dia ke atas hambaNya..dan aku ada lah salah seorang daripada hambaNya yang kerdil itu..dua hari lepas aku terbaca msg kat hp hubby..bukan masalah perempuan ok..alhamdulillah setakat ni rumahtangga aku bina bahagia tanpa ada masalah besar ..persefahaman tu penting kan???Entah macam mana aku boleh cek hp hubby ari tuh ek..ooh yer nak guna sbb nak msg akak aku..maklumlah kredit aku bukan selalu topp pun.Dah xde sapa nak layan msg n kol..dr sejak kawin..heheh

Alkisahnya hubby aku buat keje luar..wiyiring kat satu hotel nih..buat servis ekon sekali..alih-alih orang ni taknak bayar.Pendek kata terus senyap.Hubby aku pulak memang jenis malas nak pening pikir kalau perangai manusia yang cenggini.Dulu aku kena ngan kwn baik...order2 kek alih2 senyap.Boleh je nak g hamun kat umah dia..tapi itu bukan cara aku..kita hantar kek cara baik biar dapat duit cara baik..kan???duit tu rezeki Allah bagi so redha kalau Dia nak ambik.Sama lah kes hubby aku..nak carik boleh je mamat tu kat hotel sekian sekian..tapi malas nak panjangkan cite..wat sakit ati je layan manusia macam ni.

Bagi ler anak bini, mak bapak makan hasil duit titik peluh orang..dunia lepas..akhirat rasa-rasanya lepas ker ek..pikir-pikir sendiri..Manusia terlalu mengagungkan duit nih susa sikit..Dah takder benda lagi penting dari duit.Biar lah abang yer..duit tu bukan rezeki kita..duit abang yang dh lebur sebab beli barang-barang tu pulak anggap je sedekah kat dia..dapat pahala..kan???i'Allah tuhan akan bagi rezeki yang lebih banyak..usaha je lagi.kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang..

Kawan Sejati

Dah lama aku fikirkan tentang kawan sejati..bagi aku semua kawan-kawan aku sama ada waktu sekolah rendah, menengah, u, masa kerja semuanya kawan-kawan gitu je.Yang ada dalam kepala aku kawan yang banyak membantu aku diwaktu aku susah, temankan aku masa aku memerlukan dan menjadi pendengar diwaktu aku ingin bercerita.Tapi itu mungking dulu bila kawan dekat dengan kita.

Sekarang dengan teknologi canggih, apa yang dikatakan di alam maya boleh menjadi buruk dan salah tafsir bila dibaca dengan nada atau intonasi yang berlainan.Dan disebabkan itu jugak aku pernah hilang kawan ...sebab nya???hanya Allah yang tahu,,,mungkin disebabkan mulut orang ke3 menjadi pengantara, mungkin jugak sebab kejujuran bertanya yang membuatkan orang mengklasifikasikan kita bizibody atau mungkin jugak tuhan nak tunjukkan aku sesuatu.

Walau apapun yang berlaku, aku bukan yang jenis melatah atau cepat hangin.Bagi aku itu semua ujian tuhan.Baik buruk, setiap yang berlaku atas ketentuan.Sebaik mana kawan yang aku ada, serapat mana cerita baik buruk hidupku yang dia tahu..e2 sudah menjadi sejarah dalam hidupku.Belajar dari kesilapan dan belajar memafkan orang.Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.Jangan sesekali menjadikan sesuatu kesedihan sebagai titik perbalahan dan berlumba untuk mencari kesalahan dan kekurangan seseorang, tapi belajarlah menerima dan bersyukur atas apa yang Dia berikan.

Kenapa perlu malu, sombong, riak atas rezeki yang tuhan berikan kerana ianya semua hanya pinjaman.Ada jaminan ker harta yang kita kumpul, rumah yang kita ada, anak-anak yang comel membawa kita ke syurga Nya..???cukuplah aku mengadu dengan Yang Esa atas ketidakadilan yang berlaku kepadaku disebabkan satu mulut..Engkau ampunkan dosa kawan-kawan ku Ya Allah..sesungguhnya jauh disudut hatiku..aku amat-amat menyayangi mereka..

“Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata: Engkau juga akan mendapat seumpamanya”
(HR Muslim)

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Tahun Baru..Semoga tahun 2013 ni akan menjanjikan seribu satu kemanisan dan kemanfaatana dalam hidup.Yang lepas jadikan sempadan dan pengajaran tuk ari muka.Never turn back..Syukur kerana masih lagi bernyawa...alhamdulillah